JEJ 35

3.8K 116 1
                                    

Adam kini kembali sibuk dengan dunia kerjanya. Ada kalanya dia akan menelefon Damia untuk bertanya khabar.

Beberapa hari meluangkan masa dengan Damia tidak dapat menghapuskan rasa rindu di hati Adam. Kalau boleh dia nak Damia selalu berada di hadapannya.

Tapi dia tak boleh pentingkan diri sendiri. Dia kena faham Damia yang hendak habiskan pelajarannya.

Adam baring di atas katilnya. Seharian bekerja membuatkan dirinya berasa sangat penat.

Adam mengambil telefonnya lalu dibukanya. Terpapar lah wajah Damia yang sedang tersenyum di muka telefonnya.

Adam tersenyum kecil. Dia mengusap lembut wajah Damia itu.

"Kalaulah aku ade kuasa, aku nak je cepatkan masa. Supaya kau boleh berada di sisi aku selalu"ucap Adam lembut.

Adam mengeluh kecik. Dia meletakkan telefonnya di tepi. Kedua-dua tangannya disilangkan kalau diletakkan di atas dahinya.

"Harap masa berlalu dengan cepat"gumam Adam. Matanya lama merenung siling sebelum matanya perlahan-lahan tertutup.
_______________

Dahlia mengeluh kecik. Dia duduk bertinggung di bahu jalan. Hari sudah malam tapi dia masih lagi berada di situ sejak senja tadi.

Dia tak tau ape masalah keretanya. Tiba-tiba sahaja ia berhenti di tengah jalan. Tiada seorang pun manusia yang berbaik hati ingin menolongnya.

Ingin telefon bengkel telefonnya pulak sudah habis bateri. Ingin meminta pertolongan tiada satu kereta pun yang berhenti. Dia sudah putus harapan.

Sedang dia duduk mengeluh ada satu kereta yang berhenti di belakang keretanya. Dahlia terus bangun apabila ade seorang lelaki keluar dari keretanya.

"Dahlia"

Dahlia tergamam. Dia tidak sangka yang itu adalah Dafriq. Dafriq lantas menghampiri Dahlia.

"Kereta rosak?"soal Dafriq. Dahlia hanya mengangguk sahaja. Dafriq lantas melihat kereta Dahlia untuk melihat mengeceknya. Dahlia datang mendekatinya.

"Tadi masa saya tengah bawak tiba-tiba je dia berhenti. Saya tak tau nak buat ape. Takde sape pun yang tolong"terang Dahlia.

"Tak telefon orang bengkel?"soal Dafriq.

"Telefon saya habis bateri"balas Dahlia.

Dafriq berpeluk tubuh lalu memandang Dahlia.

"Dah berapa lama tak bawak servis?"

"Mungkin dari tahun lepas?"balas Dahlia agak-agak. Dafriq mengeluh.

"Tunggu kejap saya telefon orang bengkel"ucap Dafriq. Dia lantas mengeluarkan telefonnya lalu mula menelefon. Dahlia hanya melihat sahaja.

Sebaik sahaja Dafriq habis menelefon, dia memandang Dahlia.

"Kejap lagi orang tu datang. Mungkin lagi setengah jam"Dahlia hanya mengangguk.

Skip

Dahlia memandang keretanya yang sedang ditarik. Dafriq pulak sedang bercakap dengan kawannya itu.

"Bila boleh siap?"soal Dafriq.

"Mungkin dalam dua hari gitu"

"Sekejapnya. Boleh tak kau simpan lama sikit"pinta Dafriq.

"Hmm okey. Dua minggu cukup?"

Dafriq tersenyum lalu mengangguk.

"Thanks, nanti aku bayar lebih"

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now