Setahun kemudian,
Adam menumbuk punch bag yang berada di hadapannya. Peluh yang mengalir hanya dibiarkan. Dia melepaskan semua rasa yang dia pendam setakat ini.
"Adam, meeting dengan syarikat hartanah jangan lupa"kata Hafzan. Tangannya menghulurkan tuala kecik kepada Adam.
"Aku taulah"balas Adam kasar. Dia merampas tuala itu lalu lap peluhnya. Selepas itu dia duduk lalu meneguk rakus air mineral.
Hafzan hanya menggeleng. Adam banyak berubah selama setahun pemergian Damia. Dia bukan lagi Adam yang dingin tapi Adam yang pemarah.
Adam cepat marah walaupun hanya hal kecil sahaja. Hafzan jugak pernah dimarahinya kaw kaw depan pekerja lain. Tapi Hafzan faham yang Adam sebenarnya stres. Dia tidak mengambil hati langsung.
"Kau dah cari Damia?"soal Adam.
Belum sempat Hafzan bukak mulut Adam sudah membaling air mineral ke dinding dengan kuat. Habis terpercik air di dalam gym itu.
"Jangan jawab aku dah tau dah balasan kau. Kau ni upah siapa haa sebenarnya?! Takkan tak jumpa jejak dia langsung! Rekod penerbangan dia, acc bank dia, takkan semua lenyap!"tengking Adam.
Hafzan mengeluh. Payah betul nak berurusan dengan Adam sekarang ni. Kadang-kadang tak boleh bawak bergurau langsung kalau tak mulalah nak melenting.
"Adam, patutnya kau jangan jadi camni. Semua ni terjadi sebab salah kau. Jadi kau kena berusaha sendiri, jangan suruh orang lain yang uruskan. Lagi satu jangan lupa berdoa kat Allah. Biar Allah permudahkan segala urusan kau untuk cari Damia"nasihat Hafzan.
Sakit jugak lah hati dia apabila melihat Adam camni. Adam kawannya dari universiti kot. Mereka dah lama bersama susah senang.
Adam diam. Tanpa berkata apa-apa dia terus keluar dari situ.
"Jangan lupa meeting!"
Sempat lagi Hafzan berpesan. Apabila Adam telah hilang dari pandangan matanya Hafzan hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dahlah dia nak balik rumah. Nak jumpa isteri kesayangan.
_____________________"Please come again"
Damia mengesat peluhnya. Penat sungguh dia hari ini. Pelanggan berpusu-pusu datang sehingga dia tiada masa untuk berehat.
"Damia, rehatlah dulu"nasihat Walsen apabila dia melihat Damia ingin mengelap meja.
"Takpelah, Walsen. Sikit je ni"balas Damia. Tangannya laju mengelap meja itu.
Walsen mengeluh. Kalau tak degil memang tak sah. Dia menghampiri Damia lalu merampas kain buruk itu dari pegangan Damia.
"Walsen"rengek Damia. Walsen menggelengkan kepalanya.
"No. When I say go rest, go. Don't make me say twice. Kerja ni Rayden boleh buat"kata Walsen dengan tegas.
Damia memuncungkan mulutnya. Dia menghentakkan kakinya lalu berjalan menuju ke kaunter di mana ada Fiona di situ.
"Again?"soal Fiona sambil mengira duit di mesin. Damia hanya menjongketkan bahunya. Zack menghampiri mereka berdua lalu memberikan satu pinggan chicken chop kepada Damia.
"Walsen give you"
Damia mengambilnya dengan senang hati. Dia tidak boleh menolak masakan Walsen kerana masakan dia setanding dengan masakan Mrs Henry. Dia akan bagi lima bintang tiap kali dia merasa masakan Walsen.
"Mia, kau tak rindu family kau ke? Dah setahun kan kau tak balik Malaysia"soal Walsen.
Damia mendiamkan dirinya. Tipulah kalau dia kata dia tak rindukan keluarga dia. Siapa je yang tak rindukan keluarga sendiri. Cuma bagilah dia ambik sedikit ketenangan dulu.
