Tangan di tepuk berkali kali.
"Liya!" panggil Aqil. Geram melihat adiknya yang menghayal. Kita dah tanya tanya dia seronok pulak menghayal.
"ah. Ya! Apa abang apa?" soal Liya terkejut. Huh tarik nafas... Hembus.
"siapa dekat luar tu? kawan Liya ke?" soal Aqil. Mata memerhati susuk tubuh yag tidak dikenali.
"hah!! Dia tak main main Liya!! Oh habislah." monolog Liya. Jantung turut mengepam laju.
"dah dah lah menghayal tu. Pergi lah sana."
Liya hanya mengangguk tanda setuju. Perlahan lahan kaki mendekati seseorang.
"a-awak.. K-kenapa datang?" soal Liya gugup. Macam mana nieee
"nak jumpa abah. Salah ke?" jawabnya selamba.
'Huish, gila ke? Mamat ni betul betul serious ke.'
"hah? er... A-awak jemput masuk lah dulu." jemput Liya. Dia mendahului jalan sebelum Hafiz turut mengekori gerak darinya.
"huwau, sejak bila ada kawan handsome ni?" gurau Aqil sebelum tersenyum lebar. Macam dia tak kenal dengan lelaki tersebut. Tapi, saja nak buat buat tak kenal. Hoho.
Liya malu,kemudian menayang sebuah jelingan maut kepada abangnya.
"hai, Liya. Kenapa tak bagi tahu ada orang nak datang." celah Puan Lina yang baru timbul.
"er.. Ibu, ni.. Ni kenalkan... Erm. -"
"Hafiz, ibu." sampuk Hafiz tenang. Perh, ibu bhai.
Puan Lina hanya mengangguk kemudian tersenyum lebar. Macam ada makna je.
"awak! Apa pasal sebut ibu." bisik Liya. Tak tenang jiwanya.
"suka hati lah. Kau boleh panggil umi aku umi kan. So, tak salah lah kalau aku panggil ibu kau, ibu. One day ibu kau tu.. Ibu mertua aku juga." bisik Hafiz semula. Bibir tersenyum senget. Suka usik orang.
Liya hanya diam tidak berganjak. Hafiz memang! Memang suka buat gila.
----
"tulah.. Siapa suruh datang awal sangat, kan dah bosan." perli Liya. Mata elok melihat Hafiz yang bersandar di sofa."hm. Terlalu excited kot." balas Hafiz. Mata sibuk melihat TV.
"ceh, excited lah sangat.. Dah lah buat rumah, macam rumah dia sendiri." kutuk Liya dalam diam. Dia hanya duduk di anak tangga.
"bila abah balik ni?" soal Hafiz mata terus menoleh Liya.
"Er...mana saya tahu." balas Liya. Sekali lagi jantung nya berdegup kencang.
"awak tunggu jelah. Saya nak masuk. Apa apa mesej." Liya berdiri lalu masuk ke dalam biliknya.
Huh.
----
"Liya!"Tok tok.. Tok tok..
"Liya!" panggil Puan Lina. Pintu diketuk beberapa kali.
Liya tersedar dari lenanya dek kerana suara yang bising.
Pantas tangan membuka pintu.
Mata digosok berkali kali.
"amboi, bertuah punya anak. Kenapa tinggalkan Hafiz tu sorang sorang dekat bawah. Kamu seronok tidur ya. Dia tetamu Liya. Ingat tu. Tak kesian ke? penat dia tunggu abah kamu, dah pergi turun bawah. Abah dah tunggu dekat bawah."bebel Puan Lina.
"ni, dah solat tak?" soal Puan Lina lagi.
"tak dapat ibu." balas Liya. Dia kemudian bergegas ke arah tandas lalu membasuh mukanya.
YOU ARE READING
Hati Yang Ikhlas ✓
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (complete) Gadis yang menginginkan sebuah kehidupan bahagia. Namun nasib tidak menyebelahi hidunya. Jauh dari keluarga tercinta. 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉?" -Liya Azzara 𝒌𝒂𝒖 𝒋𝒂...