Ting tong!
Damia dan Adam bersama-sama memandang ke arah pintu. Selepas itu mereka memandang sesama sendiri.
"Kau ade jemput sesiapa datang rumah ke?"tanya Adam. Damia menggeleng.
"Takde, saya takde kawan kat Malaysia ni. Awak pulak? Ade jemput sesiapa ke?"Adam mengerutkan dahinya. Cuba berfikir. Dia ade jemput sesiapa datang ke rumah ke.
Ting tong!
Sekali lagi loceng dibunyikan.
"Kau tunggu sini. Biar aku tengok sape yang datang"ucap Adam. Dia pun bangun lalu terus menuju ke pintu pagar rumah.
"Mama? Papa?"panggil Adam tidak percaya. Ya, orang yang menekan loceng tadi adalah Datin Marina dan Datuk Ahmad.
"Lama betul kamu nak keluar. Penat kami tunggu"kata Datuk Ahmad. Adam tersengih. Dia membuka pagar kecil yang berada di sebelah pagar besar dan membenarkan ibu bapanya masuk.
"Kenapa tak call Adam dulu cakap nak datang?"soal Adam sambil kaki mereka melangkah masuk ke dalam rumah.
"Saje. Mama nak buat surprise. Kenapa? Kamu tak suka ke mama datang rumah kamu?"Adam hanya tersengih kekok. Dia menggosok perlahan belakang lehernya.
"Awak, sape yang datang rumah?"tanya Damia pantas sebaik sahaja dia melihat Adam masuk ke dalam rumah.
"Mia, menantu mama"belum sempat Adam untuk menjawab suara Datin Marina sudah pun kedengaran memanggil Damia.
Damia memandang Datin Marina dan Datuk Ahmad dengan pandangan yang kekok.
"Mama dengan papa rupanya. Kenapa tak cakap dulu nak datang?"soalan yang sama diajukan kepada Datin Marina dan Datuk Ahmad.
"Kami saje je nak datang melawat. Kat rumah tu mama kamu asyik kata bosan je. Sebab tulah kami cadang nak duduk kat sini kejap"jawab Datuk Ahmad.
"Berapa hari mama ngan papa duduk sini?"tanya Adam.
"Lima hari"
"Hah!"jawapan dari Datin Marina membuatkan mereka berdua terkejut.
"Kenapa dengan kamu berdua ni? Tak suka ke mama dengan papa tinggal kat sini lama-lama?"tanya Datin Marina seolah berkecil hati.
"Eh mama mana ade. Kitorang cuma terkejut je. Mia tak kisah pun berapa lama mama nak tinggal kat sini. Kan awak kan?"Damia menyenggolkan lengannya ke lengan Adam.
"Ha ye ye betul tu"
Datin Marina tersenyum lebar.
"Ma, pa, Mia pergi dapur dulu tau. Nak buat air kejap"pinta Damia. Datin Marina dan Datuk Ahmad hanya mengangguk sahaja.
"Err...Adam nak ikut Damia kejap. Mama ngan papa buatlah macam rumah sendiri"ucap Adam sebelum dia mengikuti langkah Damia.
Datin Marina dan Datuk Ahmad hanya tersenyum melihat gelagat pasangan itu.
"Memang tak silap saya jodohkan Adam dengan Damia. Tengok tu, sampai tak boleh berenggang"ucap Datin Marina.
"Hmm macam kita berdualah dulu lepas kahwin. Awak langsung tak boleh berenggang dengan saya"usik Datuk Ahmad.
"Isyy awak ni mana ade"balas Datin Marina. Mukanya sudah kemerahan menahan malu. Datuk Ahmad hanya tergelak kecil.
____________________________"Awak, camne ni awak? Terkejut tau saya bila mama ngan papa tiba-tiba datang"adu Damia.
"Kau fikir kau sorang yang terkejut? Aku pun terkejut jugaklah"balas Adam. Badannya sengaja disandarkan di bahagian kabinet bersebelahan Damia yang sedang membancuh air.
YOU ARE READING
Jikalau Engkau Jodohku [C]
RomanceDamia Farisha, seorang mahasiswi di universiti Korea. Kehidupannya sungguh ceria dan indah namun semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali ketika cuti semester. Muhammad Adam Emir, setelah dikecewakan...