-family Liya pov-
Selesai sahaja Lara menyiapkan makan malam...ia naik ke bilik ibunya.
𝒕𝒐𝒌..𝒕𝒐𝒌
"𝒊𝒃𝒖!! 𝑱𝒐𝒎 𝒕𝒖𝒓𝒖𝒏, 𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒉 𝒔𝒊𝒂𝒑," jelas Lara diluar pintu bilik ibunya.Mendengar sahaja suara Lara yang memanggil Puan Lina untuk turun..lantas kaki pun menuju ke arah pintu lalu membuka.
"Yelah..mari kita turun, Farah mana?" Tanya Puan Lina.
"Farah kejab lagi lah tu dia turun." Balas Lara lalu menarik sebuah kerusi untuk diduduk oleh ibunya.
"ibu...abah mana? Takkan belum balik lagi,"soal Lara hairan. Dari dia memasak sehinggalah siap, tiada pula kereta abahnya.
"hm, belum balik lah tu..." balas Puan Lina tanpa perasaan risau. Mungkin masih tidak puas hati dengan keputusan suaminya yang menghalau Liya keluar dari rumah tanpa berbincang pun! Sedangkan ada lagi cara lain untuk ajar Liya.
"ibu..ibu!" Panggil Farah yang baru sahaja muncul.
"Hah, ye..kenapa ?" Tnya Puan Lina.
"ibu, asyiik termenung jer...apa yang ibu fikirkan ni?" Soal Farah ingin tahu,risau juga dia apabila melihat keadaan ibunya yang begitu runsing. Ntah apa saja yang selalu difikirkannya.
"takde lah...ibu cuma risau kat Liya." Balas Puan Lina dengan nada yang amat perlahan,
"Apa bu? Tak dengar lah." Soal Farah bingung.
"tak de apa ap...ibu just fikir abah korang ni hah,tak balik balik lagi." Tipu Puan Lina terhadap anaknya. Dia hanya tidak ingin Farah dan Lara risau.
----
beberapa minit menunggu kedatangan Tuan Jamil. Kini sebuah kereta pun muncul lalu parking dihadapan rumah."Assalamualaikum" sapa Tuan Jamil sambil membuka kasut dan stokin nya.
"waalaikumussalam" sapa mereka semula.
"kenapa lambat balik abang?" Tnya Puan Lina kepada Tuan Jamil.
"takdelah...hari ni terlalu banyak kerja sangat, saya lunch pun tadi beberapa minit je." Balas Tuan Jamil.
"abang bersihkan diri lah dulu, nanti turun kita makan sama sama." Kata Puan Lina. Lalu mengemas barang barang suaminya.
----
Siap sahaja makan malam...mereka sekeluarga masuk ke bilik masing masing.
Lara pulak masuk ke bilik kakaknya. Nak bercerita pasal hal tadi."akak...sampai hati kan abah suruh kita ikut kehendak dia..Lara tak kisah lah kalau tak jumpa Liya sekalipun...tapi ni agak agak kah call pun tak boleh. ingat kita ni musuh ke!" omel Lara. Panas hatinya bila Tuan jamil membuat satu syrat yang berkaitan dengan Liya..abahnya memang sudah gila!
"tulah..akak pun tak puas hati dengan syarat tu, tapi apa yang kita boleh buat dik...takkan kita nak lawan cakap abah! Macam lah adik tak tahu perangai abah yang kita sendiri pun tak boleh nak bagi faham...asyik abah je yang betul!." Balas Farah lalu menghumban patungnya ke dinding.
Lara dan Farah hanya berdiam diri,
"akak! Apa kata kalau kita call abang." Pujuk Lara.
"what! Call abang? Memang tak lah aku nak call, dah lah tak balik balik..manalah dia tu tahu tentang kita, yang dia tahu hal dia sendiri je!
tak payahlah susahkan dia..biar jelah kita yang settel kan masalah ni." Jelas Farah bengang..apakan tidak, abang nya itu memang sah sah selalu buzy, harap kan dia? Bertambah susah lah jadinya!.
k.k
"akak ni kan..tak baik taw kata macam tu, mana tahu abang sekarang ni tengah fikirkan kita. Akak jangan suka fikir yang negatif lah!"
