JEJ 14

5.1K 137 8
                                    

Percutian selama seminggu di Langkawi telah pun tamat. Adam dan Damia kini sedang berada di ruang tamu rumah mereka. Adam sedang membuat kerjanya di meja kopi manakala Damia sedang menonton drama.

"Mia, aku lapar. Tolong masakkan untuk aku"pinta Adam. Walaupun begitu matanya masih kekal memandang komputer riba di hadapannya.

"Saya malaslah. Awak pergilah order food panda"balas Damia selamba.

Adam menoleh memandang Damia tidak puas hati. Damia dilihat sedang khusyuk menonton drama akasia yang disiarkan.

"Jadi kau nak bantah arahan akulah?"Damia mendengus.

"Awak ni bagilah saya masa untuk berehat. Satu hari tau saya kemas rumah awak ni. Bukannya kecik. Nasib baik tak patah pinggang saya"Damia meluahkan ketidakpuasan hatinya.

"Itu memang dah tugas kau an sebagai seorang isteri. Cuti sem kau pun lama lagi an nak habis. Jadi buatlah kerja yang berfaedah sikit"balas Adam.

"Habis tugas awak ape?"tanya Damia seperti mempertikaikan ape yang diucap oleh Adam.

Adam menjongketkan keningnya.

"Kau nak tau ape tugas aku?"Damia hanya menganggukkan kepalanya. Adam tersenyum sinis.

Dia bangun dari meja kopi lalu duduk di sebelah Damia. Adam sengaja menghapuskan jarak antara mereka sehingga lengan mereka bersentuhan. Mata Adam memandang wajah Damia dengan senyuman yang penuh menggoda.

Mata mereka saling berpandangan. Jantung Damia sudah berdebar gila-gila. Adam mendekatkan wajahnya sehingga Damia dapat merasakan hembusan nafas Adam di wajahnya.

"Tugas aku adalah untuk buat kau mengandung dan bagi mama cucu. Jadi, kau nak aku buat tugas aku sekarang?"bisik Adam di telinga Damia.

Damia terus kaku. Kemudian dia tersedar apabila Adam tersenyum nakal ke arahnya. Damia lantas menolak Adam kuat supaya menjauh darinya.

"Pervert!! Saya benci awak!"wajahnya sudah kemerahan menahan malu.

"So, masakkan untuk aku?"pinta Adam lagi.

"No! Awak masak sendiri!"Damia terus pergi dari situ dengan kaki yang dihentaknya ke lantai sebagai tanda protes.

Adam hanya tersenyum melihat gelagat Damia.

Kriukk

Adam memegang perutnya. Nampaknya dia perlu masak sendiri kalau tak kebuluranlah dia nanti.

"Haihh lah Adam. Ade bini pun macam takde bini je. Kalau aku kena masak sendiri baik aku takyah kahwin terus"omel Adam. Dia terus mencari bungkusan maggi yang terletak di kabinet. 
_________________________

Hafzan sedang berjalan-jalan di sekitar mall. Hari ini adalah hari minggu jadi bolehlah dia keluar berjalan. Kalau tak kepalanya asyik serabut je nak memikirkan tentang kerja yang takkan habis.

Matanya meliar memandang setiap barisan kedai. Dia kekadang terfikir mengapa dia pergi ke shopping mall ini. Kan bagus aje kalau dia lepak di kedai mamak je.

Sedang asyik berjalan, dirinya terlanggar seseorang. Kopi yang dipegang oleh orang itu habis tertumpah di bajunya.

"Sorry bro aku tak sengaja"ucap orang yang telah menumpahkan kopi itu.

Hafzan hanya mengeluh. Bajunya sudah bertukar warna keruh. Dia mengangkat muka ingin memandang gerangan itu. Namun, dia terkejut apabila memandang gerangan itu. Begitu juga dengan dia. Masing-masing tergamam.

"Ian?"

"Hafzan"
___________________________

"Bila kau balik dari Paris?"tanya Hafzan memulakan perbualan.

"Tahun lepas. Tu pun aku sibuk sebab kena handle banyak kes"jawab Ian.

"Wahh kau dah jadi polis ke? Jauh benar dari cita-cita kau masa kat sekolah menengah"ucap Hafzan. Dia tertawa kecil apabila teringat kembali kenangan itu. Ahh sungguh dia rindu dengan zaman persekolahan dia.

