JEJ 13

5.3K 154 4
                                    

Mereka berdua sedang bersarapan di restoran bersama. Suasana di antara mereka hanya senyap. Yang dengar hanyalah bunyi lagaan sudu dan garpu sahaja.

Tiba-tiba, mata Adam terpandang ke arah Dafriq yang sudah memandang ke arah mereka. Adam tersenyum sinis sebelum dia menyuapkan makanan ke mulut Damia.

Damia tergamam. Dia memandang Adam yang sedang membuat muka selamba.

"Awak ni nasib baik saya tak masukkan makanan lagi dalam mulut saya. Yang awak tiba-tiba suap saya tanpa amaran ni kenapa?"marah Damia. Dia yang baru sahaja hendak mengambil tisu tergamam apabila Adam mengelap bawah bibirnya menggunakan jarinya.

"Hmm dah tak comot dah. So, makanlah. Ke nak aku suapkan lagi?"Adam menjongketkan keningnya. Damia hanya mendengus. Dia kembali menyuapkan makanan ke mulutnya.

Mata Adam mengerling ke arah Dafriq yang sedang mengetap bibir itu. Mungkin cemburu dengan aksi yang ditunjukkan Adam tadi.

"Well, aku takkan semudahnya nak lepaskan bini aku kat kau"gumam Adam perlahan. Dia kembali menyuapkan makanan ke mulutnya.
_________________________

Mereka kini sedang berada di tempat kereta kabel kerana Adam bercadang untuk pergi ke skybridge. Damia dari tadi menggenggam hujung baju Adam kerana takut.

"Kau ni kenapa asyik pegang baju aku? Kita nak naik benda ni je pun"kata Adam selamba.

"Awak cakap senanglah! Camne kalau benda ni tiba-tiba berhenti kat tengah jalan? Ataupun bergoyang tiba-tiba? Saya taknak mati katak!"balas Damia yang mempunyai pemikiran yang negatif sekarang ni.

"Kau takyahlah fikir bukan-bukan. Selagi aku ade dengan kau selagi tulah aku cuba lindungi kau"ucap Adam. Damia memandang Adam tidak berkelip.

"Dah tak payah pandang aku. Aku tau aku hensem. Dah jom"kata Adam. Dia lantas menarik tangan Damia.

"Saya taknak. Kalau awak nak naik awak pergilah sensorang"balas Damia dan cuba menarik tangannya semula.

Adam menahan geram. Dia menarik Damia kuat sehingga Damia terdorong ke arahnya.

"Aku bagi kau pilihan. Kau nak naik benda ni sekarang atau kau nak aku buat something kat kau dalam bilik?"bisik Adam.

Damia sudah seram sejuk. Dia lantas menolak Adam kuat lalu melangkah ke hadapan dengan cepat.

"Dah jomlah. Tadi kata nak naik kan"ucap Damia tanpa berpaling. Adam hanya tersenyum sinis.

Tahu takut
_____________________

"Haishh hati, kau sabar jelah tengok perlakuan diorang tu. Takpe, mula-mula kau yang buat camtu kat dia. Tapi, lepas je aku dapat dia, aku pulak akan buat camtu kat dia"ucap Dafriq. Matanya tajam memerhati pasangan dua sejoli itu.

Mesti korang pelikkan kenapa Dafriq ni asyik ade je. Well, Dafriq bercadang untuk mengekori diorang. Jadi, dia akan tau ape yang diorang buat dan boleh tengok gadis pujaan dia.
________________________

"Adam, awak cakap yang dia takkan bergoyang! Tapi kenapa saya rasa sekarang ni kita tengok bergoyang!"ucap Damia dengan perasaan yang gementar. Dia menjadi tidak boleh duduk diam apabila memikirkan tentang itu.

Adam berasa rimas dengan perlakuan Damia.

"Boleh tak kau duduk diam?! Memanglah dia bergoyang kalau kau pun tak duduk diam. Just stay calm and enjoy this view"balas Adam dengan tenang.

"Tapi--"

Adam terus menarik Damia supaya duduk di sebelahnya. Adam terus memeluk pinggang Damia dan menariknya rapat ke arahnya. Terus diam Damia.

"Nak kena buat camni dulu baru nak diam ke, sayang? Listen to me, stay calm and just enjoy the view"bisik Adam. Damia akur.

Dia memberanikan diri untuk melihat ke luar tingkap. Dia tergamam apabila melihat suasana yang cukup indah itu.

"Cantik kan?"tanya Adam. Damia hanya mengangguk. Dia sudah asyik dengan pandangan di luar.

Adam tersenyum. Dia menggenggam tangan Damia tanpa tuan punya badan sedari.

"Aku cintakan kau. Dan aku taknak kehilangan kau"ucap Adam perlahan. Dia memandang Damia yang masih lagi terpegun itu.
___________________________

"Awak, saya takut"ucap Damia ketika mereka berada di skybridge itu.

"Tadi dah okey kenapa sekarang takut lagi?"tanya Adam pelik. Tadi masa kat kereta kabel dah tak takut dah kenapa sampai sini tiba-tiba takut.

"Jambatan ni panjang. Bergoyang pulak tu. Kalau putus camne?"

"Kalau putus kita jatuh and matilah"balas Adam selamba. Damia lantas memukul bahu Adam kuat.

"Awak jangan nak takutkan saya! Kalau camtu awak pergi sana sendiri, saya nak turun bawah dulu"ujar Damia.

"Tak payah nak mengada Damia Farisha. Boleh tak kau beranikan sikit diri kau?"pinta Adam sambil matanya memandang Damia tajam. Damia mengetap bibirnya. Perasaan dia kini berbelah bahagi.

"Kalau kau takut sangat, kau takyah tengok bawah. Kau tengok je muka laki kau yang hensem ni. Lagi berbaloi, dapat pahala jugak"ucap Adam. Dia lantas menarik tangan Damia. Damia dengan perasaan yang tidak relanya itu hanya akur sahaja.
____________________

Dafriq mengetap bibirnya. Perlakuan Adam itu membuatkan dia tidak sabar untuk mendapatkan Damia dan menghancurkan hubungan mereka.

"Kalau kau boleh buat camni kat aku masa kau dengan dia, so should I. Biar kau rasa ape yang aku rasa selama ni. Baru buku bertemu ruas. Kau tak kenal sape diri aku lagi, Adam"

Matanya masih lagi tajam memerhati Adam yang sedang memeluk Damia dan Damia yang tersenyum bahagia. Hatinya sedikit terpesona apabila melihat senyuman Damia yang menawan itu.

' Camne kalau Damia bersama kau senyuman dia terus hilang? Kau dah tak dapat nak tengok senyuman manis dia'

Tiba-tiba akalnya mengatakan demikian. Dafriq mengetap bibirnya.

' Satu hari nanti mesti Damia akan boleh lupakan lelaki tu. Dan kau boleh selalu tengok senyuman dia' balas perasaan di hatinya. 

' Tapi untuk move on mengambil masa yang lama, bukan? Jadi kalau kau bersama dengan dia waktu dia masih cintakan suami dia, mungkin dia akan layan kau dingin sebab kau punca dia kehilangan suami dia' kata akalnya.

"Arghh, senyaplah! Aku tau ape nak buat. Korang jangan nak masuk campur"sampuk Dafriq sekaligus menamatkan perdebatan antara akal dan hatinya.

Sekali lagi dia memandang Damia yang masih lagi tersenyum itu.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now