Sebulan kemudian,
Dafriq memandang ke arah rumah yang berada di hadapannya. Papan tanda lelong sudah pun diletakkan. Dafriq menghembus nafas kuat. Rumah inilah yang pernah ditinggalnya dulu selama tiga tahun.
Dia dari penjara untuk melawat Yin dan selepas itu terus ke sini. Tipulah kalau dia cakap dia tak marah dekat tan sri Borhan. Dia dah pisahkan dirinya dengan keluarganya hampir tiga tahun dan buat tidak tau sahaja. Bila dia dah jumpa keluarganya dan dapat ingatan semula dia hampir dibunuh.
Tapi buat apa dia nak marah kepada orang yang sudah mati. Tiada guna langsung. Hidup perlu diteruskan. Dia pun sudah berasa bahagia dengan adanya Dahlia sebagai tunangnya kini.
Tidak sia-sia dia berjuang untuk mendapatkan cinta Dahlia. Dia berasa menyesal kerana pernah mencintai adik kandungnya sendiri dan berniat untuk merobohkan rumah tangga adiknya. Nasib baik dia mempunyai seorang kawan yang sanggup bersama dengannya susah dan senang. Banyak yang dia terhutang budi kepada Ian.
"Pakcik, terus ke KLIA"kata Dafriq kepada pemandu grab.
Dafriq bersandar di tempat duduknya. Dia hendak melawat Damia di Korea. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Damia. Masa Damia balik ke Korea pun dia tidak sempat untuk hantar ke KLIA sebab dia ada outstation.
___________________Adam yang sedang khusyuk membuat kerjanya terus memandang ke arah telefonnya yang dari tadi tidak berhenti berbunyi. Dia mendengus kecil apabila melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.
"Kau nak apa?"soal Adam kasar. Dia menutup matanya lalu tangan kirinya memicit dahinya.
"A..Adam tolong I...hukk...hukk...I dah tak tahan...hukk...hukk..."
Terbuka luas mata Adam apabila dia mendengar suara Qarina yang serak itu.
"Kau kenapa? Okey tak?"soal Adam risau.
"Tolong I...hukk...bawak I...arghh!"
Tutt...tutt...
Talian terputus. Adam dengan pantas bangun dari kerusinya. Dia mencapai purse dan kunci keretanya lalu berlari keluar dari pejabatnya. Kertas kerja di atas meja hanya dibiarkan begitu sahaja. Lampu jugak turut tidak ditutup.
Kereta Adam berdesup laju membelah jalan raya yang masih banyak kenderaan walaupun sudah hampir tengah malam. Suasana di tengah bandar masih lagi meriah dengan club malam yang beroperasi.
Adam memberhentikan keretanya di hadapan rumah Qarina. Dia terus membuka pagar dan mengetuk pintu rumah Qarina.
"Qarina, kau okey tak? Bukak pintu ni?"
Adam mengetuk kuat pintu rumahnya. Namun tiada balasan yang dapat didengar.
"Qarina! Open the door!"
Adam menguatkan suaranya. Tangannya mula menumbuk pintu rumah itu. Masih lagi diam. Adam mendengus. Dia cuba menolak tombol pintu.
Terbuka. Adam terus menolak pintu rumah itu lalu masuk dan mencari Qarina di biliknya. Dia melihat Qarina terbaring di atas lantai dengan pakaian yang sedikit terdedah. Dia menghampirinya.
"Bangun. Bangun"
Adam menepuk perlahan pipi Qarina. Namun tiada balasan. Adam mengamati wajah Qarina. Sedikit pucat. Adam mengangkat Qarina dan ingin meletakkannya di atas katil.
Namun entah di mana silap dia, dia terjatuh di atas katil bersama-sama dengan Qarina membuatkan posisinya sekarang ini sedang menindih Qarina. Tangannya pulak menggenggam kedua-dua tangan Qarina.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...