JEJ 23

4.5K 126 4
                                    

Qarina dibawa ke satu rumah banglo yang sangat usang. Dia dipaksa untuk masuk ke dalam rumah itu. Wajahnya sudah berkerut kerana ketakutan yang teramat. Takut dilakukan seperti Jack tadi.

"Kau duduk sini. Jangan berani nak keluar selagi bos tak sampai"kata lelaki itu sambil menghumban Qarina ke sebuah bilik.

Qarina jatuh terduduk di situ. Tubir matanya sudah panas dengan air mata yang bertakung. Dia mengesot lalu duduk di sudut bilik itu sambil tangannya memeluk lututnya sendiri.

Dia melihat bilik itu penuh dengan habuk dan sawang. Dinding pulak ade yang sudah berlumut. Pandangan matanya jatuh ke arah tompokan darah yang sudah kering di hujung dinding itu.

Badannya menggigil. Di kepalanya telah membayangkan bermacam-macam perkara terjadi. Menyesal pulak dia termakan umpan Jack semalam di kelab malam. Kalau tak mungkin sekarang ni dia dah berada di bilik mengumpul rancangan untuk memisahkan Adam dan Damia.

Krekkk

Kedengaran bunyi pintu dibuka. Qarina dengan pantas menyembamkan mukanya ke lututnya. Kedengaran derapan tapak kaki mendekatinya.

"Aku tau kau takut dengan ape yang orang aku buat kat kau. Haha maafkan diorang. Diorang memang camtu"satu suara garau menyentakkan Qarina. Dia dengan pantas mengangkat mukanya.

"Tan Sri?"soal Qarina tidak percaya.

"Haha suprise! Kau mungkin terkejut, seperti ape yang aku jangkakan"balas dia sambil tersenyum senget.

"Ape yang Tan Sri nak dengan saya? Saya tak pernah kacau Tan Sri"

"Ye, memang kau tak pernah kacau aku. Tapi aku tau ape rancangan kau dengan Dafriq"

Qarina tersentak. Dia dengan pantas bersujud di kaki Tan Sri.

"Maafkan saya, Tan Sri. Saya janji takkan libatkan anak Tan Sri. Tolong jangan bunuh saya"rayu Qarina. Dia memejamkan matanya rapat sehingga air matanya tumpah.

Tan Sri ketawa terbahak-bahak. Rasa kelakar apabila melihat telatah Qarina yang merayu sedemikian.

"Aku takkan bunuh kau, kalau kau setuju nak pisahkan Adam dan Damia dan biarkan Damia kahwin dengan Dafriq"

Qarina tergamam. Dia lantas mengangkat mukanya.

"Ape yang Tan Sri cakapkan?"soal Qarina sekali lagi.

"Kau dengar ape yang aku cakapkan. Jadi, kau setuju tak?"

Qarina terdiam. Dia berfikir-fikir sama ade perlu atau tak dia terima tawaran Tan sri Borhan itu.

"Kalau kau dapat pisahkan mereka aku akan bagi kau suku dari harta aku"

Qarina terus memandang Tan sri Borhan dengan mata yang bersinar. Dia merasakan tuah telah jatuh pada dirinya. Dengan harta Tan Sri Borhan dan Adam yang banyak itu, dia dapat membeli bermacam benda.

"Saya setuju!"

Tan Sri Borhan tersenyum sinis. Senang je nak umpan manusia seperti Qarina ni. Sebut je duit dan semuanya akan berjalan dengan lancar.

"Aku tak kisah kau nak guna cara ape nak pisahkan mereka. Asalkan mereka berpisah secepat yang mungkin"

"Kenapa Tan Sri nak Dafriq bersama dengan Damia?"soal Qarina ingin tau.

"Aku seorang ayah yang ingin melihat anak dia bahagia walaupun Dafriq tu hanya anak angkat aku. Jadi aku mesti tolong dia untuk dapatkan ape yang dia nak"balas Tan Sri Borhan dengan senyumannya yang penuh muslihat. Qarina hanya mengangguk.

"Baiklah, kau dah boleh pergi. Orang aku akan hantarkan kau pulang ke rumah kau semula. Cuma kau jangan bagitau perkara ni kat Dafriq. Aku nak buat ia sebagai kejutan kat Dafriq"

Tan Sri Borhan terus keluar dari situ. Qarina sudah tersenyum.

