Dafriq melihat seorang demi seorang pelajar yang keluar dari universiti itu. Dia sudah berdiri di hadapan pintu pagar universiti ini selama dua jam namun kelibat Damia masih lagi tidak kelihatan.
Dafriq berdiri tegak apabila akhirnya dia telah melihat Damia keluar dengan seorang perempuan. Dafriq menghampiri mereka berdua.
"Damia"
Damia menolehkan kepalanya. Dia terkejut apabila melihat Dafriq di situ. Dafriq mendepakan tangannya luas di hadapan Damia. Damia tanpa buang masa terus berlari dan memeluk badan Dafriq.
Dafriq memeluk Damia erat. Dia tidak kisah dengan pandangan orang lain. Yang penting akhirnya dia dapat melepaskan rasa rindu terhadap adiknya. Dafriq melepaskan pelukannya.
"Sihat?"soal Dafriq.
Damia mengangguk.
"Abang pulak? Sihat tak? Kenapa tak call cakap nak datang"
Dafriq tersengih.
"Saja nak buat surprise. Surprise! Terkejut tak?"gurau Dafriq.
Damia tertawa lalu memukul bahu Dafriq. Dafriq jugak turut tertawa apabila melihat Damia tertawa.
"Ouh. Kejap eh abang"
Damia menghampiri Tzuyu yang masih setia menunggunya.
"Nugu?" soal Tzuyu ingin tau. Damia tersengih.
"Abang aku. Kau nak ikut tak aku jalan-jalan dengan dia?" pelawa Damia. Tzuyu mengerutkan dahinya. Dia memandang wajah kacak Dafriq sekilas.
"Hensem jugak abang kau. Aku boleh try tak?"
"Aipp. Dia bakal laki orang tau. Kau jangan nak rampas dia dari bakal kakak ipar aku pulak"
Mereka berdua tertawa. Dafriq terkebil-kebil memandang mereka berdua disebabkan dia tidak faham apa yang dibualkan oleh mereka. Rasa sedang menjadi orang asing pulak.
"Lama lagi ke nak berbual tu?"perli Dafriq sambil memeluk dirinya. Damia memandang ke arah Dafriq dan hanya tersengih sahaja.
"Aku pergi dulu tau. Take care"
Tzuyu mengangguk. Damia sempat melambai ke arah Tzuyu sambil dia dan Dafriq bergerak menuju ke kedai-kedai yang berdekatan dengan universiti.
"Abang nak makan apa? Cakap je. Semua on me"kata Damia sambil mereka masuk ke dalam kedai makan yang halal.
"Mia orderlah pape pun. Abang tak kisah. Janji boleh kenyang"balas Dafriq sambil menyandarkan dirinya di kerusi.
Waktu sudah masuk tengahari jadi mereka makan dulu sebelum Damia membawa Dafriq berjalan-jalan. Dia tidak sabar untuk meluangkan masa dengan abangnya setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian.
_____________________Adam menghempas pintu rumah sebaik sahaja dia masuk. Semalam adalah perkara yang paling buruk yang pernah dia lalui. Berkahwin untuk kali kedua tanpa kerelaannya dan perempuan itu adalah perempuan yang paling dia tidak mahu lihat.
"Mana bilik you?"soal Qarina sambil tangannya menarik bagasinya untuk masuk ke dalam bilik Adam.
Ya, Qarina kini sudah menjadi isteri keduanya. Madu Damia. Dia hendak sahaja menurunkan Qarina di tepi jalan tadi namun disebabkan dia masih punya rasa belas insan terhadap manusia dia membenarkan jugak Qarina tinggal dengannya.
"Hei, hei. Kau nak pergi mana?"
Adam menarik tangan Qarina, menghalangnya daripada masuk ke dalam biliknya.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...