"Laila, boleh saya jumpa dengan Dafriq?"Laila menghela nafas berat. Masuk kali ni sudah 4 kali Ian datang ke sini semata-mata hendak berjumpa dengan Dafriq. Takkan dia tak faham yang Dafriq taknak jumpa dia. Nasiblah dia ni kawan Dafriq.
"Maaf, encik Ian. Bos taknak jumpa dengan encik Ian lagi"balas Laila dengan nada kesian. Ian mengetap bibirnya.
"Saya ade something nak bincang dengan dia"Ian masih lagi mencuba nasib.
"Maaf encik Ian. Saya takleh buat pape kalau bos sendiri yang tak benarkan"
Ian mengetap bibirnya. Dia meraup ke belakang rambutnya dengan kasar. Tiba-tiba kedengaran pintu bilik Dafriq dibuka dari dalam. Ian dengan pantas menolak. Kelihatan Dafriq memandang dia dengan pandangan yang kosong sebelum dia bertindak untuk pergi dari situ.
"Nanti!"Ian dengan pantas memegang lengan Dafriq, menahan dia untuk pergi dari situ. Dafriq terus merentap tangannya kuat.
"Kau nak ape datang sini? Kan aku dah cakap jangan ganggu aku lagi. Kau bukan kawan aku lagi"ucap Dafriq dengan nada yang keras.
"Kau mesti dah jumpa Dahlia kan, semalam? Jadi, ape perasaan kau kat dia?"
Dafriq tersentak. Dia memandang Ian tajam.
"Kau intip aku ke semalam?"soal Dafriq tegas. Ian hanya menjongket bahunya. Dafriq mengetap bibir erat.
"Kau nak ape sebenarnya? Boleh tak kau jangan ganggu hidup aku lagi?!"marah Dafriq.
"Kau. Tamak. Semua perempuan kau nak suka. Qarina, Damia. And now, Dahlia pulak"
"At least aku tak tikam belakang kawan"sinis Dafriq berkata.
"At least aku tak rampas kebahagiaan orang"Ian membalas. Laila yang melihat mereka bergaduh hanya menggelengkan kepala. Sungguh tak matang. Bergaduh hanya disebabkan perempuan sahaja.
Dafriq mengetap bibirnya.
"Kau blah sekarang! Aku tak benarkan kaki kau melangkah masuk kat syarikat aku lagi!"halau Dafriq.
"Ni bukan syarikat kau, Dafriq. Ni syarikat ayah angkat kau. Dan kau takkan selamanya jadi anak angkat dia kalau kau dah tau keluarga kandung kau"mata Dafriq terbuntang memandang Ian.
"Kau dah tau ke tentang keluarga aku? Bagitau aku cepat"gesa Dafriq.
"Kau cakap taknak mintak tolong aku lagi. Jadi buat ape aku bagitau kau. Baik kau mintak tolong penyiasat lain"balas Ian sambil tersengih sinis.
Dia kemudian terus melangkah pergi dari situ. Perkara lain yang dia nak cakap dengan Dafriq perkara lain pulak yang dia bahas. Dia pun tak tau kenapa dia jadi camtu. Mungkin sebab dia sakit hati dengan perangai Dafriq yang taknak dengar nasihat dia.
"Fine! Aku boleh je mintak tolong penyiasat lain! Lagi berbaloi!"jerit Dafriq dari jauh namun dapat didengari Ian. Ian menggelengkan kepala.
"Kau childish, Dafriq. Perempuan yang kau suka tu adik kau sendiri. Damia tu adik kau. Sebab tu aku cakap supaya kau lupakan dia. Dan sebab tulah aku suruh kawan Marsya korbankan kebahagiaan dia sebab nak suruh kau lupakan perasaan kau dekat Damia"
__________________Damia memandang telefonnya untuk kali yang ke berapa. Dia mengeluh kecil apabila melihat tiada panggilan daripada seseorang yang dia harapkan untuk telefon dia. Tzuyu yang berada di hadapannya ini hanya perhatikan saja gelagat Damia yang seperti cacing kepanasan itu.
"Kau tunggu sape sebenarnya? Dari tadi aku tengok kau asyik pandang telefon je. Kau dah ade boyfriend ke kat sana?"
