Dafriq terpisat-pisat membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Keadaan di dalam bilik itu sungguh lain dengan bilik tidurnya. Dia pasti yang dia berada di hospital setelah melihat segala wayar dan mesin yang berada di sekitarnya.
Dafriq menoleh ke arah pintu apabila mendengar pintu itu ditolak seseorang. Kelihatan wanita yang dia selamatkan dari peragut dan jugak seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan wanita itu masuk ke dalam.
"Kepala kamu sakit lagi tak?"soal Puan Zara dengan risau. Dafriq hanya menggeleng sambil tersenyum nipis.
"Saya dah okey, makcik. Terima kasih sebab bawak saya pergi hospital"ucap Dafriq dengan sopan. Encik Haziq dan Puan Zara saling berpandangan apabila mendengar perkataan 'makcik'.
Encik Haziq menggosok perlahan bahu Puan Zara. Dia tau perasaan Puan Zara. Dia jugak turut merasainya. Siapa je yang tak sedih bila anak yang dijaga sampai besar melupakan ibu bapa sendiri.
"Makcik, boleh saya tanya sikit?"soal Dafriq. Puan Zara terus memandang Dafriq dan menganggukkan kepalanya.
"Kamu nak tanya ape. Mama cuba jawab"balas Puan Zara. Dafriq kelihatan tersentak. Sekali lagi.
"Kenapa makcik panggil diri makcik mama dengan saya? Makcik kenal saya ke?"
"Sebelum tu, boleh tak kamu bagitau kenapa kamu jatuh pengsan"sampuk Encik Haziq apabila melihat Puan Zara terdiam.
"Saya pun tak tau. Bila saya perhatikan muka makcik, tiba-tiba ade satu bayangan yang datang kat fikiran saya. Muka makcik macam pernah saya jumpa tapi saya tak ingat kat mana. Sebab tu saya keliru kenapa makcik panggil mama dengan saya"terang Dafriq.
Puan Zara tidak mampu menahan sebak. Dia terus menangis di situ. Encik Haziq cuba menenangkan Puan Zara manakala Dafriq terdiam. Adakah kata-katanya tadi menggores perasaan wanita itu?
"Dafriq, papa tak tau ape yang jadi kat kamu tiga tahun lepas. Tapi kami bersyukur sangat yang kami dah dapat jumpa kamu sekarang"kata Encik Haziq sebaik sahaja menghantar Puan Zara ke luar untuk menenangkan diri. Dafriq tersentak.
Dafriq ingin bersuara tapi kepalanya yang tiba-tiba sakit menghalangnya untuk bercakap. Dia terus memegang kepalanya. Sakitnya amat perit. Dia tidak dapat menahannya.
Encik Haziq terus memanggil doktor. Bayangan demi bayangan terus tiba di dalam fikiran Dafriq. Benda tajam yang tercucuk di lengan Dafriq membuatkan pandangannya kabur. Matanya perlahan-lahan tertutup. Dia pengsan akibat ubat bius yang disuntik ke dalam dirinya.
_________________Damia mengemas tempatnya yang bersepah. Semua pelajar sudah pun keluar dari kelas dan menuju ke kantin untuk makan tengah hari. Damia orang terakhir yang keluar dari kelas itu.
Damia menuju ke kantin yang berdekatan dengan bangunan course yang diambilnya. Seperti biasa dia akan menunggu Tzuyu untuk pulang ke rumah bersama.
Dia mengambil telefonnya lalu membuka aplikasi Whatsapp. Tiada pesanan langsung yang masuk dari Adam. Takpe dia faham. Mungkin sedang sibuk bekerja.
Damia membaca perbualannya dengan Adam. Dia dan Adam tidak seperti pasangan yang lain yang sedang hangat bercinta. Adam baginya lain. Dia jarang memberi mesej yang berbaur cheesy. Dan perbualan antara mereka semuanya pendek-pendek.
Adam hanya akan mesejnya untuk bertanya khabar sahaja dan berpesan untuk menjaga kesihatan. Damia tersenyum.
"Senyum-senyum kenapa?" sergah seseorang dari belakang. Damia terkejut.
"Terkejutlah aku, Tzuyu!" marah Damia. Dia memukul lengan Tzuyu kuat. Tzuyu hanya tertawa. Selepas reda, dia mula mengambil tempat di sebelah Damia.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomansDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...