JEJ 7

5.8K 156 2
                                    

Masa berlalu dengan begitu cepat. Tanpa disangka hari ini adalah hari terakhir Damia menjadi seorang gadis. Selepas ini dia akan menjadi isteri si dingin itu.

"Tak sangka anak mama ni dah nak kahwin. Rasa macam baru semalam je mama lahirkan kamu"kata Puan Zara di sisi Damia.

"Ma, Mia tak ready lagi nak kahwin. Boleh tak kita postpone?"pinta Damia. Puan Zara menjegilkan matanya. Dia menepuk kuat lengan Damia.

"Mia jangan nak memacam eh! Semuanya dah siap. Tetamu pun semua dah sampai. Tinggal tunggu keluarga belah lelaki datang dan kamu akan diijabkabulkan dengan Adam"balas Puan Zara dengan tegas.

Damia mencebik. Bukan dia nak sangat kahwin dengan jejaka dingin itu. Kalau bukan sebab dia sayang mama dia, memang takkan diterimanya semua ini.

"Kak, keluarga pengantin belah lelaki dah sampai. Akak bolehlah bawak Damia ke ruang tamu"kata maksu. Puan Zara hanya mengangguk.

"Kamu dah sedia dah, Mia?"tanya Puan Zara. Damia menghela  nafas berat. Dia kemudian menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

Puan Zara hanya tersenyum. Mereka berdua pun keluar dari bilik itu lalu menuju ke ruang tamu yang sudah dipenuhi dengan tetamu dan keluarga belah lelaki.

Adam tidak berkelip memandang Damia yang kelihatan sungguh cantik pada petang ini. Entah mengapa hatinya tiba-tiba berdegup dengan kencang. Rasa yang sudah lama dia tak rasai.

"Ehemm. Tak berkelip ya mata pengantin lelaki kita tengok wajah pengantin perempuan. Takpe, lepas akad nikah ni pengantin lelaki nak tengok pengantin perempuan puas-puas pun takpe. Takde sape yang nak halang"usik tok kadi yang berada di hadapan Adam. Semua tetamu di situ tertawa manakala wajah Adam dan Damia pulak sudah berbahang.

Mata mereka berdua bertentang seketika sebelum Adam mengalihkan pandangannya.

"Baiklah, mari kita mulakan akad nikah kita"kata tok kadi lalu menggenggam tangan Adam.

"Muhammad Adam Emir bin Ahmad, aku nikahkan dikau dengan Damia Farisha binti Haziq dengan mas kahwinnya 6000 tunai"

Adam menghela nafas berat sebelum dia membalas. Damia pula sudah rasa berdebar apabila mendengarnya.

"Sah?"
"Sah!"

Tidak semena-mena air mata Damia yang sudah bertakung mengalir keluar. Dia pun tidak tau mengapa. Padahal dia tidak rela dengan perkahwinan ini.

Kini, Adam sedang melutut di hadapannya untuk menyarungkan cincin. Seketika mata mereka bertentangan. Entah mengapa Adam kelihatan sungguh kacak di mata Damia sekarang ni.

"Kau kalau nak tenung aku tunggu kat dalam bilik nanti. Sekarang ni tengah ramai orang tengok kita. Kau jangan buat perangai"bisik Adam perlahan. Matanya memandang tajam ke arah Damia. Damia hanya mencebik.

Adam lantas menyarungkan cincin di jari Damia. Selepas sahaja Damia menyalami tangannya, maka tamatlah majlis mereka pada pagi itu. Sekarang cuma tunggu majlis persandingan yang akan berlangsung pada malam nanti.
_________________________

Damia kini sedang berada di atas katil. Dia bercadang untuk tidur dahulu sebelum majlis persandingan bermula.

Ketika dia hendak melelapkan matanya, kedengaran pintu bilik ingin dibuka dari luar. Damia dengan cepat terus menutup matanya dan berpura-pura untuk tidur.

Adam terus masuk dan melihat Damia yang sedang berpura-pura tidur itu. Dia hanya berdecit halus sebelum bergerak masuk ke dalam bilik air.

Tap!

Apabila mendengar sahaja pintu bilik air ditutup, Damia terus membuka matanya sambil menarik nafas lega. Rasa lega kerana Adam tidak melakukan seperti mana yang selalu dilakukan dalam drama pukul 7.
______________________

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now