Setahun tak cukup untuk dia lupakan apa yang Adam buat kat dirinya. Tambahan pula dia kehilangan anaknya dua hari selepas dia melahirkan kerana jantung berlubang.
Beberapa minggu jugak lah dia mengalami kemurungan. Nasib baiklah keluarga Walsen setia menjaganya tanpa penat dan lelah. Tambahan lagi Walsen membenarkan dia bekerja di kafe miliknya untuk mengelakkan dia overthinking.
"Rindulah"balas Damia sepatah.
"Jadi kenapa taknak balik? Aku boleh belikan tiket untuk kau"
"Saya taknak jumpa dengan Adam. Bagilah saya duduk kat sini berapa bulan lagi. Lepas hati saya dah bersedia barulah saya akan balik Malaysia semula"terang Damia.
Walsen diam. Dia tidak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga Damia. Tapi dia tau yang Damia kuat untuk menghadapi ujian ini.
"Walsen, the lot two"sampuk Rayden.
Walsen menunjukkan tanda okey. Dia bangun lalu mengelap tangannya ke apron.
"Aku masak dulu. Tu jangan lupa habiskan. Penat aku masak"kata Walsen sebelum dia masuk ke dapur.
Damia mula termenung. Dia mula memikirkan tentang kenangan dia bersama dengan Adam. Bermula daripada mereka berkahwin sehinggalah mereka bercerai. Semuanya datang satu persatu menjengah fikiran Damia.
"Damia? Why are you crying?"
Damia tersentak apabila dia ditegur oleh Fiona. Dia memegang pipinya. Basah. Dia dengan pantas mengelapnya menggunakan belakang tapak tangannya.
"Nothing. Just something sad come in my mind"balas Damia. Dia tersenyum kelat memandang Fiona.
"If something bother you, you can share with me. My ears all on you"pesan Fiona.
Damia hanya mengangguk sahaja. Sesungguhnya dia bersyukur kerana dapat berjumpa dengan mereka semua. Rayden, dia seorang yang pendiam namun dialah orang yang sering membantu Damia jika Walsen tiada. Dia seperti orang kepercayaan Walsen.
Zack pula seorang happy go lucky. Mulutnya asyik berceloteh sahaja. Kalau dia takde sunyilah kafe ini. Zack juga seorang yang pandai dalam sejarah. Tiap kali tiada pelanggan dia akan menceritakan sejarah secara random kepada Damia. Fiona pulak seorang yang cantik dan teman wanita Zack. Kekadang ada lelaki yang datang kafe semata nak mengurat Fiona.
"Damia, lepas ni teman aku pergi taman tau"pinta Walsen yang mengintai Damia dari dapur. Damia hanya mengangguk sahaja.
___________________Adam melonggarkan tali lehernya. Rasa rimas apabila seharian dia memakai benda itu. Rasa seperti dililit ular pulak.
Ting!
Satu mesej yang diterimanya terus dibuka. Tiap kali dia mendengar mesej masuk dia berharap yang itu adalah Damia. Namun sekali lagi dia berasa hampa apabila itu bukan mesej dari orang yang ditunggunya.
Rupa-rupanya Hafzan yang mesejnya. Hafzan kini mempunyai dua kerja iaitu menjad PAnya kerana dia telah memecat Sheila tanpa sebab. Selepas dia kembali tenang dia berasa bersalah. Dia cuba untuk memujuk Sheila bekerja dengannya kembali namun Sheila menolak kerana suaminya tidak bagi.
Adam membaca mesej yang dihantar Hafzan.
Lusa kau ada outstation kat Australia. Jangan lupa. Esok aku akan ingatkan lagi
Adam mengeluh. Outstation lagi. Dia tidak berjalan menuju ke dalam biliknya malah dia berjalan menuju ke bilik Qarina. Dibukanya pintu bilik itu. Gelap. Adam hanya berdiri sahaja di depan pintu.
"Kalau kau boleh dengar, aku nak ucap tahniah sebab kau dah berjaya musnahkan rumah tangga aku. Tahniah! Aku bangga dengan kau!"
Adam tergelak sinis. Perasaan marah mula menguasai dirinya. Dia masuk ke dalam bilik itu lalu menghempas pintu dengan kuat.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...