Damia tersedak apabila mendengar soalan Tzuyu. Dia terbatuk-batuk kecil. Tzuyu hanya menggeleng sambil tangannya mengusap belakang badan Damia.
"Kalau kau ade masalah, share lah dengan aku. Aku kawan kau kan"
Damia tersenyum. Dia menggenggam tangan Tzuyu erat.
"Kalau aku bagitau kau, kau jangan terkejut tau"
"Bergantung kepada benda yang kau akan bagitau aku" balas Tzuyu.
Damia mengetap bibirnya. Dia menarik nafas berat. Tak tau kenapa dia rasa berdebar sangat nak bagitau Tzuyu.
Tapi belum sempat Damia bagitau, telefon Damia sudah berdering. Damia dengan pantas mengambilnya.
"Aku jawab call dulu. Nanti aku cerita kat kau"
Damia dengan pantas masuk ke dalam biliknya. Tombol pintu dikunci, tidak membenarkan sesiapa masuk walaupun hanya ade dia dan Tzuyu sahaja di rumah itu.
Damia tersenyum lebar apabila melihat nama pemanggil itu. Dia dengan pantas terus mengangkat panggilan.
"Hello?"perlahan nada suara Damia menyapa. Diam. Tiada balasan dari pihak sana. Yang dengar hanyalah deruan nafas orang itu. Damia mengetap bibir.
"Kalau awak taknak cakap pape saya letak telefon. Saya masih ade banyak benda yang saya nak buat selain layan awak"ucap Damia dan berura-ura hendak menamatkan panggilan.
"Wait! Jangan letak dulu. Aku baru call takkanlah nak letak"
"Dah awak taknak cakap pape saya letaklah. Lagipun membazir bil awak je. Panggilan international mahal tau"
"Aku kaya. Setakat nak bayar bil tu celah jari je"
Damia mencebik. Riak. Tuhan ambik harta dia baru tau. Baru sedar langit tu tinggi ke rendah.
"Okey awak nak ape call saya?"soal Damia terus. Tadi bukan main murung orang tu tak telefon. Pastu bila dah telefon jual mahal.
"Nak call isteri sendiri pun salah ke, puan Damia?"
"Tak salah. Tapi awak kan sibuk dengan kerja. Saya pun akan sibuk dengan assignment nanti. Jadi awak jangan habiskan masa dengan telefon saya je. Banyak lagi benda yang awak kena buat"bebel Damia.
"Aku rindu kau"
Damia kaku apabila terdengar bisikan Adam. Terus mulut dia berhenti dari membebel.
"A..ape?"
"Aku rindu kau. Rindu dengan telatah kau. Aku rasa hidup aku tak tenang bila kau berjauh dari aku. Aku nak kau balik sini semula. Aku taknak kau teruskan lagi study kau. Aku taknak berjauh dengan kau. Sebab aku rasa gila bila berjauh dengan kau"
Damia diam. Dia mendengar luahan hati Adam dengan peka. Dia taknak tertinggal satu pun.
"Baru berapa hari kau pergi aku rasa hidup aku dah takde arah tuju. Ini nak tunggu lagi berapa bulan. Boleh mati aku camni"
"Awak takkan mati dengan senanglah, Adam"balas Damia cepat. Dia tak suka mendengar perkataan mati.
"Hmm...kau tak rindu aku ke? Aku rindu kau?"
Jantung Damia berdegup dengan pantas. Hatinya sudah berbunga dengan lebat. Soalan Adam itu hanya dibiarkan sahaja. Dia malu nak mengaku yang dia jugak turut rindukan Adam.
"Ouh aku letak dulu. Aku lupa aku ade meeting. Jumpa nanti. Aku akan buat kejutan kat kau. Bye"
"Saya pun rindukan awak jugak, Adam. Semoga awak okey je kat sana. Dan semoga awak tak lupa yang awak ni dah ade bini"
Tau bab ni macam mengarut sikit sebab dah takde idea lagi tapi sudikanlah jari tu untuk menekan bintang di bawah dan jangan lupa untuk komen sekali yaa
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomantikDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...