"Adam, nampaknya kau perlu tinggalkan isteri kau. Sebab dia akan bersama dengan Dafriq dan kau akan bersama dengan aku. Takpe lepas je aku jadi isteri kau aku akan buat kau hidup dalam ketenangan"

Bibir Qarina mengukirkan senyuman sinis. Dia tidak sedar yang dirinya sudah dipergunakan oleh Tan Sri Borhan. Manusia, demi duit dia sanggup buat ape sahaja. Selagi kifarah tak datang selagi tulah dia tak sedar.

"Bos, betul ke ape yang bos buat ni? Bukan bos cakap taknak dia tau untuk selamanya ke?"soal Yin.

Tan Sri Borhan tersenyum sinis.

"Dia takkan tau selamanya kalau kedua-dua mereka hilang ingatan. Aku harap yang perempuan tu tau ape yang aku fikirkan. Dan aku nak ianya menjadi kenyataan"Yin mengangguk.

"Haziq, semua ni salah kau tapi anak-anak kau yang kena tanggung. Kau akan kehilangan orang yang kau sayang satu persatu. Sama seperti ape yang kau buat kat aku dulu"gumam Tan Sri Borhan. Pandangan matanya penuh dengan dendam. (Haziq ni ayah Damia ye. Dia bukan watak baru) 

"Yin, aku nak kau perhatikan perempuan tu. Pastikan dia buat keje. And jangan biarkan dia bagitau sesiapa"arah Tan Sri Borhan. Yin mengangguk.

"Ouhh jangan lupa bawak dia pulang rumah dia"sambung Tan Sri Borhan sebelum dia keluar dari rumahnya. 

Fasa yang kedua sudah bermula. Haziq, bersiap sedia untuk kehilangan sekali lagi.
__________________

Dahlia sedang sibuk fokus dengan laptop di hadapannya sebelum dia mendengar telefonnya berdering minta diangkat. Dahlia mengerling telefonnya. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat nombor yang tidak dikenali kelihatan.

Dahlia pun mengangkatnya walaupun dia teragak-agak pada mulanya.

"Hello?"

"Cik Dahlia? Saya call ni sebab nak pulangkan dompet yang cik tercicir di depan 7e. Kalau tak keberatan boleh tak kita berjumpa?"

Dahlia terkaku. Dia berdehem sekejap sebelum dia menjawab.

"Saya sedang bekerja. Boleh tak kita jumpa waktu lunch. Nanti saya akan bagi tempat"

"Okey. Jangan lambat tau"

Kemudian panggilan pun terputus. Dahlia menghela nafas lega. Setelah dua hari dia menunggu untuk Dafriq pulangkan dompet dia akhirnya Dafriq menelefon dirinya. Nasib baik dia tak buat report polis lagi.

Skip

"Cik Dahlia?"satu suara yang menyapa membuatkan Dahlia mengangkat kepalanya. Dahlia mengangguk. Dia tersenyum lalu mengambil tempat di hadapan Dahlia.

"Saya Dafriq. Lelaki yang cik langgar kat depan 7e dua hari lepas. Dan saya jumpa dompet cik. Mungkin tercicir"terang Dafriq sambil dia memberi Dahlia dompetnya.

Dahlia mengambil dengan senang hati. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar. Dafriq tersenyum.

"Boleh saya tau kenapa lama sangat awak nak pulangkan dompet saya? Ke awak ade buat sesuatu kat dompet saya?"soal Dahlia penuh curiga. Senyuman di bibirnya jugak hilang. Dafriq tersentak. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Err...saya cuba nak jejak cik. Tapi sumpah! Saya takde ambik dan letak pape kat dompet awak!"kata Dafriq bersungguh sambil mengangkat tangan kanannya.

Dahlia tergelak kecil. Pada pandangannya kelakuan Dafriq nampak comel. Dia mengangguk.

"Baik, saya percayakan awak. Tapi kalau saya jumpa sesuatu yang tak diingini, saya akan bawak awak ke balai"ugut Dahlia. Dafriq mengangguk laju sambil menelan liur kesat. Dahlia ketawa kecil.

"Jomlah kita makan. Saya lapar ni"ucap Dahlia. Dafriq tersenyum sebelum dia memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.

Dafriq merasakan dirinya cukup bahagia apabila bersama dengan Dahlia dan begitu jugak dengan Dahlia walaupun ini adalah kali pertama mereka bersama. Dafriq bagaikan melupakan perasaanya kepada Damia kini. Perlahan-lahan bayang Damia yang seringkali bermain di fikiran Dafriq hilang begitu sahaja.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now