"Adam? Apa yang awak buat dekat sini?"tanya Damia terkejut.
Adam tergelak sinis apabila mendengar soalan Damia.
"Kenapa? Terkejut sebab aku dah dapat tahu perangai kau yang sebenar? Pandai kau berpura-pura kan selama ni. Hebat lakonan kau sampai aku pun tertipu"kata Adam sinis.
"Apa yang awak cakap ni?"soal Damia tidak faham.
"Apa yang Dafriq buat kat sini? Apa yang dia buat sampai aku nampak dia keluar dari rumah ni?"soal Adam bertalu-talu.
Mata Damia membesar apabila dia dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh Adam. Dia baru sedar yang Adam masih lagi tidak tau yang Dafriq itu adalah abang kandungnya. Adam masih kenal Dafriq sebagai seorang yang ingin merampas isterinya.
"Adam, itu bukan apa yang awak anggap. Saya boleh jelaskan"rayu Damia lalu menggenggam kedua-dua tangan Adam.
Adam merentap tangannya daripada dipegang Damia.
"Don't you ever dare to touch me, perempuan kotor! Apa yang kau nak jelaskan lagi! Semuanya dah jelas! Dah berapa kali dah kau serah diri kau dekat dia?!"tengking Adam.
"Adam, please. Saya boleh terangkan"rayu Damia lalu mengambil kembali kedua-dua tangan Adam.
Adam merentap kembali tangannya. Tangan kirinya mencengkam kuat rahang Damia.
"A... Adam, sakit"adu Damia sebak. Air matanya terus mengalir apabila diperlakukan kasar oleh Adam.
"Sakit? Eh, hati aku lagi sakit tahu tak?!"marah Adam.
Adam menolak Damia kasar untuk masuk ke dalam rumahnya. Adam kemudian menarik kasar rambut Damia sehingga Damia terdongak ke atas.
"Ini adalah balasan sebab kau dah curang belakang aku!"kata Adam dingin.
Dia memusingkan badannya untuk keluar namun berhenti apabila mendengar kata-kata Damia.
"Habis awak curang dengan saya, boleh? Siap kahwin dengan dia lagi. Dulu kata kat saya benci dia, tapi kenapa boleh kahwin?"balas Damia penuh berani.
Adam berpusing menghadap Damia tajam. Laju saja tangannya mendarat di pipi kanan Damia sehingga kepala Damia terteleng ke kiri.
"Jaga mulut kau tu!! Jangan nak salahkan orang lain sebab ini memang salah kau!!"kata Adam kasar.
"Awak salahkan saya? Hei, ini semua salah awaklah!!! Kalau awak nak sangat dengan Qarina tu, pergilah!!!! Lepaskan saya!!!! Ceraikan saya!!!! Lagipun, saya dan anak saya dah tak perlukan awak!!!"jerit Damia.
Adam menampar kuat pipi Damia di belah kiri pulak sehingga menyebabkan Damia jatuh terjelupuk di lantai. Damia merasakan rasa sakit yang amat di bahagian bawah perutnya.
"Okey aku tunaikan permintaan kau. Damia Farisha, aku ceraikan kau dengan talak satu. Mulai hari ni kau bukan isteri aku lagi. Aku dah tak kisah kau nak buat apa dengan tubuh kau dan satu lagi, aku takkan mengaku yang anak dalam perut kau tu anak aku. Entah-entah tu anak Dafriq dan kau sengaja nak jadikan aku kambing hitam kat anak haram kau ni"
Penuh kata kesat diberikan Adam kepada Damia. Langsung tiada perasaan kasihan melihat Damia yang sedang terduduk menahan kesakitan itu. Adam pun terus keluar dari rumah itu.
Mata Damia mulai kabur sebelum dia pengsan di situ. Sebaik sahaja Damia pengsan, satu kereta berhenti di hadapan rumah dan keluarlah Dafriq dari situ.
"Mia, abang dah....."
Kata-kata Dafriq tergantung apabila melihat Damia pengsan di tepi pintu masuk. Dengan pantas Dafriq menghampiri Damia.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...