JEJ 45

3.5K 101 2
                                    

"Adam, pergi kerja lagi ke?"soal Damia.

Adam hanya diam. Dia dengan pantas membetulkan tali lehernya di hadapan cermin.

"Adam, awak kata semalam je"rungut Damia.

"Maaf, Mia. Ade orang buat hal kat company. Aku takleh biar je"balas Adam.

"Tapi awak dah janji"

Suaranya kendur. Dia ingin menangis tapi dia cuba untuk tahan air matanya supaya tidak keluar di hadapan Adam.

"Sorry sayang. Esok aku bawak kau keluar. Aku akan ada dengan kau satu hari tu sampailah kau balik"ucap Adam.

Dia mengambil begnya lalu keluar dari bilik. Sebelum itu dia mencium dahi Damia dahulu. Damia duduk di birai katil. Perlahan-lahan air matanya keluar mengalir di pipi.

"Hiks dia dah tak sayang aku ke? Hiks dia dah janji kan"

Entah kenapa jiwa dia menjadi rapuh. Dia bukanlah seorang yang mudah menangis kerana hal yang kecil. Berjauhan dengan Adam bukanlah hal yang susah.

Tapi firasat dia mengatakan hal lain. Ade benda yang Adam seperti rahsiakan dari pengetahuannya.

Damia mengesat air matanya. Dia cuba untuk melupakan seketika tentang Adam. Sekarang dia mahu bersiap dan menuju ke hospital untuk melawat Dafriq.
________________

"Ada apa awak datang sini, Ian?"soal Dahlia terkejut apabila melihat Ian sedang menunggunya di lobi rumahnya. Asyraf yang berada di sebelahnya hanya diam sahaja.

Ian bangun dari duduknya. Dia memandang Asyraf sekilas sebelum dia memandang Dahlia.

"Saya hanya nak bagitau tentang Dafriq"balas Ian.

Dahlia terdiam. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu dan juga melihat Dafriq di mana-mana. Kalau tak dia mesti akan muncul.

"Saya taknak dengar pasal dia"balas Dahlia perlahan.

"Saya tak tau macam mana lagi untuk Dafriq buktikan yang dia cintakan awak. Takkan awak tak nampak usaha dia selama ni? Kenapa awak tutup hati awak sangat? Kalau awak dah ade orang lain, bagitau dia terus. Jangan bagi dia harapan"kata Ian terus.

Dia taknak melihat Dafriq terseksa lagi. Bukan senang untuk mencari identiti sendiri dan berjuang untuk mendapatkan sekeping hati yang mungkin telah diisi oleh orang lain.

Dahlia hanya diam. Jujurnya dia cakap, dia menyayangi Dafriq. Tapi hatinya masih lagi tidak mencintai Dafriq. Namun Dafriq masih mempunyai tempat di hatinya.

Ian mengeluh. Soal hati, dia tidak boleh memaksa.

"Hospital Kuala Lumpur. Baik awak tengok dia sebelum sempat. Kalau tak mungkin awak takkan tengok dia lagi"kata Ian untuk kali terakhir sebelum dia mengangkat kaki dari situ.

Dahlia tersentak apabila dia mendengar nama hospital disebut oleh Ian. Dia mengejar langkah Ian.

"Ian!"

Dahlia menghentikan langkah Ian.

"What happened to Dafriq?"soal Dahlia risau. Ian memandang Dahlia.

"Kalau saya bagitau awak pun, ia takkan ubah pape pun"

"Ian! Bagitau saya cepat! Please"rayu Dahlia.

Sekali lagi Ian mengeluh.

"Follow me"
__________________

"Seriously I say this is last time I meet you"kata Adam dengan wajah yang serius.

Di hadapannya kelihatan Qarina yang sedang tersenyum sambil memandangnya. Dia pun tidak tau kenapa dia bersetuju untuk berjumpa dengan Qarina dan menipu Damia.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now