"Mia?"soal Adam terkejut. Dari baring terus dia duduk di sofa.
"Hai, awak"sapa Damia sambil tersenyum manis.
"Is that really you? Ini bukan mimpi kan?"soal Adam tidak percaya.
"Yes, it's really me"balas Damia pendek.
Adam terus memeluk Damia. Damia membalas pelukan Adam. Kepalanya disandarkan di dada bidang Adam.
"This is really you"
Adam melepaskan pelukan sebelum dia mencium pipi Damia. Damia terkedu seketika kerana dia tidak menyangka Adam akan menciumnya.
Adam menarik lembut tangan Damia supaya Damia duduk di sebelahnya. Dia berpusing untuk menghadap muka Damia.
"Kenapa tak bagitau nak balik?"soal Adam.
"Saja. Saya nak bagi surprise kat awak. Kenapa? Salah ke? Ke awak taknak saya balik sini lagi?"balas Damia.
"Tak salah pun. Kalau kau bagitau aku, aku boleh ambik kau kat airport. And aku boleh ambik cuti untuk luangkan masa dengan kau"
"Awak tak perlu pun ambik cuti sepanjang saya kat sini. Saya cuti seminggu. Jadi banyak masa awak boleh luangkan dengan saya"kata Damia.
"Tapi kalau aku kerja aku akan balik malam. Dan masa tu aku akan penat. Kalau aku penat kita takleh buat benda yang selalu suami isteri buat"ucap Adam selamba.
"Adam! Awak pervert!"
Damia memukul lengan Adam kuat. Adam hanya tersengih sahaja.
"Aku nak anak. Kau taknak anak ke?"soal Adam. Dia mendorong badannya ke hadapan untuk merapatkan jarak di antara mereka.
Damia berundur ke belakang sehingga badannya tersandar di pemegang sofa. Dia tiada tempat untuk lari lagi. Kedudukan Adam semakin rapat dengannya.
Kini, Adam berada di atas Damia. Adam tersenyum sinis memandang Damia. Wajahnya mendekati Damia.
"Mama dengan papa pun mesti nak cucu kan"bisik Adam di telinga Damia penuh menggoda.
Damia memandang wajah Adam. Mata mereka saling bertentangan. Adam merapatkan jarak di antara wajah mereka. Tujuannya hanya satu sahaja.
Belum sempat hasratnya tercapai, tangan Damia dengan pantas menutup mulutnya. Damia menolak Adam jauh sehingga Adam terduduk semula di sofa.
"Why?"soal Adam dengan suara yang kasar. Wajahnya menunjukkan muka tidak puas hati. Sakit hatinya kerana baru sahaja ditolak oleh isteri sendiri.
"Kita still kat ofis lagi"balas Damia. Wajahnya sudah merona merah kerana perlakuan Adam tadi.
"So what? Sape je yang berani terjah masuk pejabat CEO?"kata Adam masih lagi dengan nada yang kasar.
"Saya tak lunch lagi"ucap Damia.
Adam memandang jam di dinding sebelum dia menghela nafas berat.
"Okey jom kita pergi lunch. Kau tunggu aku kat car park, aku nak kemas kerja aku kejap"balas Adam sebelum dia bangun dari duduk dan mendekati meja kerjanya.
Damia jugak turut bangun. Dia melihat Adam mengemas semua kertas kerjanya.
"Awak marah ke?"soal Damia. Adam hanya diam sahaja. Damia mendekati Adam.
Dia menarik kemeja Adam membuatkan Adam menunduk memandang dirinya. Damia dengan pantas mencium bibir milik Adam dan melepaskannya.
"Saya tunggu awak kat bawah"kata Damia sambil memandang ke arah lain.
Belum sempat Adam hendak menjawab Damia sudah pun keluar dari situ. Adam hanya tersenyum sahaja. Dia dengan pantas mengemas kertas kerjanya sebelum keluar dari pejabatnya.
_____________________Qarina memandang Tan Sri Borhan di hadapannya. Dia tidak sangka yang Tan Sri Borhan akan datang ke rumahnya bersama dengan Yin.
"Dah lama sangat aku tunggu ni. Bila kau nak buat tugasan kau?"soal tan sri Borhan dingin.
"Maaf, tan sri. Partner saya tiba-tiba tarik diri untuk bekerjasama dengen saya"balas Qarina tengan mukanya yang tertunduk. Tidak berani melawan pandangan mata tajam milik tan sri Borhan.
