Seminggu sudah berlalu. Adam begitu sibuk dengan kerjanya sehingga dia tidak dapat untuk selalu menelefon Damia. Damia pun seperti tidak kisah kerana dia jugak sudah sibuk dengan assignment.
Tapi hari ini Adam tidak terlalu sibuk. Dia sedang duduk menongkat dagu di meja kerjanya. Helaian kertas yang banyak hanya dibiarkan sahaja. Dia malas hendak menyemak.
Dia bercadang hendak menelefon Damia. Dah berapa hari dia tak call. Rasa rindu mula bertapak di hatinya. Dia mula mengambil telefonnya dan mendail nombor Damia.
Sesaat kemudian tangannya berhenti. Dia baru teringat yang Damia tengah sibuk. Hatinya mula berbelah bahagi.
"Nak telefon ke taknak? Kalau call dia dapat cakap sekejap je. Sebab dia tengah sibuk. Tapi kalau tak call nanti makin rindu. Camne ni?"gumam Adam. Dia tak tau hendak buat ape. Teruskan niat dia atau batalkan sahaja.
Adam mengeluh perlahan. Dia akhirnya mencampak perlahan telefonnya di atas meja. Kedua-dua tangannya disilangkan ke belakang.
"Takpelah malam nantilah aku call"
Adam terus bangun dari duduknya. Dia mencapai briefcase dan kunci keretanya yang digantung lalu keluar dari bilik pejabatnya.
"Sheila, kalau ade sesiapa nak mintak tandatangan saya just tinggalkan kat atas meja saya tau. Saya nak balik awal"Sheila hanya mengangguk. Adam kemudian pergi dari situ.
Adam menapak ke arah kereta Audinya yang tersadai di hadapan pintu masuk. Dia masuk ke dalam keretanya dan mula memandu keluar dari syarikatnya.
____________________"Lia, ape hubungan kau dengan Dafriq sekarang ni?"soal Marsya. Sekarang ni mereka sedang makan tengah hari bersama.
Dahlia yang hendak menyuap makanan di dalam mulutnya terus tak jadi. Dia kembali meletakkan sudu di dalam pinggan. Marsya yang melihat mengerutkan dahinya.
"Kau tau ke yang kitorang dah berhubung?"soal Dahlia sedikit terkejut. Dia tak bagitau lagi kepada Marsya tentang Dafriq yang telah pulangkan dompetnya.
Marsya hanya tersengih.
"Ian bagitau aku. Bukan main seronok eh korang. Padahal baru first time jumpa. Takpe aku doakan kebahagiaan kau dengan dia"seloroh Marsya berkata. Muka Dahlia sudah memerah.
"Kau jangan nak memandai. Aku rasa kitorang takde jodoh. Sebab lepas hari tu Dafriq terus dah tak mesej aku. Jadi aku rasa dia takde perasaan kat aku"suara Dahlia kian mengendur. Tak tau kenapa dia rasa sedih sangat. Dan Marsya perasan akan itu.
"Kau ade perasaan ke kat dia?"soal Marsya drastik. Dahlia tersentak. Dia dengan pantas menggelengkan kepalanya. Marsya tersenyum senget.
"Kalau kau ade perasaan kat dia kau cubalah dapatkan hati dia. Kau cuba ambik langkah pertama dulu. Mesej dia ke, call ke"nasihat Marsya. Dahlia sepertinya termenung. Mungkin berfikir.
"Tapi camne kalau dia reject terus? Yelah dia dah someone yang dia cinta sangat sampai sanggup hancurkan kebahagiaan perempuan tu"
"Tapi kau kena ingat, perempuan yang dia cinta sangat tu adik kandung dia sendiri. Girlfriend dia pulak sukakan husband adik dia"
Dahlia menggelengkan kepalanya. Kadang-kadang dia pun pening dengan kisah mereka.
"Jadi kenapa Ian taknak bagitau yang perempuan tu adik kandung dia? Kan senang je. Dafriq pun dah lama kan cari keluarga dia"
Marsya hanya menjongketkan bahunya. Dia pun kekadang tak faham dengan rakan sekerjanya itu. Cara yang senang taknak guna nak jugak guna cara yang susah.
_________________Damia melangkah masuk ke dalam Starbucks. Dia kemudian menghampiri tempat order lalu mengoder kopi dan roti untuk dirinya dan Tzuyu yang sedang menunggu dia di taman.
Ketika dia hendak keluar, ade seorang lelaki yang melanggarnya sehingga menyebabkan beg roti yang dipegangnya jatuh.
"Sorry, my bad"lelaki itu mengambil semula beg roti yang jatuh di atas lantai itu. Damia hanya senyum paksa.
"It's okay. My bad too"Damia mengambil beg itu sambil menundukkan badannya sedikit. Dia kemudian menolak pintu Starbucks lalu keluar dari situ.
Lelaki itu menoleh ke belakang untuk memerhatikan pemergian Damia. Dia kemudian memakai mask lalu mengekori Damia dari jauh sambil kedua-dua tangannya dimasukkan di dalam kocek seluar.
Dia memerhatikan Damia yang sedang bergelak ketawa dengan seorang perempuan. Kemudian ade seorang lelaki datang menghampiri mereka.
Lelaki itu lantas mengambil telefon di dalam poketnya. Tangannya pantas mendail nombor seseorang.
"Bos, ade sorang lelaki yang rapat dengan Damia"lelaki itu berdiam seketika. Menunggu arahan daripada bosnya sambil matanya galak memerhati Damia.
"Okey"lelaki itu terus menamatkan panggilan dan memasukkan semula telefonnya di dalam kocek seluar.
"Time to start the showtime"ucap dia perlahan. Perlahan-lahan senyuman sinis terukir di bibirnya yang ditutupi oleh topeng muka.
____________________Ian memandang Damia daripada jauh. Kedudukannya berada sedikit jauh daripada tempat menyorok lelaki misteri itu.
Kenapa dia sedang mengintip Damia? Sebab dia dapat tau yang Dafriq ade upah orang untuk intip Damia. Jadi dia pun ke Korea dengan rela hati untuk melihat Damia. Dia buat semua ni demi kebaikan Dafriq jugak.
Matanya tiba-tiba memandang ke arah satu lelaki yang amat mencurigakan. Dengan pakaian hoodie hitam, mask hitam dan topi yang menutupi segala mukanya. Dia melihat lelaki itu sedang memandang satu arah sambil tangannya memegang telefon.
Dia pun turut melihat jugak ke tempat lelaki itu lihat.
"Jadi dialah orang yang Dafriq upah"gumam Ian perlahan apabila tempat yang dia lihat itu rupanya tempat Damia dan kawan-kawannya melepak.
"Nampaknya kau dah satu langkah ke depan. Baiklah, aku akan fikir camne nak saingi kau"
Ian lalu berjalan melintasi belakang lelaki misteri itu. Tangannya pantas meletakkan cip pendengar di dalam belakang kocek seluar lelaki itu.
Sebelum itu dia sempat mendengar lelaki itu menyebut satu perkataan.
"Time to start the showtime"
Ian terus memberikan senyuman sinis sambil kakinya melangkah pergi.
"Yeah, didn't wait to see our showtime together"
Haii semua...author nk ucapkan selamat hari raya kt korang semua...maafkan diri ini klau ade buat slh silap ke ape...raya ni takleh gi memana jdi korang ddk rumah leklok tau...stay home and stay safe
And sorry part ni sikit...author dah takde idea lgi...jgn lupa utk vote dan komen tau
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...