Seminggu kemudian..
Cuaca yang cerah tiba tiba sahaja bertukar mendung. Setitik,dua titik, air jatuh membasahi bumi. Kaki laju sahaja masuk ke dalam rumah setelah selesai menghirup udara di pagi hari.
Di dalam bilik, mata hanya melihat ke arah tingkap yang kian kabur dek kerana air hujan yang lebat.
Liya. Dia hanya bersandar di kepala katil. Mata dipejam rapat inginkan sebuah ketenangan hadir. Keluhan berat dilepaskan.
"huhh. Apa aku patut buat? kenapa aku? kenapa semua ini berlaku dekat aku? Why abah. Why." dengan perlahan air matanya jatuh. Kedua tangannya menyentuh mata. Sambil tersedu sedu dia menangis. Suara tidak mampu dikeluarkan. Ya, aku memang lemah saat ini.
"aku tak kuat ya Allah. Tolong, aku tak kuat. Aku buntu ya Allah. Apa aku harus buat. Aku tak pernah rasa seperti ini. Kahwin? cinta? aku tak pernah fikir sejauh itu. Jika memang jodohku semakin dekat, maka aku redha ya Allah. Tapi mungkin, hm. Aku tak bersedia." luah Liya. Air matanya sudah berhenti. Bawah matanya sudah semakin bengkak. Hidungnya juga turut berubah merah.
Otak masih ligat memikirkan hal tadi.
Beberapa minit yang lepas...
Handphone yang terletak di atas sebuah meja berdering dengan kuat. Liya bergegas ke arah deringan tersebut. Tangan mencapai telefon tadi lalu matanya membesar dek kerana terkejut dengan nama yang terpapar.
Lovely ibu
Hello!! Assalamualaikum ibu!!"Jerit Liya. Bibir tersenyum lebar. Tidak menyangka yang doanya terkabul juga.. Memang dia inginkan panggilan dari ibunya.
Waalaikumussalam. Liya? sayang! Maafkan ibu sebab tak pernah nak call kamu." balas Puan Lina.
It's okey ibu. Liya faham. Ibu!! Liya rindu sangat dekat ibu." rengek Liya. Punggung di labuhkan diatas katil.
Ibu pun rindu kamu sayang. Erm, Liya? ibuu.. Ibu.. " belum sempat Puan Lina mengatakan sesuatu. Seseorang mencelah.
ibu? kenapa ni."soal Liya risau.
Liya. Ini abah. Abah tak nak panjangkan perbualan ni. Abah ada satu permintaan dari Liya. Terpulang kalau kamu nak setuju atau tidak. Tapi ini untuk masa depan kamu. Abah nak Liya kahwin. Maaf kalau ini permintaan yang sukar bagi kamu.. Tapi keputusan abah tetap itu. Ada dua pilihan. Sama ada kamu akan tetapkan sendiri calon suami dalam masa sebulan ni, atau abah sendiri yang akan pilihkan calon untuk kamu. Apa apa nak bincang. Mesej saja dekat ibu kamu. Atau kamu nak balik sini semula. Abah dah maafkan kesalahan kamu. Tapi abah minta. Minta kamu setuju dengan permintaan ini. Maafkan abah." terang Tuan Jamil panjang lebar dan tegas.
Panggilan terus di matikan. Tidak sempat Liya ingin membalas apa apa. Mulutnya tiba tiba sahaja terkunci. Sungguh dirinya tidak faham dengan apa yang terjadi. Hati nya mulai pedih. Sanggup abahnya katakan seperti itu! Siapa sahaja yang tidak sedih bila seseorang tiba tiba ingin permintaan begitu. Liya sendiri tidak pernah terfikir pun akan hal itu. Dia masih muda! Umurnya baru sahaja mencecah 21 tahun. Cukup muda. Tiada masa ingin masuk ke alam baru.
Tapi..itu adalah permintaan dari orang tuanya. Siapa sahaja mampu menolak. Walaupun bukan abahnya yang mengandungkan dia. Tapi Liya tahu. Perjuangan seorang ayah kepada anaknya. Tidak sanggup untuk dia tolak. Tapi mungkin hatinya akan lebih terseksa.
'hati kata tidak' namun di lubuk hati yang dalam 'hati kata ya'
Kembali kepada real..
-----
Liya bangun dari katil kemudian melangkah menuju ke tandas. Sinki tempat dituju. Tangan mengambil air daripada paip sinki, lalu membasuh wajahnya yang lembap oleh air mata.
YOU ARE READING
Hati Yang Ikhlas ✓
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (complete) Gadis yang menginginkan sebuah kehidupan bahagia. Namun nasib tidak menyebelahi hidunya. Jauh dari keluarga tercinta. 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉?" -Liya Azzara 𝒌𝒂𝒖 𝒋𝒂...