JEJ 28

4.1K 136 1
                                    

Dafriq termenung sendirian di dalam biliknya. Kepalanya sekarang sedang berserabut dengan segala benda. Mesej yang diberikan oleh spynya membuatkan hati dia membara. Tapi takpe dia akan biarkan mereka bahagia dulu. Dan pasal lelaki yang rapat dengan Damia itu dia akan suruh spy dia bunuh.

Satu lagi yang memeningkan kepalanya adalah Dahlia. Wanita itu seringkali mengajak dia keluar walaupun seringkali ditolak. Dafriq berasa sedikit rimas. Mungkin betul dia ade sedikit perasaan terhadap Dahlia tapi mungkin sebagai kawan dan takkan lebih dari itu. Di dalam hatinya akan sentiasa ada nama Damia dan takkan ade perempuan lain. Muktamad.

Krekk

Bunyi pintu ditolak membuatkan Dafriq menoleh memandang pintu. Kelihatan Tan Sri Borhan sedang menjenguknya.

"Masuklah, ayah"jemput Dafriq. Dia bangun dari baringnya lalu duduk bersandar. Tan Sri Borhan masuk ke dalam bilik anak angkatnya itu lalu duduk di birai katil.

"Kenapa ayah?"soal Dafriq pelik.

"Kamu taknak kahwin ke Dafriq? Ayah teringin jugak nak merasa ade cucu"

Dafriq terkaku. Dia menggosok belakang lehernya.

"Ayah, tunggulah Dafriq jumpa keluarga kandung Dafriq dulu. Kalau Dafriq dah jumpa baru Dafriq akan kahwin"

"Alasan yang sama, Dafriq. Dah bape tahun kamu cari tapi kamu tetap tak jumpa. Kalau alasan lain yang kamu bagi mungkin ayah boleh terima tapi semuanya sama je. Jangan terlalu berharap, mungkin mak ayah kamu dah takde and hanya kamu je anak mereka"pesan Tan Sri Borhan.

Dafriq mengeluh. Kata-kata Tan Sri Borhan ade betulnya jugak. Tiga tahun adalah tempoh masa yang lama, dan macam-macam boleh berlaku dalam tempoh tu.

Tan Sri Borhan tersenyum sinis dalam diam. Dia menepuk bahu Dafriq lembut.

"Ayah tau kamu ade sesorang yang kamu cintai. Kalau Dafriq perlukan pertolongan ayah, ayah boleh tolong. Jangan diam je. Ayah nak tengok kamu bahagia, sebab kebahagiaan kamu kebahagiaan ayah jugak. Ayah tak suka tengok anak ayah sengsara"

Dafriq hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Tan Sri Borhan tersenyum. Dia pun keluar dari bilik Dafriq setelah mem'brainwash' otak Dafriq.
_________________

Waktu kerja sudahpun habis dan Hafzan ingin meluangkan sedikit masa di dalam pejabat. Ada sedikit kerja yang dia perlu siapkan.

Lagipun buat ape balik awal. Bukannya ade pape pun kat rumah. Lainlah kalau ade isteri yang menunggunya.

Skip

Jam telah menginjak pukul 7 barulah Hafzan selesai dengan kerjanya. Dia dengan cepat mengemas barangnya kerana suasana dalam pejabat sedikit seram. Dahlah hanya ade dia seorang di situ.

Hafzan masuk ke dalam keretanya dan mula memandu keluar dari syarikat. Namun matanya tiba-tiba memandang sesuatu di perhentian bas yang berada berdekatan.

Kelihatan seorang lelaki sedang menarik beg tangan seorang wanita dan wanita itu sedang cuba melawan. Hafzan terus keluar dari keretanya dan mendekati perhentian itu apabila melihat lelaki itu mengeluarkan pisau.

"WOII!"teriakannya membuatkan mereka berdua memandangnya. Lelaki itu apabila melihat ade orang ingin menolong dia terus melarikan diri dengan panik.

Hafzan berlari anak mendekati perempuan itu.

"Awak okey? Dia ade papekan awak tak?"soal Hafzan risau sambil memandang wanita itu atas bawah.

"Terima kasih sebab tolong saya, tapi saya tak perlukan pertolongan awak"

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now