"Mia, bukaklah pintu ni. Sampai bila nak berkurung dalam bilik je?"soal Dafriq dari luar bilik. Dia mengetuk pintu bilik itu berkali-kali.
Damia hanya diam sahaja dari dalam. Dia langsung tidak menyahut sebarang panggilan daripada Dafriq. Telefonnya sengaja dimatikan.
"Mia"
Dafriq mengetuk kuat sedikit dari tadi. Namun tetap tiada balasan daripada Damia.
"Mia ingat kalau Mia berkurung macam ni Tzuyu akan gembira? Mia ingat Tzuyu akan hidup kembali? Mia ingat Tzuyu akan pulang?"soal Dafriq bertalu-talu dengan suara yang sengaja dikeraskan. Dia ingin Damia sedar.
Sudah seminggu Damia begitu. Tidak mahu keluar dari bilik. Makan yang dihantar Dafriq pun tidak disentuh. Sudah seminggu jugak Tzuyu pergi meninggalkan dunia ini akibat kemalangan jalan raya.
Damia menutup telinganya. Matanya sudah mengalirkan air mata. Dia tidak boleh terima. Satu-satunya sahabat yang dia ada kini telah pergi meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya.
"Semua salah aku. Salah aku. Kalau aku takde kat hospital Tzuyu masih ada. Kalau Tzuyu tak datang melawat aku Tzuyu masih lagi ada. Semua salah aku. Salah aku! AKU!"jerit Damia.
Dia memukul dadanya berkali-kali. Air mata makin deras mengalir. Dia menyalahkan dirinya sendiri atas kematian yang menimpa Tzuyu.
Dafriq yang dari luar boleh mendengar esakan tangisan Damia. Dia mengeluh perlahan.
"Keluarlah, Damia. Jangan seksa diri sendiri. Ingat, masih ada satu nyawa yang Mia kena jaga"pesan Dafriq sebelum dia pergi dari situ.
Damia hanya membiarkan sahaja kata-kata Dafriq berlalu seperti angin. Dia masih lagi menyalahkan dirinya sendiri.
_________________Hafzan hanya memandang Adam yang sibuk memakan maggi cup. Dahlah rembat dia punya. Kalau beli sendiri takpelah jugak.
"Ni kau dah seminggu duduk rumah aku. Takde rumah sendiri dah ke?"perli Hafzan.
Adam hanya buat tidak tau saja. Dia masih lagi sibuk dengan makanannya. Hafzan mengetuk meja kopi di depannya.
"Hei hei kau jangan buat tak tau je dengan aku. Bila-bila masa je aku boleh halau kau dari sini"ugut Hafzan.
"Berani ke?"soal Adam tanpa memandang Hafzan. Hafzan terdiam sebentar. Berani ke dia? Memang taklah! Adam tu dahlah bos dia. Kan kena pecat pulak. Dia dahlah nak kahwin ni.
"Berani ke?"soal Adam lagi. Kini dia memandang Hafzan dengan pandangan yang sinis. Hafzan mencebik. Dia mengambil bantal yang berada di sebelahnya lalu membaling ke arah Adam.
"Woi!"
Hafzan tersengih puas apabila bantal itu tepat terkena muka Adam. Dia dengan perasaan tidak bersalah terus membuka tv. Adam mendengus. Bantal itu dicampak sehingga terdampar di depan pintu bilik.
"Ni kau ada masalah ke dengan bini nombor dua kau ni?"soal Hafzan.
"Tak"balas Adam ringkas.
"Dahtu asal kau kat sini seminggu?"soal Hafzan lagi.
"Saja"
"Eh laki orang ni. Jangan main-main dengan aku boleh tak. Ada jugak yang makan penumbuk ni nanti"kata Hafzan dengan geram.
Adam tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia bangun lalu pergi ke dapur untuk membuang cup Maggi yang sudah habis dimakannya. Selepas itu dia kembali semula ke ruang tamu dan duduk di sebelah Hafzan.
Dia mengambil remote tv lalu dengan selambanya dia menukar siaran.
"Woi aku nak tengok cerita tulah!"marah Hafzan. Dia merampas remote tv dari Adam lalu menukar cerita tadi.
"Kau dah besar pun nak tengok robocar poli. Sini aku nak tengok WWE"
Adam pulak yang merampas remote itu dari tangan Hafzan. Berebut lah mereka berdua merampas remote tv yang satu itu.
Prakk!!
Mereka berdua terkaku apabila melihat remote itu patah dua. Jelas raut wajah mereka menunjukkan perasaan terkejut.