"Partner? Siapa partner kau?! Kau bagitau partner kau tentang perjanjian kita ke?!"nada suara Tan Sri Borhan meninggi apabila dia menyoal. Dia kemudian memandang Yin yang berada di sebelahnya. Yin hanya menggelengkan kepalanya sahaja tanda tidak tau akan perkara itu.
"Dafriq. Dafriq partner saya. Kami bekerjasama untuk pisahkan Adam dan Damia. Dia tak tau tentang perjanjian kita. Tapi haritu dia cakap dengan saya yang dia nak berhenti. Dia taknak terlibat lagi dah dengan urusan rumah tangga Adam dan Damia"terang Qarina.
"Kenapa pulak?"
Tan sri Borhan kembali duduk bersandar di sofa apabila dia mendengar perkara itu. Terkejut jugak dia apabila Dafriq bekerjasama dengan Qarina. Tapi takpe dia tak kisah tentang sume tu. Dia hanya kisah tentang dendam dia sahaja.
"He like another woman. Dia dah tak suka Damia. Sebab dia cakap dia tak patut suka Damia dan dia patut dengar cakap kawan dia"
"What?!"jerit tan sri Borhan. Dia kembali duduk tegak. Fikiran dia mula menjadi tidak tenang. Dafriq dah tau ke?
Patutlah dia tak balik dua hari yang lepas. Jadi Dafriq dah dapat ingatan dia balik? Dia dah jumpa dah keluarga kandung dia? Jadi tak gunalah dia suruh doktor tu bagi ubat lain untuk Dafriq selama ni. Membazir duit dia je bayar doktor tu untuk tukarkan ubat Dafriq.
Tan Sri Borhan terus bangun dari duduknya lalu keluar dari rumah Qarina tanpa berkata apa-apa. Yin yang terkejut dengan tindakan tan sri Borhan hanya mengikuti dari belakang. Qarina pulak hanya memandang tan sri Borhan dengan pelik.
____________________Untuk kali ke berapa Dahlia memandang telefonnya yang sunyi sepi. Sudah beberapa hari dia tidak dapat panggilan dan mesej daripada Dafriq. Penat jugak dia menunggu.
Asyraf yang duduk di hadapan tempat Dahlia hanya menggelengkan kepala. Jemu dia asyik melihat Dahlia seperti orang yang takde semangat kebelakangan ni. Kalau dah suka tu bagitau jelah kenapa nak main hard to get pulak.
"Dahlah tu pandang telefon yang tak bernyawa tu. Baik kau buat kerja kau kalau kau taknak bos bagi kau overtime"tegur Asyraf. Dahlia mengeluh. Dia dengan tidak semangatnya terus membuka fail yang tidak berusik dari tadi.
"Kenapa dia tak call aku, Asy?"soal Dahlia.
"Manalah aku tau"balas Asyraf selamba. Matanya kini kembali memandang laptop yang berada di hadapannya.
"Dia dah give up ke? Ataupun dia dah suka orang lain? Sebab tulah dia tak layan aku. Lelaki memang! Semua sama je"
Asyraf menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum dia menghembusnya dengan perlahan. Cuba menahan diri daripada memukul manusia di hadapannya ini. Sakit pulak hati dia dengar ape yang dikatakan oleh Dahlia walaupun dia tau bukan pasal dia yang Dahlia katakan.
"Kau cakap camtu macam kau tak buat salah je. Bukan salah dia kalau dia give up. Salah kau. Dia dah cuba untuk dapatkan kau tapi kau sendiri yang jauhkan diri dari dia. Kau yang jual mahal. Dia ajak kau lunch kau tolak, dia nak hantar kau balik kau tolak. Jadi kenapa nak anggap semua salah lelaki padahal itu sebenarnya salah perempuan? Kalau kau cintakan dia, sekarang ni giliran kau pulak untuk kejarkan dia. Ingat, sebuah hubungan takkan lengkap kalau hanya satu pihak je yang mencuba"ucap Asyraf panjang lebar sebelum dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke tandas.
Dahlia pulak terdiam apabila mendengar kata-kata daripada Asyraf. Kalau Dafriq dah give up buat ape dia mencuba. Semuanya hanya sia-sia. Dafriq tak mungkin akan terima perasaannya lagi. Salah dia jugak sebab pernah berikan harapan palsu kepada Dafriq. Biarkan jelah masa yang tentukan segalanya.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...