Ian hanya menjelingnya.

"Aku bukan jadi polis. Tapi aku ade bukak syarikat penyiasatan. Kiranya aku ni macam PI lah. Kau pulak kerja ape?"

"Aku? Kerja aku biasa je. Setakat akauntan kat syarikat T-ez holding je"

"Kau ni sama je macam dulu. Rendah diri sangat. Akauntan gaji besar lah weh. Lagi-lagi kau kerja kat syarikat yang terkaya kat Malaysia. Lagi banyaklah gaji kau"omel Ian. Hafzan hanya tersengih.

"Boleh kau citer kat aku pasal kerja kau. Aku teringin nak dengar"pinta Hafzan.

"Hmm kau nak kes yang mana?"tanya Ian. Hafzan berkerut dahi sebentar. Cuba untuk berfikir. Seketika kemudian dia pun memandang Ian.

"Mana-mana jelah. Aku bukannya tau pun pasal kerja kau"

"Hmm okeylah. Kalau camtu aku bagitau kau pasal kes kawan aku. Kes ni dari dua tahun lepas"bermulalah kisah Ian untuk bercerita. Hafzan pulak mendengar dengan khusyuk sekali.

"Dia kemalangan tiga tahun lepas. Jadi disebabkan kemalangan tu dia hilang ingatan. Dia langsung tak ingat ahli keluarga dia. Jadi dia mintak aku untuk carikan keluarga dia"Hafzan hanya mengangguk.

"Siasat punya siasat, aku anggap ade orang cuba nak bunuh dia. Sebab, dalam kes ni aku langsung tak dapat jumpa barang peribadi dia. Semuanya macam hilang, macam ade orang ambik. Jadi, aku tak dapat tau sape ahli keluarga kawan aku. Tu jelah. Tamat"Ian menamatkan ceritanya.

"Itu je?"tanya Hafzan seakan tidak puas hati. Ian mengerutkan dahinya. Dia rasa ade satu lagi perkara tentang Dafriq yang dia tidak bagitau lagi.

"Hah! Haritu dia ade mintak aku siasat sorang perempuan ni. Dia cakap dia tangkap cintan dengan perempuan tu so aku sebagai kawan yang baik pun terima jelah"kata Ian setelah dia ingat kembali.

"Sape perempuan tu?"tanya Hafzan. Ian menyisip sedikit air di dalam cawannya sebelum dia memandang Hafzan kembali.

"Damia. Nama perempuan tu Damia Farisha"
_________________________

"Bos, cik Qarina datang. Dia nak jumpa dengan bos"

Dafriq mendehemkan sekejap sebelum menjawab.

"Let her in"arah Dafriq.

Seketika kemudian terdengar bunyi pintu dikuak dari luar. Maka muncullah Qarina dengan pakaian yang sangat menjolok mata.

"Hai, sayang"ucap Qarina dengan manja. Dafriq tersenyum lebar. Dia bangun dari kerusinya lalu menuju ke arah Qarina.

"Hai too. Kenapa you datang sini?"tanya Dafriq. Tangannya menarik Qarina duduk di atas sofa. Kemudian dia merangkul pula pinggang ramping Qarina.

"I rindu you. Dah seminggu tau I tak dapat jumpa you"jawab Qarina manja. Kepalanya sengaja disandarkan di dada bidang milik Dafriq.

"You rindu I? You dah tak cintakan Adam ke?"soal Dafriq.

"I tak pernah cintakan Adam, sayang. I cuma cintakan wang dia je. And you pun tahu kan siapa you bagi I"balas Qarina. Dafriq hanya tersenyum senget.

"So, ape rancangan sebenar you nak pisahkan Adam dengan Damia? I tengok diorang dah makin bahagia. I pulak yang sakit hati bila tengok diorang bermesra"terbayang di minda Dafriq setiap kemesraan antara Adam dengan wanita kesayangannya. Dia terpaksa menahan cemburunya kerana dia tau dia bukan sesiapa bagi Damia.

"Make them divorce. Make them hate each other. And she will be yours and he will be mine"balas Qarina dengan riak wajah yang sukar diduga.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now