JEJ 17

4.9K 145 1
                                    

Masa terus berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar sudah dua bulan Damia menjadi isteri kepada Adam, si jejaka dingin.

Dia sendiri masih tidak dapat menjangka perangai Adam. Kalau datang dinginnya tu memang Damia terasa awkward sangat. Tapi kalau datang perangai sawitnya, memang hatinya dup dap dup dap terus.

Damia sedang leka memilih bahan di pasar raya untuk memasak makanan untuk Adam. Seketika dia tersenyum lebar apabila teringatkan kembali cara Adam melayan dirinya ketika dia sedang demam haritu.

Sampaikan dia tidak dibenarkan untuk bangun dari katil. Hatta jejak kaki kat lantai pun. Camnelah kalau dia mengandung nanti? Adakah Adam akan melayan dirinya seperti itu.

Seketika senyumannya mengendur. Dia menampar pipinya perlahan.

' Mia, kau dah gila ke? Kenapa kau pikir pasal mengandung pulak ni! No, no, kau takleh camni'

Dia kembali memandang kertas di tangannya untuk melihat barang ape yang belum dibelinya lagi. Sempat lagi dia mengerling barang yang berada di dalam troli.

"Hmm, semua barang dah ade. Cuma pencuci mulut je. Ape kata aku try buat agar-agar?"omel Damia sambil kakinya melangkah menuju ke rak pencuci mulut.

Dia berhenti di salah satu rak. Kemudian dia memandang setiap jenis flavor yang ade. Dia melihat perisa kegemarannya, strawberi, namun hanya tinggal satu sahaja.

Tangannya ingin mencapai perisa itu. Ketika dia sudah memegang hujung kotak itu, ade satu tangan jugak turut ingin mengambilnya.

Damia menoleh memandang ke arah gerangan tangan itu.

"Maaf, tapi saya yang capai dulu perisa ni"ucap Damia. Orang itu menjongketkan keningnya.

"Tapi kalau awak yang capai dulu benda ni mesti ade kat tangan awak dah. Bukan masih berada dalam rak ni"

Damia menjulingkan biji matanya.

"Tak kisahlah, tapi saya yang capai dulu sebelum awak, jadi perisa ni saya punya"Damia tidak mahu mengalah. Dia menggenggam kuat kotak itu apabila orang itu ingin menariknya.

"Like I said before, Damia Farisha. Kalau awak capai dulu, mesti ianya akan berada dalam tangan awak. Bukan masih berada dalam rak"

Damia membesarkan biji matanya. Tangannya terlepas dari memegang kotak itu akibat perasaan terkejut. Menyebabkan orang itu dapat mengambil kotak perisa strawberi itu.

"Ma....macam mana...awak tau nama saya?"soal Damia gagap. Dia tidak kenal orang di hadapannya ini, tapi kenapa dia boleh tau namanya.

"Ouh, terima kasih sebab bagi saya. Kalau tak tentu adik saya dah marah. Terima kasih kerana mengalah"ucap orang itu lalu ingin berlalu pergi.

"Nanti!! Awak masih belum jawab soalan saya lagi"jerit Damia. Jeritannya itu sedikit sebanyak menarik minat pengunjung yang lain untuk melihat drama buatan mereka.

Orang itu berhenti. Dia mengeluh kecil. Dia kembali berpusing menghampiri ke arah Damia.

"Mari kita berbincang di tempat yang lebih selesa"
__________________________

Adam membuat kerja dengan tekun sekali. Dia langsung tidak memandang tempat lain selain kertas di hadapannya ini.

Bamm!!

Adam terus mengangkat mukanya apabila dia mendengar pintu biliknya dibuka dengan kasar. Dia memandang tajam ke arah Qarina yang selamba masuk ke dalam biliknya manakala Sheila yang memandang ke arahnya dengan pandangan yang takut.

"Maafkan saya, bos. Saya dah cuba tahan dia tapi dia tetap berkeras nak masuk"pohon Sheila. Wajahnya tertunduk kerana takut membalas pandangan tajam Adam.