"Nah kau tengoklah. Aku nak packing baju esok aku nak melawat Damia"
Adam dengan rasa tidak bersalah memberi sebahagian remote yang berada di tangannya kepada Hafzan. Dia dengan lajunya melangkah ke arah bilik.
"Muhammad Adam Emir! Kau jangan nak lari! Ganti balik remote tv aku!"
____________________Dafriq mengambil kuali di dalam kabinet. Gas dihidupkan. Minyak masak dimasukkan. Sementara menunggu minyak panas Dafriq membuat air dahulu.
Sebaik sahaja minyak sudah panas dan air sudah siap dibuat, dia terus memasukkan bahan yang sudah dipotongnya ke dalam kuali. Setengah jam berperang di dapur, akhirnya siap jugak lah mee bandung yang dibuatnya.
Dia meletakkan sepinggan mee bandung dan air yang dibuatnya ke atas dulang. Ketika dia hendak berpusing dia terkejut apabila melihat satu sosok yang sedang berdiri memandangnya.
"Ya Allah, Damia! Terkejut abang! Nasib baik tak jatuh makanan yang abang pegang ni"
Dafriq terus meletakkan dulang itu di atas meja. Tangannya menggosok perlahan dadanya. Damia hanya diam sahaja.
"Mia nak makan? Abang dah masak dah ni"soal Dafriq. Dia meletakkan mee bandung itu di atas meja.
Damia hanya diam sahaja. Namun dia tetap duduk di meja makan. Garpu yang sudah disediakan diambilnya. Dia mula memakan masakan yang dimasak Dafriq.
Dafriq tersenyum apabila melihat Damia hendak makan. Dia duduk di sebelah Damia. Dia hanya memerhatikan sahaja Damia makan masakannya.
"Kenyang dah?"soal Dafriq apabila Damia sudah menolak pinggan itu jauh darinya. Damia hanya mengangguk sahaja. Masih ada separuh mee yang berada di dalam pinggan itu.
"Nah makan ubat"
Dafriq memberikan ubat dan air masak kepada Damia. Damia tanpa banyak soalan terus memakannya.
"Abang bila balik Malaysia?"soal Damia.
"Mia halau abang ke?"
Soalan dibalas dengan soalan. Damia dengan cepat menggelengkan kepalanya.
"Taklah abang mesti ada kerja lain kan kat Malaysia. Kalau abang kat sini lama-lama macam mana kerja abang kat sana? Kak Dahlia macam mana pulak. Abang tak rindu dia ke nanti?"kata Damia. Dafriq menganggukkan kepalanya. Ada betul jugak kata Damia tu.
"Kalau camtu abang akan ada kat sini sampai Mia graduate. Lagi berapa bulan je kan?"
Damia mengangguk. Dafriq mengambil pinggan itu lalu memakan saki-baki mee yang masih ada. Dalam hati dia memuji dirinya apabila dia merasakan mee yang dimasaknya itu sungguh sedap.
Kring! Kring!
Dafriq mengambil telefonnya. Melihat sahaja pemanggil di skrin telefon Dafriq dengan pantas mengangkatnya. Damia hanya mendengar sahaja perbualan Dafriq.
Sebaik sahaja panggilan ditamatkan Dafriq terus memandang Damia.
"Abang nak keluar kejap. Mia boleh kan tinggal sensorang?"soal Dafriq. Damia mengangguk.
"Okey kalau camtu abang keluar dulu. Jangan buat benda yang bukan-bukan tau"pesan Dafriq.
Dia menyisip sedikit air sebelum bangun. Kemudian dia masuk ke dalam bilik untuk menukar baju.
"Kalau nak apa-apa terus call abang"kata Dafriq lalu keluar dari rumah.
Damia hanya melihat sahaja Dafriq pergi. Dia kemudian bangun lalu menuju ke ruang tamu. Televisyen dibuka lalu dia duduk di sofa.
Mimpi yang dialaminya semalam semasa tidur menerjah ke mindanya. Dia mimpi yang Tzuyu datang kepadanya, berkata supaya tidak menyalahkan diri sendiri dan hidup bahagia. Damia akan ikut pesan terakhir Tzuyu itu.
Ting tong! Ting tong!
Damia mengerutkan dahi apabila terdengar bunyi loceng. Dalam dia melangkah mendekati pintu dia cuba berfikir siapakah yang datang. Sebaik sahaja Damia bukak pintu, dia terkejut apabila melihat gerangan itu di hadapannya.
"Adam"
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...