Damia masih memikirkan tentang hal semalam. Perkara yang Ian ceritakan semalam membuatkan dirinya berasa sedih, kecewa, marah. Perasaannya bercampur baur.
Tiba-tiba ade satu tangan melingkari pinggangnya. Membuatkan Damia terkejut. Terus tersedar dia dari lamunannya tadi.
"Kau fikir ape? Sampai aku panggil pun kau tak dengar"soal Adam. Damia hanya diam. Dia sudah biasa dengan perangai Adam yang baharu ni. Suka sangat peluk diri dia. Sampai dia pun dah terbiasa.
"Kau berangan lagi, Damia. Ape yang kau fikirkan sebenarnya?"soal Adam lagi.
"Takdelah. Ianya tak penting pun"balas Damia. Adam hanya mengangguk.
"Oh lusa kau dah kena balik Korea kan?"Damia hanya mengangguk. Adam menghela nafas berat. Dia pun melepaskan pelukannya dari pinggang Damia.
"Kenapa?"soal Damia pelik. Adam menjongketkan keningnya.
"Kenapa ape?"soalan dibalas dengan soalan. Damia mengetap bibirnya. Takkan nak cakap kenapa Adam tiba-tiba lepaskan pelukan dia.
Seketika Adam tersenyum nakal.
"Kau sebenarnya nak tanya kenapa aku tak peluk kau lagi kan? Kenapa? Kau nak aku peluk kau lagi ke? Boleh tapi bukan kat sinilah"usik Adam. Wajah Damia sudah berona merah. Tangannya dengan pantas hinggap di perut Adam lalu mencubitnya.
"Awak jangan nak jadi gatal sangat. Dahlah tepi saya nak buat kerja lain pulak" Damia menolak Adam ke tepi lalu dia pun pergi dari situ.
Adam pulak hanya menggelengkan kepalanya sahaja sambil tangannya mengusap perutnya yang sakit dicubit oleh Damia.
"I have one day more to spend time with her. So I decide to tell her about my true feeling to her"
_______________________Bamm!!
Terhinjut bahu Dafriq dengan bunyi hentakan yang kuat. Dia terus mengangkat mukanya dari memandang helaian kertas di tangannya.
"Kau takde adab ke, Ian? Even aku kawan kau, aku ni bos kau jugak"kata Dafriq dingin.
"Aku nak kau berhenti dapatkan Damia. Lupakan perasaan kau dekat dia"ucap Ian tanpa mengendahkan ucapan Dafriq tadi. Dia memandang tajam Dafriq di hadapannya.
"No, I can't. Dia cinta pertama aku. Orang pertama yang berjaya mendebarkan jantung aku"balas Dafriq selamba. Dia kembali tunduk memandang kertas.
Ian meraup wajahnya kasar.
"No! Kau tak boleh ade perasaan dekat dia. Langsung! Just forget about her dan aku akan carikan perempuan lain untuk kau"pinta Ian dengan nada suara yang keras.
Dafriq menghempaskan kertas yang dipegangnya di atas meja dengan kasar. Habis bersepah segalanya jatuh ke lantai.
"Kau kawan aku! Patutnya kau tolong aku untuk dapatkan dia! Bukannya suruh aku untuk lupakan dia!"jerkah Dafriq.
"Kalau kau betul-betul sayangkan dia kau akan doakan untuk kebahagiaan dia! Bukannya rampas kebahagiaan dia!"
"Arghh!!!" Dafriq terus menjatuhkan semua barang yang berada di atas mejanya. Dia kemudian merapati Ian lalu kolar bajunya digenggam kuat.
"Bagitau ape kenapa aku perlu lupakan perasaan aku dekat dia?"soal Dafriq kasar. Dia memandang Ian tajam.
"Kau dah ade Qarina. Jadi kenapa kau sibuk nak terhegeh dekat dia"balas Ian, sedikit tenang.
"That is bullshit!!"dia terus menumbuk muka Ian kasar. Terus terjatuh Ian dibuatnya. Dia menarik Ian kasar supaya bangun semula.
"Kau sebenarnya ade hati kat dia jugak kan?! Sebab tulah kau suruh aku lupakan dia!"tengking Dafriq di hadapan muka Ian. Habis terpercik air liur Dafriq terkena muka Ian.
"Aku suruh lupakan perasaan kau dekat dia sebab aku taknak kau rasa sakit bila kau tau kebenaran dia. Aku sayang kau sebagai kawan aku"ucap Ian yang sudah tenang. Rasa sakit di bibirnya diketepikan dahulu.
