"Why! Why! Why!"
Adam menumbuk punch bag dihadapannya dengan kuat. Rasa sakit ditangannya tidak dihiraukan berbanding dengan rasa sakit yang teramat di hatinya.
"Why!"
Dia menyepak pulak punch bag itu pulak.
"ARGHH!!!"
Dia menjerit sekuat hati sebelum jatuh melutut. Dia menangis teresak-esak di situ. Tangan kanannya mencengkam bajunya. Sakit. Sakit sangat.
Sewaktu berpisah dengan Yana dulu, takdelah dia seteruk ni. Mungkin kerana dia yang ditinggalkan dan bukan dia yang berusaha untuk bersama kembali.
Tapi sekarang dia yang berusaha untuk bersama kembali. Dia yang memujuk. Bukan dia yang ditinggalkan tapi dia yang meninggalkan.
Peluang kedua memang susah untuk orang bagi. Tapi tak salahkan kalau mencuba. Sebab semua orang layak untuk mendapatkan peluang kedua. Walau sebesar manapun kesalahan tu.
Mungkin kebahagiaan akan lebih bermakna jika diberikan peluang kedua. Sebab tak semua orang sedar jika mereka ada melakukan kesalahan semasa kali pertama bersama.
Dan itulah yang diharapkan sangat oleh Adam kini. Peluang kedua dari Damia. Sudah bermacam cara dia lakukan tapi satu pun Damia tidak pandang.
Dia juga rasa dikhianati oleh Walsen. Perbualan petang tadi masih terngiang-ngiang di ingatannya.
Satu suara tiba-tiba menjengah di osikel pendengarannya. Adam menjadi geram. Dia bangun lalu menyepak punch bag di hadapannya sambil menjerit.
"Diam! Diamlah! Diam!"
Adam seperti kehilangan akal. Dia terus-terusan memukul punch bag itu sehinggalah suara itu berhenti dengan sendiri. Adam menjadi penat. Dia terus terbaring melentang di situ. Air matanya masih lagi mengalir.
_____________________"Mia, this is so unnecessary! What did you just do?!"marah Walsen. Jujur dia cakap dia juga turut terkejut apabila mendengar ucapan Damia tadi. Tambah terkejut lagi apabila Adam turut mendengar.
Damia hanya menundukkan pandangannya. Dia tau kali ini dia yang bersalah.
"You just use me! In your fucking problem!"tengking Walsen.
Selama ini dia cukup bersabar dengan ego yang ditunjukkan Damia namun kali ini Damia sudah melampau. Dia sudah tidak mampu untuk beri kerjasama lagi. Dia juga pernah menjadi seperti Adam. Mengejar cinta orang.
"Saya...saya just nak Adam berhenti je"balas Damia.
Jelas terpampang perasaan kecewa di wajah Walsen. Dia meraup wajahnya kasar sambil badannya berpusing ke belakang sebelum dia memandang ke arah Damia kembali.
"Kau buta ke?! Kau tak nampak ke usaha Adam untuk dapatkan kau semula?! Jangan jadi ego boleh tak! Diri kau sendiri tau yang kau masih sayangkan dia!"
"Ya, saya nampak! Saya nampak segala usaha dia! Tapi saya taknak buat kesilapan yang sama! Saya taknak pisang berbuah dua kali!"balas Damia. Dia cuba untuk mempertahankan dirinya.
"Ya, kau taknak ulang kesilapan tu tapi semua orang buat silap. Dalam masalah kau sekarang ni, bukan Adam sorang je yang salah. Kau pun salah jugak"
"Sekarang awak nak salahkan saya walau awak tau Adam pernah pukul saya?!"marah Damia.
"Yeah! Kau boleh bagitau Adam yang Dafriq tu abang kau sebelum dia salah faham! Kau boleh terus bagitau dia lepas Dafriq dapat ingatan dia balik! Kau boleh bagitau dia dan Adam takkan salah faham!"
"Tapi salah dia yang tak siasat dulu!"
Damia cuba menegakkan benang yang basah. Walsen mendengus kasar.
"Kau takkan mengaku salah kau. Orang ego macam kau ni, memang layak ditinggalkan"cerca Walsen sambil jari telunjuknya menunding terus ke wajah Damia.
Damia terkaku. Sepanjang setahun dia mengenali Walsen tidak pernah dia melihat Walsen semarah ni. Walsen terus pergi dari situ.
Damia jatuh terduduk. Dia menangis di situ. Salah dia ke? Salah dia ke semua ni terjadi? Betul ke salah dia?
Puan Zara terus keluar dari rumah apabila dia terserempak dengan Walsen di ruang tamu tadi. Dia tau suatu terjadi antara mereka sebaik sahaja Walsen mengajak Damia keluar dari rumah.
Puan Zara terus mencangkung di hadapan Damia. Dipeluknya satu-satunya anak perempuannya itu. Damia terus menangis mengongoi di dalam pelukan puan Zara.
"Salah Mia ke semua ni, ma? Betul ke salah Mia?"soal Damia bersama tangisannya.
Puan Zara menggosok lembut belakang badan Damia.
"Shh. Mama tak cakap mama berpihak dekat Adam. Mama tak juga cakap yang mama berpihak dekat Mia. Kat sini kamu berdua salah. Adam salah sebab tak siasat dulu, Mia salah sebab tak bagitau Adam perkara yang sebenar"
Tangisan Damia sudah reda. Namun pelukan di antara dia dan puan Zara masih lagi tidak dilepaskan.
"Mia tak sepatutnya buat keputusan ikut kepala Mia je. Mia tak boleh sesuka hati gunakan Walsen. Dia tolong Mia sebab Mia adik kepada kawan dia. Mama tau Mia cakap camtu sebab nak sakitkan hati Adam. Kat sini bukan Mia sorang je yang sakit, Adam pun sakit jugak"tambah puan Zara.
"Jadi, apa yang patut Mia buat, ma?"soal Damia.
"Tanya diri tu dulu, Mia still sayangkan Adam atau tak. Buat solat istikharah untuk mintak petunjuk kat Allah. Jumpa Adam, mintak maaf dekat dia. Bagitau perkara yang sebenar. Sampai bila kamu berdua nak bersalah faham"nasihat puan Zara.
Damia mengangguk. Dia terus melepaskan pelukan puan Zara. Matanya memandang puan Zara.
"Terima kasih mama sebab bagi nasihat"ucap Damia. Puan Zara tersenyum.
"Mia kan anak mama. Takkan mama nak tengok je anak mama ni menangis"balas puan Zara sambil mengusap lembut kepala Damia. Damia tersenyum.
"Nanti jangan lupa mintak maaf dengan Walsen sekali"pesan puan Zara. Damia mengangguk.
Selepas ini, biar dia pulak yang mendapatkan Adam.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...