Seminggu kemudian,
Damia melangkah masuk ke dalam syarikat milik Adam. Tanpa perasaan ragu-ragu dia terus masuk ke dalam lif lalu menekan nombor tingkat pejabat Adam. Ada beberapa orang jugak yang turut berada di dalam lif itu.
Selepas melepasi beberapa tingkat, tinggallah dia seorang di dalam lif itu.
Ting!
Lif berhenti di tingkat terakhir. Damia terus keluar. Kalau tadi dia tidak berasa apa-apa tapi sekarang ni dia berasa sedikit berdebar.
Dia terus pergi ke pejabat Adam. Sebelum itu mestilah dia kena berjumpa dulu dengan pa Adam. Dia mengerutkan dahinya apabila memandang Hafzan berada di tempat Sheila.
Damia terus mengetuk perlahan meja itu. Hafzan yang sedang khusyuk membuat kerjanya terus mendongak. Dia terkejut apabila memandang Damia di tempat kerja Adam. Dia terus bangun.
"Damia. Awak buat apa kat sini?"soal Hafzan terkejut. Tangannya dengan cepat membetulkan tali lehernya yang sedikit senget.
"Kenapa awak ada kat tempat Sheila ni? Sejak bila awak jadi pa Adam. Bukan awak kerja bidang lain ke kat sini?"soal Damia bertalu-talu tanpa menjawab soalan Hafzan.
Hafzan mengeluh. Dia kembali duduk.
"Sheila dah kena pecat. Sekarang sayalah yang kena ganti tempat dia sementara Adam cari pa baru. Tapi tulah sampai sekarang dia tak bukak lagi section pengambilan jawatan kosong"terang Hafzan.
Damia hanya menganggukkan kepalanya. Kepalanya terkinja-kinja memandang ke arah bilik Adam walaupun dia tau dia takkan nampak sebab tingkap pejabat Adam yang tinted.
Hafzan perasan akan tindakan Damia. Dia juga turut memandang ke arah tingkap pejabat Adam sebelum dia memandang ke arah Damia.
"Awak nak jumpa Adam eh?"tebak Hafzan walaupun dia sudah tau jawapannya. Damia mengangguk
"Saya nak mintak maaf dekat dia. Saya tau tindakan yang saya buat sebelum ni kurang matang. Jadi saya nak minta maaf dekat dia dan berikan dia peluang kedua"balas Damia.
Hafzan diam. Dia kemudian mengeluh.
"Baguslah kalau awak dah sedar, Mia. Tapi Adam tak masuk pejabat hari ni. Saya call dia pun dia tak angkat"
"Dia tak bagitau awak ke?"soal Damia.
Hafzan hanya menggeleng. Payah betul kalau jadi pembantu kepada lelaki yang emosional ni. Semua jadual Adam dia terpaksa susun semula apabila Adam tidak datang.
"Kalau macam tu saya singgah rumah dia lah"cadang Damia. Hafzan mengangguk tanda setuju dengan cadangan Damia. Dia sebenarnya risau tentang Adam.
"Qarina tinggal dengan Adam sekali ke?"soal Damia apabila dia teringat yang Adam pernah berkahwin dengan Qarina.
Hafzan mengerutkan dahinya. Dia cuba untuk mengingat kembali. Pernah ke dia nampak kelibat Qarina di rumah Adam?
"Tak tau. Saya tak pernah nampak dia. Mungkin diorang tinggal asing"
"Ouh"
Damia sedikit tergamam apabila dia mendengar fakta itu. Apa yang difikirkannya selama ini tidak sama dengan apa yang berlaku rupanya.
"Okeylah, Hafzan. Saya pergi dulu"
Damia meminta diri. Hafzan hanya mengangguk sahaja.
________________Damia berdiri di depan pagar rumah Adam. Dia berasa berdebar hendak berjumpa dengan Adam. Untung juga dia masih menyimpan kunci rumah Adam. Boleh sahaja dia membuka pagar tanpa perlu menekan loceng.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...