Keesokannya,"Woi, bangun"kejut Adam dengan kasar. Semalam masa Damia tidur bukan main sweet lagi. Ini bila nak kejut terus jadi kasar.
"Hmm"Damia hanya menggumam sahaja. Adam mengeluh.
"Bangunlah. Kau nak ke mama ngan papa salah sangka sebab kita bangun lambat"ucap Adam.
Tapi Damia hanya diam. Dia langsung tidak membalas. Adam mengetap bibirnya. Dia cuba untuk menahan sabar.
"Mia bangunlah. Kau jangan sampai aku buat something kat kau baru kau nak bangun"kejut Adam lagi. Kali ini bersama dengan ugutan sekali.
Damia masih lagi diam. Dia seakan tidak pedulikan ugutan Adam. Adam memandang tajam ke arah Damia.
"Kau ni memang tak takut an dengan ugutan aku. Kau tahu an yang aku boleh buat ape je kat kau. Cepat bangun sebelum aku buat something kat kau"kejut Adam lagi. Dia masih lagi memberikan peluang kepada Damia untuk bangun.
Damia hanya diam. Adam sudah tidak mampu menahan sabar. Dia terus mendekatkan wajahnya ke arah Damia. Dia ingin membuat lebih dari itu namun perbuatannya terhenti apabila dia merasakan yang suhu badan Damia sedikit panas.
Adam terus meletakkan belakang tangannya di atas dahi Damia.
"Panas"ucap Adam perlahan. Dia merasakan yang Damia pengsan kerana suhu badannya yang teramat panas.
Adam terus mengambil kunci kereta dan dompetnya. Didukung Damia dengan gaya bridal style menuju ke keretanya.
"Nak pergi mana, Adam?"soal Datuk Ahmad yang kelihatan pelik dengan perlakuan anaknya itu.
"Hospital. Mia tetiba demam pulak"balas Adam. Datuk Ahmad hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Adam meletakkan Damia di seat belakangnya. Dia menghidupkan enjin kereta lalu terus memecut keretanya pergi ke hospital.
"Adam pergi mana, abang?"tanya Datin Marina yang baru sahaja keluar dari dapur. Dia terus pergi ke depan apabila mendengar deruan kereta Adam.
"Hospital. Katanya Damia demam"jawab Datuk Ahmad.
"Demam? Camne boleh demam?"soal Datin Marina terkejut.
"Manalah abang tau. Demam terkejut agaknya"jawab Datuk Ahmad lagi. Dihirupnya sedikit air teh yang dibuat oleh Datin Marina tadi. Dia langsung tidak menghiraukan senyuman penuh makna oleh isterinya itu.
____________________________"Camne isteri saya, doc?"Adam terus mendapatkan doktor yang baru je keluar dari wad isterinya.
Doktor itu memandang Adam dan tersenyum nipis.
"Isteri encik hanya demam panas. Disebabkan suhu badan dia yang tinggi dan dia kekurangan air, kami terpaksa tahan dia di dalam wad untuk masukkan air dalam badan dia"terang doktor itu. Adam menghela nafas lega.
"Bila dia boleh balik, dok?"
"Esok kalau suhu badan dia dah turun dia boleh balik. Tapi kalau masih sama, saya terpaksa tahan dia untuk sehari lagi"
Adam hanya mengangguk tanda memahami.
"Saya pergi dulu. Nanti petang saya akan datang lagi untuk cek keadaan dia"doktor itu menepuk perlahan bahu Adam sebelum dia pergi dari situ.
Adam kemudian terus masuk ke dalam wad Damia. Dia melihat Damia yang sedang terbaring dengan lemah di atas katil dengan wayar untuk memasukkan air ke dalam badannya.
Adam duduk di atas kerusi yang berada di sisi Damia. Dia menggenggam tangan Damia. Terasa haba panas di kulit Damia mengalir di kulitnya.
"Camne kau boleh demam? Takde angin takde ribut tetiba nak demam. Apalah yang kau mimpi semalam. Mesti kau mimpi aku buat something kat kau an?"Adam tergelak kecil apabila di ayatnya yang hujung itu.
"Pape pun, cepatlah sedar. Aku rindu nak usik kau. Aku rindu nak dengar suara kau yang asyik marah aku tu. Aku rindu nak peluk kau lagi"lirih suara Adam berkata.
Damia hanya diam. Dia langsung tidak berkutik dari katil. Adam hanya tersenyum kelat.
"Rest well, sayang. Semoga cepat sihat. Aku balik kejap tau, nak mandi. Nanti aku datang balik"ucap Adam. Dia mengucup perlahan dahi Damia sebelum dia pergi dari situ.
