Dafriq mengeluh. Tidak sampai beberapa jam Damia keluar hospital, kini dia dimasukkan semula ke dalam hospital. Di sebelahnya terdapat Tzuyu yang sedang tersengguk-sengguk kepalanya menahan kantuk.
"Hey, go home. Let me take care of her"sapa Dafriq. Kesian dia melihat Tzuyu sebegitu. Sudahlah penat buat assignment, dia taknak Tzuyu bertambah penat dengan menjaga Damia pulak.
Tzuyu menggelengkan kepalanya.
"No, no it's okay. I'm not tired"balas Tzuyu.
Mereka berdua diam sekejap sebelum Dafriq mendengar dengkuran kecil Tzuyu. Dafriq menggelengkan kepalanya. Kenapalah dia harus berjumpa perempuan yang sangat degil dalam kehidupannya.
Dafriq menghampiri Tzuyu lalu menggoncangkan badannya. Tzuyu tersedar. Dia terkejut apabila melihat Dafriq yang berdiri dekat dengannya. Sebaik sahaja melihat Tzuyu sudah sedar Dafriq menjauhi Tzuyu.
"Just go home. You can come again tomorrow"arah Dafriq.
"But--"
"Aish go home lah. Tu pun susah ke"marah Dafriq. Dia sudah mengomel kecil di situ. Tzuyu hanya menggaru perlahan kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak faham yang dibebelkan oleh Dafriq.
"What you waiting for?!"sergah Dafriq membuatkan Tzuyu terkejut. Dia dengan tergesa-gesa bangun lalu pergi dari situ.
Kepala Dafriq menoleh ke arah pintu wad apabila dia mendengar pintu itu dibuka dari dalam. Keluarlah doktor yang merawat Damia pagi tadi.
"It's not 24 hours yet she here again"
"Sorry, doc"
Hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Dafriq. Doktor menggelengkan kepalanya.
"It's okay. Her blood pressure was to hight. She faint because to stress. Do you know why?"soal doktor.
Dafriq terdiam sebentar. Dia cuba berfikir untuk memberi jawapan kepada doktor.
"Emm she still student so maybe because she stress about an assignment"
Doktor menganggukkan kepalanya.
"Whatever it is, please avoid something that make her feel stress. It can affect the baby. I will give her some pill. Make sure to eat it. That's all, please excuse me"
Selepas menerangkan semuanya, doktor itu meminta diri untuk pergi. Masa sudah menunjukkan pukul 10 malam, waktu untuk dia pulang ke rumah setelah seharian penat bekerja.
Dafriq pun masuk ke dalam wad. Kelihatan Damia sedang tidur lena di atas katil. Mungkin akibat ubat tidur yang disuntik oleh doktor.
Dafriq mengelus perlahan rambut Damia. Dia tidak tau apa yang terjadi yang menyebabkan Damia terlantar di hospital semula. Takpe, nanti esok dia akan tanya setelah Damia sedar.
___________________"Apa kau cakap?!"
Tinggi suara Adam ketika dia mendengar apa yang dikatakan oleh Qarina.
"I bagitau Damia tentang kita. I taknaklah dia terasa macam terabai kan kalau you tak bagitau"balas Qarina selamba.
Dada Adam sudah turun naik. Api kemarahannya sudah marak. Air pun tak mampu untuk memadamnya.
"Kau sedar tak apa yang akan terjadi kalau kau bagitau dia! Dia akan bencikan aku! Dia akan salah sangka ingat aku nak kahwin dengan kau!"tengking Adam.
"Biarlah kalau dia bencikan you pun. You boleh ceraikan dia. You kan dah ada I. I boleh jaga you. You boleh luangkan masa sebanyak mana yang you nak dengan I, isteri yang selalu dekat dengan you"balas Qarina bersahaja. Tidak peduli dengan perasaan marah Adam. Sudah banyak kali dia melihat Adam seperti ini.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...