JEJ 37

3.6K 100 2
                                    

Dafriq duduk termenung di atas katilnya. Dia teringat semula akan kata-kata Dahlia pada tengah hari tadi.

"Dan Damia pulak, dia adalah adik kandung awak"

Dafriq menggenggam erat tangannya. Dia tidak sangka yang salah satu dari keluarganya selalu berada di sisinya. Dia yang tidak sedar selama ni.

"Ian. Ian mesti tau"gumam Dafriq. Dia ingat yang dia suruh Ian siasat tentang Damia. Jadi mesti dia taukan yang Damia tu adik dia.

Baju ditukar lalu Dafriq mencapai dompetnya dan kunci keretanya. Dia berjalan dengan penuh tergesa-gesa.

"Kamu nak pergi mana?"soalan dari tan sri Borhan hanya diabaikan. Dia tiada masa untuk jawab kalau kebenaran masih lagi tiada di depan matanya.
___________________

Ian duduk di hadapan tvnya sambil tangannya memegang semangkuk mi segera yang baru sahaja siap dimasak. Ketika dia baru sahaja hendak menyuapkan mi itu ke dalam mulutnya, loceng rumahnya tidak semena berbunyi.

"Ishh sape yang kacau aku malam buta camni"dengus Ian. Dia hendak makan pun tak senang. 

Ian bangun lalu membuka pintu dengan wajah yang masam. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia ditolak dan orang yang mengacaunya itu masuk.

"Kau kenapa sergah rumah orang malam camni?"soal Ian tidak puas hati. Dia menutup pintunya lalu kembali ke arah makanannya.

"Kenapa kau taknak terus terang pasal Damia kat aku?"

Ian yang baru sahaja memasukkan mi ke mulutnya tersedak. Tekaknya terasa perit menahan rasa pijar. Dia menuang air lalu meminumnya sehingga dia berasa lega.

"Ape maksud kau?"soal Ian seolah tidak faham.

"Jangan buat-buat tak faham! Kau dah tau lama tentang Damia! Pasal dia adalah adik kandung aku! Pasal keluarga aku! Tapi kenapa kau tak bagitau aku!"marah Dafriq.

Ian mengeluh. Dia menoleh lalu memandang Dafriq yang masih berdiri memandang dirinya.

"Aku bukan taknak bagitau. Kalau aku bagitau, kau akan berada dalam bahaya"

"Kenapa pulak?!"bentak Dafriq.

"Sebab kau dah ingat semuanya! Kau dah tau sape keluarga kau, jadi tak mungkin yang dia takkan bertindak"terang Ian.

Dafriq terkedu. Dia tak sangka yang selama ni dia hidup dalam bahaya.

"Kau tau ke sape punca dia?"soal Dafriq kembali tenang. Dia mengambil tempat di hadapan Ian.

"Still dalam progress"balas Ian ringkas.

Dafriq memandang Ian yang sedang khusyuk makan sambil tengok tv.

"Kau kenapa pandang-pandang aku. Kau jangan! Aku still straight lagi"ucap Ian tiba-tiba. Dafriq mencebik.

"Aku pun straight jugak! Setakat lelaki macam kau ni, bukan lelaki je tak selera perempuan pun taknak dengan kau!"bidas Dafriq. Ian hanya menjeling Dafriq.

"Kau datang sini semata nak tanya pasal Damia je ke?"soal Ian.

"Taklah, aku nak mintak maaf jugak kat kau. Sebab pernah pukul kau dulu. Masa tu aku tengah dibutakan dengan cinta sampai aku sanggup pukul kawan aku yang banyak tolong aku"jawab Dafriq.

Ian hanya tersenyum. Dia lega apabila Dafriq sudah tau segalanya. Tapi dia pasti, lepas ni Dafriq mesti dalam keadaan bahaya.
_______________

Qarina masuk ke dalam pejabat Adam tanpa sempat dihalang oleh Sheila.

"Maafkan saya, encik Adam. Saya tak sempat halang dia"pohon Sheila apabila dia melihat wajah tegang Adam apabila Qarina masuk.

"It's okey. Awak boleh keluar"ucap Adam. Sheila menundukkan sedikit badannya lalu keluar.

"Kau nak ape?"soal Adam tanpa memandang Qarina.

"I fikir yang you akan rindukan I lepas dah lama tak nampak I?"soal Qarina manja.

"Kau bukan sesiapa untuk aku rindu. Lain lah kalau kau tu Damia, mungkin aku akan rindukan kau"balas Adam dingin.

