JEJ 27

4.1K 129 1
                                    

Adam berdiri di hadapan pintu masuk universiti. Dia tidak sempat berjumpa dengan Damia semalam kerana kepenatan. Jadi dia sekarang sedang menunggu Damia untuk keluar dari situ.

Setengah jam bermandi peluh di hadapan pintu pagar, akhirnya nampak jugak kelibat yang ingin dijumpainya. Dia tersenyum senang apabila melihat Damia yang sedang ketawa terbahak-bahak dengan seorang perempuan. Mungkin kawannya.

Adam lantas membuka langkah mendekati mereka berdua.

"Hai"

Damia yang sedang seronok berbual dengan Tzuyu berhenti dari melangkah. Mereka berdua memandang jejaka yang menegur mereka tadi.

Mata Damia membuntang besar apabila melihat Adam di situ manakala Tzuyu hanya membuat muka hairan sahaja.

"Nugu----"

"Kau balik dulu tau. Aku akan balik lambat jadi jangan tunggu aku"

Damia terus mencantas kata-kata Tzuyu. Dia kemudian memegang tangan Adam lalu menarik Adam pergi dari situ. Tzuyu hanya membuat reaksi pelik. Tapi akhirnya dia hanya menjongketkan kedua bahunya lalu pergi dari situ.

"Awak buat ape kat sini? Camne awak boleh dekat sini? Dah berapa lama awak ade dekat sini?"soal Damia bertalu-talu apabila mereka berhenti di satu lorong yang sebelahnya kedai runcit.

Adam berdehem kecil. Matanya memandang tangannya yang masih dipegang oleh Damia. Damia yang melihat terus melepaskan genggamannya. Adam cuba menyembunyikan senyumannya apabila melihat Damia yang sedikit tidak tentu arah.

"Awak tak jawab lagi soalan saya"

"Pandanglah aku kalau nak aku jawab"

Damia mengeluh perlahan. Dia dengan perlahan memandang wajah Adam yang sungguh kacak itu. Dia menatap mata Adam yang bersinar itu.

Adam mengambil kesempatan itu untuk mengenyit matanya ke arah Damia. Damia tersentak. Dia dengan pantas mengalihkan pandangannya dengan wajahnya yang sudah bertukar merah. Adam tersengih kecil.

"Awak kalau datang sini nak kacau saya baik tak payah. Saya ade banyak benda lagi nak buat"ucap Damia tanpa memandang Adam.

"Kau halau aku ke ape? Nak jadi isteri derhaka?"soal Adam sambil menjongketkan keningnya. Damia menggigit bibirnya. Adam hanya tersenyum.

"Jom pergi makan, aku lapar. Lama tau aku tunggu kau tadi"

Adam menggenggam lembut tangan Damia lalu ditariknya Damia menuju ke restoran yang hanya selang beberapa buah sahaja. Damia melihat Adam yang berada di hadapannya. Senyuman bahagia mula terbit di bibirnya.

Walaupun Adam tak lagi luahkan perasaan dia Damia tau yang Adam cintakan dia. Dan dia mahu mereka seperti ini. Untuk selamanya.
__________________

Hafzan memegang fail yang mempunyai kertas yang perlu ditandatangani Adam. Dia sedang melangkah menuju ke pejabat Adam yang berada pada tingkat atas. Dia tak tau pun yang Adam takde sebab Adam tak bagitau dia.

Hafzan masuk ke dalam lif diikuti dengan seorang perempuan yang dia tidak kenali. Dia melihat perempuan itu sekilas sebelum dia menekan butang nombor.

Hafzan melirik ke arah perempuan itu. Dia mengerutkan dahinya sebab dia tak pernah nampak perempuan tu. Pekerja baru mungkin.

"Awak pekerja baru ke? Sebab saya tak pernah nampak awak"soalnya. Perempuan itu memandangnya seketika sebelum dia menganggukkan kepalanya. Hafzan mengangguk sambil menggosok belakang lehernya.

"Err...ape nama awak? Awak kerja bahagian mana? Sejak bila awak masuk?"soal Hafzan bertalu-talu. Kedengaran perempuan itu mendengus kecil. Mungkin tak suka bila disoal.

Jikalau Engkau Jodohku [C]Where stories live. Discover now