______________________"Ade ape kau nak jumpa kau?"soal Ian pantas sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik Dafriq.
"Woah lek ah. Duduk dulu"ucap Dafriq selamba. Ian menghela nafas berat. Dia pun mengambil tempat di hadapan Dafriq.
"Kenapa kau nak jumpa aku?"soal Ian semula.
"Aku nak tau perkembangan tentang kes aku"jawab Dafriq. Ian mengeluh.
"Aku still tak dapat pape lagi. Orang tu bijak untuk tutup jenayah dia"
Dafriq mengeluh. Camne ni? Dah hampir tiga tahun tapi satu ape pun tak dapat. Dia pun satu, kenapa dia kena hilang ingatan. Kan bagus koma je, at least still ingat family lagi.
"Hmm takpelah. Aku nak tau pasal perempuan yang aku suruh kau siasat tu. Amacam?"soal Dafriq tentang Damia pulak.
"Aku rasa kau dah gila, Riq. Banyak lagi kot perempuan yang single dalam dunia ni tapi kenapa kau nak ambik isteri orang jugak"balas Ian.
Sungguh yang dia tak sangka bahawa Dafriq telah jatuh cinta kat isteri orang. Itupun dia tau lepas Hafzan yang bagitau dia Damia tu sebenarnya isteri bos dia aka kawan baik dia masa universiti aka Adam.
"Nak buat camne, Ian. Dah aku jatuh tersuka kat dia. Kau pun tau an yang aku akan dapatkan ape sahaja yang aku nak"ucap Dafriq selamba. Ian mengeluh.
"Kau jangan buat kerja gila lah, Dafriq. Kau dah ade Qarina, kenapa kau nak dengan isteri orang jugak"
"Kau pun tau an aku dengan Qarina tu suka-suka je. Kitorang tak ambik serius pun tentang hubungan kitorang. Aku dah jatuh cinta kat Damia and dia faham. Dia tak larang pun. Also, dia suka kat suami Damia, jadi aku tak boleh halang jugak. And sebab tulah kitorang cuba nak pisahkan diorang. So, aku akan dapat Damia and dia akan dapat Adam. Adil bukan"terang Dafriq panjang lebar. Ian menggelengkan kepalanya.
"Kau dah macam bukan Dafriq yang aku kenal. Sanggup kau hancurkan ikatan suci seseorang demi kesenangan hidup kau. Kau tak rasa berdosa ke?"balas Ian. Dia menundukkan pandangannya. Sungguh, dia berasa kecewa dengan Dafriq sekarang.
Dafriq hanya diam. Dia tidak membalas pun.
"Dahlah, aku jumpa kau lain kali jelah. Aku takkan sambung penyiasatan aku pasal Damia. Cukuplah pasal kes accident kau. And aku nak pesan, jangan kau rosakkan kebahagiaan dia, kalau kau betul sayangkan dia. Cuba kau letak diri kau kat tempat Adam, ape kau akan rasa bila ade orang nak rampas isteri kau daripada kau. Mesti kau akan berusaha untuk jaga isteri kau kan? Samalah ape yang Adam akan buat kalau kau cuba nak rampas isteri dia daripada dia. Ramai lagi perempuan dalam dunia ni, Dafriq"nasihat Ian panjang lebar. Dia pun terus keluar dari bilik Dafriq.
Dafriq hanya mengeluh.
"Sorry Ian, aku tetap akan teruskan untuk dapatkan Damia. Walau pape pun yang terjadi, walau kerap mana pun kau menghalang, aku akan tetap dapatkan Damia"
_________________________Pada tengah hari itu, Adam datang kembali ke hospital untuk melawat Damia. Dia tersenyum kecil apabila melihat Damia yang sudah sedar.
"Hei"panggil Adam sebaik sahaja dia masuk ke dalam wad Damia. Terus Damia memandangnya.
"Kau dah okey?"soal Adam. Belakang tangannya diletakkan di dahi Damia untuk merasakan suhu badan Damia.
Damia menepis lembut tangan Adam.
"Saya okey jelah. Awak tu yang risau sangat"balas Damia. Adam hanya tersenyum.
"Kau lapar tak? Nak makan pape?"soal Adam penuh prihatin. Damia memandang Adam tidak berkelip.
"Kenapa kau pandang aku camtu? Taulah aku hensem"Damia mencebik.
"Saya cuma hairan. Kenapa awak tetiba jadi caring hari ni?"soal Damia. Adam menjongketkan keningnya.
"Salah ke kalau aku jadi caring? Lagipun kau tengah sakit kan. So dah tugas aku sebagai suami untuk jaga kau"balas Adam.
Damia tersenyum. Entah mengapa dia berasa sedikit bahagia ketika itu.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...