Qarina mendengus. Sakit pulak hatinya apabila mendengar bait bicara Adam itu.

"Kenapa you nak rindukan orang yang jauh dari you? I ni ade je kat depan mata you, takkan you langsung tak rindukan I?"soal Qarina. Dia berjalan dengan lenggoknya mendekati Adam.

"Sebab dekatlah aku tak rindu"

Qarina sudah tersenyum apabila mendengar jawapan Adam.

"Habis kalau I pergi jauh dari you, you akan rindukan I lah?"soal Qarina lagi. Hatinya berasa sedikit berbunga.

"Tak"balas Adam ringkas. Qarina mendengus. Sakit pulak hatinya apabila dipermainkan oleh Adam.

"Pergilah Qarina. Ade ramai lagi lelaki yang lagi kaya dari aku. Tolonglah jangan ganggu aku. Aku dah bahagia dengan kehidupan aku sekarang ni"pinta Adam. Kali ini dia memandang Qarina.

"You dah salah faham, Adam! I nak you bukan sebab you kaya! I nak you sebab I hanya cintakan you seorang je! Kenapa you tak pernah nampak I yang ade kat depan mata you ni?!"bentak Qarina. Air mata palsu mula keluar dari celah matanya.

"Qarina, aku--"

Adam mula memandang Qarina dengan pandangan yang serba salah. Dia bukanlah seorang yang suka melihat perempuan menangis walaupun dia seorang yang dingin.

"You tak faham, Adam. Betapa peritnya I tahan rasa cinta I untuk you. Dah lama I simpan perasaan ni tapi you sikit pun tak pandang I. Hati I sakit tau"air matanya sudah mengalir deras.

Adam terus bangun lalu memeluk Qarina. Dia menggosok perlahan belakang badan Qarina untuk cuba menenangkannya.

"Aku mintak maaf, sebab sakitkan hati kau. Tapi aku langsung tak boleh balas perasaan kau. Aku dah ade orang yang aku cintai dan aku takkan duakan dia. Maafkan aku"ucap Adam.

Qarina sudah tersedu-sedan. Tapi di sebalik pelukan Adam, Qarina sebenarnya sedang tersenyum sinis.

'Bodoh! Kalau bukan sebab kau kaya tak teringin pun aku nak dengan kau!' bisik hati Qarina.

"Adam, I janji yang I takkan kacau you. Tapi boleh tak kalau you tolong bahagiakan I untuk kali ni? Tolong biarkan I berada kat sisi you. Sebab I teringin sangat nak rasa camtu"pinta Qarina.

Adam tergamam.

"Aku tak boleh, Qarina. Kau boleh jumpa orang yang lagi layak"Adam cuba melepaskan pelukannya tapi Qarina pulak memeluknya erat.

"Please, Adam. Hanya untuk beberapa bulan je. Lepastu I takkan kacau you lagi"rayu Qarina.

Adam terdiam. Dia tak tau untuk balas ape.

"Please"Qarina mencium dada Adam. Adam terkejut tapi dia hanya membiarkan sahaja.

Apabila Adam tidak menghalang, Qarina mula melakukan lebih. Dia mendongak memandang Adam lalu mencium kedua-dua belah pipi Adam.

Tangannya kemudian dengan pantas membuka butang atas kemeja Adam. Adam menahan tangan Qarina.

"Jangan melebih, Qarina"ucap Adam dengan nada yang bergetar. Sesungguhnya dia taknak buat perkara yang terkutuk itu.

"I tau yang you rindukan isteri you. You boleh bayangkan yang I ni isteri you"bisik Qarina. Dia cuba membuka kemeja Adam tapi Adam menahannya lagi.

"Cukup, Qarina! Cukup! Keluar sekarang! Keluar sekarang sebelum aku hilang sabar!"jerkah Adam.

Bahu Qarina terjongket sedikit mendengar jerkahan Adam. Dia dengan pantas terus keluar dari bilik Adam dengan satu senyuman sinis. Dia berasa puas kerana dapat menggoda Adam. Lagi sedikit sahaja dan Adam akan jadi miliknya.

Adam meraup mukanya kasar. Dia kembali membuntangkan baju kemejanya lalu duduk bersandar di atas kerusinya.

"What have you done, Adam"keluh Adam. Dia tak sangka yang dirinya kali ini akan kalah dengan godaan Qarina. Kalau tak selama ini dia tidak akan jatuh. Dia patut lebih berhati-hati selepas ini apabila bersama dengan Qarina lagi.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now