"Ahh!!! Pergi matilah dengan sayang kau tu!! Dasar kawan tak guna!! Menyesal aku mintak tolong kau selama ni! Dasar kawan makan kawan!!"dia menumbuk muka Ian lagi. Ian jatuh dan Dafriq menarik kembali kolar bajunya menyuruh Ian bangun.
Kali ni Ian melawan. Dia menepis kasar tangan Dafriq lalu mula menumbuk muka Dafriq. Dafriq jatuh terlentang.
"Aku buat semua ni sebab aku taknak kau terluka. Kau kena tau sape Damia dulu sebelum kau ade perasaan kat dia. Yes, memang salah satunya sebab dia dah kahwin! Tapi, ade satu sebab lagi. Sebab yang langsung tak membenarkan kau untuk kahwin dengan Damia"ucap Ian sebelum dia keluar dari bilik Dafriq.
Dafriq hanya mendengus kasar. Dia mengelap sedikit darah yang berada di hujung bibirnya. Kata-kata Ian tadi hanya masuk di telinga kanan dan keluar di telinga kiri. Dia masih menganggap yang Ian sudah mula ade perasaan dekat Damia.
"Tak guna kau, Ian. Aku akan buat kau menyesal. Kalau dengan cara hapuskan kau dalam muka bumi ni, aku sanggup asalkan pesaing aku untuk dapatkan Damia berkurang"
________________________Ian melangkah lemah memasuki syarikat penyiasatannya. Dia masih lagi memikirkan tentang kejadian tengah hari tadi. Di mana dia dan Dafriq bergaduh besar buat kali pertama kerana seorang wanita.
"Kau kenapa, Ian? Gaduh dengan awek ke?"tegur seseorang. Ian lantas menoleh. Dia kemudian tersenyum nipis.
"Kau takde kes ke Marsya sampai boleh duduk senang kat sini?"soal Ian tanpa menjawab soalan gerangan orang itu. Marsya tersengih kekok.
"Sebab takdelah aku duduk kat sini je. Kau pun tau kan aku camne kalau aku takde kes"balas Marsya. Ian hanya mengangguk.
"Kau ade masalah ke? Nak kata gaduh dengan awek aku tak pernah nampak kau keluar dengan mana-mana perempuan"tanya Marsya sekali lagi. Serta merta senyuman Ian mati.
"Haihh"keluh Ian tanpa sedar.
"Share lah kalau kau ade masalah. Mana tau aku boleh tolong"ucap Marsya apabila dia melihat wajah Ian seperti menanggung masalah yang begitu besar.
"Aku nak mintak tolong kau"Marsya hanya menjongketkan keningnya. Ian memandang tepat ke arah mata Marsya
"Tolong aku buat Dafriq jatuh cinta kat kau. Aku taknak dia terus buat kerja gila"terang Ian dan itu membuatkan Marsya begitu terkejut.
"W..wehh. Kau tahukan aku camne. Aku masih tak bersedia lagi nak ade hubungan dengan sesiapa"balas Marsya gagap. Ian memegang kedua-dua bahu Marsya.
"Please, I beg you. Kalau bukan dengan kau pun buat je dia jatuh cinta dengan mana-mana perempuan asalkan bukan dengan Damia. Please"rayu Ian. Marsya mengetap bibirnya. Dia berada dalam dilema.
Dia masih lagi tidak bersedia untuk mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki lagi. Tapi dia berasa kesian dengan Ian. Lagipun Ian banyak membantunya sebelum dia diambil untuk dijadikan penyiasat di syarikat Ian.
"Okey, aku akan tolong kau. Tapi aku takkan korbankan diri aku sendiri. Aku akan sedaya upaya untuk rapat dengan dia dan kenalkan dia kat kawan aku"ucap Marsya setuju untuk menolong Ian. Ian sudah tersenyum lebar.
"Thanks, Marsya. Kaulah kawan aku yang terbaik"ucap Ian. Marsya hanya tersenyum pendek sebelum matanya memandang ke arah tepi bibir Ian yang sudah lebam.
"Kenapa dengan bibir kau tu?"tanya Marsya. Tangannya laju sahaja memegang lebam itu. Ian mengadu kesakitan.
"Hmm takde pape. Bergaduh sikit tadi. Dahlah aku masuk dalam dulu. Aku nak cek kes kejap"Ian laju sahaja menjauhkan dirinya daripada Marsya. Marsya hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...