"Takpe, awak boleh keluar"kata Adam. Sheila menundukkan badannya sebelum dia keluar dari bilik Adam.

"What you want Qarina? Lepas aku kahwin kau dah tak tunjuk muka jijik kau kat sini lagi. Tapi sekarang kenapa kau muncul? I warned you before"soal Adam terus. Dia malas untuk berdalih kalau berhadapan dengan manusia macam Qarina ni.

Qarina tertawa kecil. Dia langsung tidak takut dengan pandangan tajam Adam itu. Malah, dia dengan selambanya duduk di hadapan Adam walaupun jejaka itu langsung tidak menjemputnya.

Dasar perempuan tak tahu malu!

"I cuma nak tengok crush I ni. You tau kan yang I suka you dah lama. Sejak you dengan Yana lagi. Tapi I bersabar untuk dapatkan you sebab I tau Yana tu camne. So, I tried to catch you lepas you dah break dengan dia. But end up, you kahwin dengan perempuan yang you langsung tak kenal. So, I tak boleh terima. You hanya hak milik I. Takde sape boleh ambik you dari I"ucap Qarina panjang lebar.

Adam tersenyum sinis apabila mendengar ucapan terakhir Qarina. Terasa lawak pulak.

"Kau sape nak cakap yang aku hak kau. This is my life, my body, my heart, kau takde hak langsung untuk tentukan dengan sape aku bakal hidup. Beside, kau dah ade Dafriq. Dia pun sama dengan aku, kenapa kau tak terus bersama dengan dia je? You just stranger for me, and always be stranger. So, don't out of the line! Or I will make you regret forever!"tegas Adam bersuara.

"Dafriq not same like you. Dia hanya anak angkat sahaja. But you, I love you. So please, berikan I peluang untuk I buktikan rasa cinta I dekat you"ucap Qarina penuh dusta.

Pakk!!

Adam menepuk mejanya kuat.

"Luahan kau tu dah buktikan yang kau hanya nak harta aku sahaja! So get out from my room now! Or I will send you to jail!"jerkah Adam. Cukuplah dia bersabar dengan perangai Qarina selama ni. Lepas ni kalau perempuan ni masih kacau dia, dia akan ambik tindakan terus.

Qarina mendengus. Dia mengambil begnya lalu berjalan menuju ke pintu. Sebelum dia membuka pintu, sempat lagi dia berkata sesuatu.

"I tetap akan dapatkan you. Tak kiralah ape yang you nak kata sekalipun" Qarina terus keluar dari situ. Terasa tenang seketika hidup Adam kini tanpa kemunculan Qarina.
_____________________

"Jadi, camne awak tau nama saya?"soal Damia sebaik sahaja dia dengan orang itu tamat mengambil order.

Orang itu tersenyum kecil.

"Sebelum saya cakap, saya akan kenalkan diri saya dulu. Saya Ian"

Damia hanya mengangguk.

"Saya kawan kepada Dafriq, aka penyiasat persendirian dia. Dan dia mintak saya siasat pasal awak, that's why lah saya tau nama awak"terang Ian.

Damia tergamam. Dia langsung tidak percaya akan itu. Buat ape abangnya itu hendak siasat tentang dirinya.

"Kenapa dia mintak awak siasat saya?"soal Damia dengan perasaan yang penuh ingin tau.

"He fall in you, Damia. Even he had Qarina as his girlfriend. Saya pun tak tau ape yang merasuk fikiran dia sampai dia nak rampas awak dari suami awak"

Perbualan mereka terhenti sekejap apabila pelayan menghantar makanan yang mereka order tadi.

"Terima kasih"ucap Ian sopan sebelum dia mengambil air kepunyaannya lalu menyisip sedikit.

Damia menggelengkan kepalanya. Tak, Dafriq tidak boleh jatuh cinta terhadapnya.

"Kenapa awak geleng kepala, Damia?"

Damia memandang Ian.

"Saya adik dia, Ian. Adik kandung dia. Haram kalau dia ade sekelumit perasaan dekat saya, Ian. Sebab saya darah daging dia"

Dan keterangan Damia itu membuatkan Ian terkejut.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now