JEJ 10

5.7K 157 3
                                    

"Wow!"itu yang terkeluar dari mulut Damia apabila dia tiba di rumah Adam. Sebuah mansion yang cukup besar. Teramatlah besar.

"Jom"ajak Adam sambil kedua-dua tangannya mengangkat bagasi miliknya dan Damia. Damia berjalan mengikut langkah Adam. Dia tergamam apabila melihat ruang tamu yang cukup elegen itu.

"Kenapa awak perlu membazir beli rumah besar-besar sedangkan kita hanya duduk dua orang je?"tanya Damia.

"Suka hatilah. Aku tak kacau duit kau pun an nak beli rumah ni"jawab Adam. Damia mendengus.

"Jawapan awak kalau tak menyakitkan hati memang takleh, kan"kata Damia. Adam hanya menjelingnya.

"So ni bilik kau. Depan ni bilik aku"kata Adam sebaik sahaja mereka sampai di depan pintu bilik.

"Buatlah macam rumah sendiri ya. Aku nak pesan sikit. Kau jangan sesekali memandai nak masuk bilik aku kalau aku tak bagi kebenaran. Aku tak suka. Tapi kalau kau degil, tahulah akibat dia"Damia hanya mengangguk sahaja.

Dia kemudian memasuki biliknya apabila melihat Adam sudah memasuki biliknya.

"Hmm, not bad"gumam Damia apabila dia melihat bentuk rekaan di dalam bilik tidurnya.

Dia terus membaringkan dirinya di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia terus membaringkan dirinya di atas katil.

"Perghh empuk siak. Memang susah nak bangun ni kalau lepas baring"komen Damia. Dia hanya merenung siling sahaja. Perlahan-lahan matanya terus menjadi kuyu sebelum ia tertutup rapat. Kini Damia sudah hanyut di alam mimpi.

Adam sedang mengemaskan pakaiannya untuk dibawa masuk ke dalam almari. Seketika matanya terpaku pada dua keping tiket yang berada di hujung bajunya. Dia mengambil tiket itu lalu melihat tarikh di tiket itu.

"7/3? Maksudnya hujung minggu nilah? Haih. Bertimbunlah kerja aku kat pejabat nanti"keluh Adam. Dia kemudian meletakkan tiket itu di atas meja kerjanya.

Selepas habis menyusun bajunya di dalam almari dia terus keluar dari biliknya. Niat di hati untuk turun ke dapur namun matanya tiba-tiba terpaku di pintu bilik Damia.

Kakinya dengan perlahan melangkah ke pintu bilik Damia. Dibukanya pintu itu dengan perlahan. Dia melihat yang Damia sedang tidur dengan lenanya. Adam tersenyum nipis.

"Aku tak boleh tepis perasaan ni walaupun berkali aku cuba. Aku terpaksa iakan yang aku dah jatuh cinta kat kau. Tapi aku takut kalau perasaan kau lain. Jadi lebih baik aku simpan perasaan ni seorang diri"ucap Adam sambil merenung Damia dari celah pintu.

Dia kemudian menutup pintu dengan perlahan supaya Damia tak terbangun dan terus menuju ke dapur.
___________________

Damia tersedar dari tidurnya. Dia perlahan-lahan bangun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Skip

Damia mengerutkan dahinya apabila melihat suasana di dalam rumah itu sunyi sepi. Dia cuba mencari di mana Adam tapi dia langsung tidak nampak bayang lelaki itu.

"Hmm mana dia pergi ni? Nak makan tapi barang dapur takde"rungut Damia. Hendak telefon Adam tapi dia langsung tiada nombor telefon jejaka itu. Jenis isteri apelah dia ni tak simpan nombor telefon laki sendiri. 

Dia kemudian melangkah ke ruang tamu. Dia cuba untuk menghilangkan bosan dengan menonton televisyen.
____________________

Adam berjalan-jalan di sekitar tempat barang dapur itu. Dia bukan tipikal lelaki yang kalau nak beli barang dapur perlu ade isteri di sisi.

Adam mengambil bahan yang dia rasa perlu ade di rumahnya. Namun, dia merasakan sesuatu yang pelik. Sedari tadi dia perasan ade seorang lelaki yang asyik memerhatikannya. Ketika dia pandang lelaki itu mesti lelaki itu akan berpura-pura melihat barang di sekitarnya.

Adam tersenyum sinis.

"Kau nak main dengan aku? Okey, aku akan follow je. Tapi kita tengok sape yang akan menang nanti"gumam Adam perlahan.

Skip

Adam memasukkan semua barang yang dibelinya tadi di bonet kereta. Ketika dia hendak membuka pintu pemandu, ade satu tangan yang menghalangnya.

Adam memandang pemilik tangan tersebut. Dia tersenyum sinis apabila melihat gerangan itu adalah lelaki yang mengekorinya.

"Aku nak cakap sikit dengan kau"kata dia lalu mengangkat mukanya memandang Adam.

Adam menjongketkan keningnya memberi kebenaran untuk lelaki itu bercakap.

"Aku nak kau jauhkan diri kau dari Damia. Dia hak milik aku! Kau tak layak untuk dia!"Adam tertawa.

"Bro, aku rasa kau yang tak layak untuk dia. Kau fikir aku tak kenal kau? Kau lelaki yang ade dengan Qarina masa tu. Kalau dah ade girlfriend buat macam ade. Takyah sibuk nak kacau rumah tangga orang"balas Adam.

"Better kau jangan pandang sebelah amaran aku. Baik kau jauhkan diri kau dari dia sebelum aku sendiri yang buatkan dia jauh dari kau"ugut Dafriq.

Adam terus mencengkam kolar baju Dafriq.

"Kau jangan nak berani!"marah Adam. Kini Dafriq pulak yang tertawa.

"Kenapa kau takut? Kau kan kena kahwin paksa dengan dia. Jadi mesti kau sukakan kalau dia takde dalam hidup kau"

"Cinta boleh dipupuk lah! Kau tak payah nak jadi pemusnah rumah tangga orang! Lebih baik kau jaga girlfriend kau tu!"bentak Adam.

Dafriq menolak Adam kuat sehingga Adam tersandar di pintu kereta.

"Aku akan bagi masa untuk kau bahagia dengan dia. Tapi lepas je kau bahagia, dia akan jadi milik aku pulak. So, get ready to lost her"pesan Dafriq sebelum pergi dari situ.

"ARGHHHHH!!!"jerit Adam. Dia menumbuk pintu keretanya sekuat hati untuk melepaskan kemarahannya.

"Aku takkan biarkan sesiapa rampas Damia! Dia hanya milik aku sorang!"
_____________________

Pap!!

Damia terus menoleh apabila dia mendengar bunyi pintu ditutup.

"Awak pergi mana?"tanya Damia apabila dia melihat kelibat Adam.

"Makan"jawab Adam sepatah.

"Eihh ape awak ni makan tak ajak saya! Tau tak saya lapar! Suami jenis apalah awak ni yang biarkan isteri dia kebuluran. Tau tak--" terdiam terus Damia untuk membebel apabila Adam menghulurkan bekas makanan ke arahnya.

"Jangan nak membebel lagi. Sakit telinga aku. Nah pergi sana"kata Adam. Damia dengan senyuman yang penuh lebar terus menyambut huluran itu.

"Thank you. Sayang awak"ucap Damia lalu dia terus berlari menuju ke dapur. Adam hanya menggelengkan kepalanya.

"Macam budak-budak"

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now