JEJ 11

5.5K 156 3
                                    

Damia dan Adam sedang menunggu kedatangan teksi untuk membawa mereka ke lapangan terbang. Suasana di antara mereka sungguh senyap sampaikan suara cengekerik pun boleh dengar.

"Adam, saya nak tanya satu soalan boleh?"tanya Damia yang akhirnya memecahkan suasana sunyi di antara mereka.

Adam menjongketkan keningnya tanda membenarkan.

"Kenapa awak terima saya untuk jadi isteri awak sedangkan awak tak kenal sape saya? Kita pun tak pernah berjumpa kan"tanya Damia. Sebenarnya soalan itu sentiasa berlegar-legar di kepalanya apabila Adam memaksanya untuk menerima sahaja lamaran ibunya.

"Mak aku yang nak sangat aku kahwin. Jadi aku relakan je dengan sape yang aku kahwin asalkan mak ku bahagia. Aku taknak jadi anak derhaka"balas Adam senada tanpa memandang Damia. Pandangannya lebih ditumpukan pada telefon di hadapannya.

"Awak tak ade girlfriend ke?"tanya Damia lagi.

"Kau ade boyfriend ke kat Korea sana? Kalau ade kenapa kau tak bagitau mak kau je. Senang kau takyah kena kahwin paksa dengan aku"tanya Adam.

"Kalau saya cakap saya ade?"soalan berbalas dengan soalan. Adam terdiam seketika. Kalau betullah yang Damia sudah ade boyfriend, mungkin sekali lagi dia akan berasa kecewa.

"Adam?"panggil Damia apabila melihat Adam yang diam secara tiba-tiba. Tangannya digawangkan di hadapan Adam.

Adam tersentak. Dia mendehem kecil.

"Kalau kau dah ade baguslah. Bolehlah aku ceraikan kau cepat-cepat"ucap Adam. Hatinya bagaikan dicucuk dengan seribu pisau yang tajam.

Damia ketawa janggal.

"Haha ape awak ni. Saya takdelah boyfriend kat sana. Awak jangan risau"balas Damia. Adam hanya diam.

"Adam, awak marah ke?"tanya Damia apabila Adam hanya mendiamkan diri.

Pon! Pon!

"Tu teksi dah sampai. Jom"ucap Adam. Mereka berdua pun menghampiri teksi itu.
______________________

Mereka kini sudah berada di dalam hotel yang ditempah oleh Datin Marina. Adam terus melangkah menuju ke bilik tanpa memandang Damia di belakangnya.

Damia pula hanya memerhatikan Adam. Dia sedikit pelik kerana Adam tiba-tiba je senyap sejak sebelum mereka ke sini.

' Dia ade masalah ke?'

Sesampai sahaja di hadapan pintu bilik, Adam terus membukanya. Selepas sahaja dia masuk, dia terus menghempas pintu itu. Damia yang berada di belakangnya tersentak apabila pintu itu hampir terkena hidungnya.

Damia mendengus perlahan.

"Kalau marah sekalipun janganlah hempas pintu tu. Nasib baik tak kena hidung aku. Kalau tak dah cacat dah sebab kemek"omel Damia. Dia membukanya lalu masuk ke dalam. Serentak itu pintu di sebelahnya dibuka oleh seseorang dari dalam bilik.
_______________________

Dafriq menguap kecil sambil tangannya memulas tombol pintu. Dia melangkah keluar dari bilik hotelnya dengan hanya memakai seluar pendek dan t-shirt putih.

Klikk

Dia menolehkan kepalanya ke arah kanan apabila dia mendengar pintu itu ditutup. Dia baru sahaja tiba di situ pada malam semalam. Tidak sempat dia hendak menegur jirannya tadi.

"Hmm takpelah. Malam nanti mesti aku boleh tengok. Takkan diorang nak terperap dalam bilik je kan"gumam Dafriq lalu dia terus melangkah pergi dari situ. Tempat yang ingin dituju sekarang ialah restoran kerana perutnya sudah berbunyi minta diisi.
_______________________

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now