"Ish mana manalah. Yang pastinya bukan call abang! Akak tak nak dia risau tu je!""hurmm yelah." Keluh Lara. Macam mana lah nak selesai masalah ni.
-----
hai ibu morning" sapa Farah lalu turun ke meja makan untuk sarapan."ye, Farah nak pegi ke mana lak ni?" Tnya Puan Lina sambil tangan laju saja membasuh pinggan pinggan kotor.
"Farah nak keluar jumpa kawan kejab, oh ya ibu nanti Farah nak cari kerja taw!" Balas Farah lalu menyuapkan sekeping roti kedalam mulut.
"lah...tak nak sambung study ke?" Soal Puan Lina.
"ermm...tengok keadaan lah ibu, kalau rezeki Farah dapat lanjutkan study,Farah ikut je...tapi kalau dah takdir Farah perlu untuk kerja, Farah ikut je! Lagi pun Farah dah besar lah..takkan nak mengharapkan ibu ngan abah je? Kan. Jawab Farah. Malu juga dia sebenarnya,dah lah tempat tinggal ibu abah dia yang tanggungkan, makan minum pun sama..takkan nak mengharap orang tua je! Malu lah sikit. Dah besar dah kan.
"yelah, ibu setuju je apa yang Farah nak buat..janji perkara tu baik."
"Ye ibu..Ni Farah gerak dulu taw! Apa apa call je, bye ibu." Pesan Farah lalu mengucup tangan ibunya.
"ye..baik baik jalan tu."
-----
"Sayang! Baju saya dah gosok ke?" Teriak Tuan Jamil yang masih bersiap siap untuk ke kerja."ye,ye kejab! Nah.. awak balik awal tak harini?" Tnya Puan Lina ,sambil tangannya bergerak lincah menyediakan keperluan suaminya.
"tengoklah dulu. Ni, pastikan anak anak tak contact atau call Liya! Faham." Pesan Tuan Jamil. Perasaan marah masih belum hilang dihatinya.
"hurm," puan Lina hanya mengeluh tanpa berkata apa apa.
"Saya gerak dulu, hati hati ye!" Pesan Tuan Jamil sambil mengangkat sebelah tangan untuk isterinya salam.
"ye abang..baik baik driving tu!" Balas Puan Lina lalu mengucup tangan suaminya.
Tanpa berlengah, Tuan jamil terus menuju ke kereta lalu masuk kedalamnya.
beberapa saat sahaja, Kereta nya pergi meninggalkan rumah.
-----
Lara turun ke bawah untuk sarapan..
" hai ibu! Mana yang lain?" Tnya Lara hairan. Rumah je besar, tapi sunyi dia bukan main."semua dah keluar..Lara nanti temankan ibu pergi supermarket ye! Ibu nak beli barang dapur, dah nak habis dah ni."
"Baik ibu..." balas Lara sambil makann.
"oh ye ibu...Lara lupa nak bagitahu! Semalam abang ada mesej Lara." Kata Lara dengan muka yang monyok.
"lah ye ke? Apa yang dia mesej?" Soal Puan Lina ingin tahu. Sudah lama anak terunanya tidak balik balik mahupun call terhadapnya.
"dia kata, dia buzy dua menjak ni...dia nak bagitahu ibu, supaya ibu tak risau dan...dia kata insyaAllah kalau ada cuti dia akan balik sini!" Jelas Lara.
"haih..apa apa jelah..." Puan Lina sudah masak sangat dengan anaknya Aqil tu, umur dah 25 tahun, pasangan pun belum ada...kang tua baru merana tak tentu pasal! Omel Puan Lina.
-----
𝐝𝐨𝐧𝐞 𝐜𝐩 15!!
𝐓𝐡𝐚𝐧𝐤𝐲𝐨𝐮 𝐛𝐚𝐜𝐚!
𝐬𝐨𝐫𝐫𝐲 𝐢𝐟 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐲𝐩𝐨,𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐬𝐢𝐥𝐚𝐩.
𝐞𝐧𝐣𝐨𝐲!
YOU ARE READING
Hati Yang Ikhlas ✓
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (complete) Gadis yang menginginkan sebuah kehidupan bahagia. Namun nasib tidak menyebelahi hidunya. Jauh dari keluarga tercinta. 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉?" -Liya Azzara 𝒌𝒂𝒖 𝒋𝒂...