Chapter 32 ♡'・ᴗ・'♡

14 1 0
                                    

Bagasi di tarik dengan lembut. Liya berhenti di salah satu kawasan sambil menunggu flat yang akan berlepas beberapa minit lagi.

Liya menggunakan pakaian labuh berwarna hitam, begitu juga dengan tudung bawal nya. Tidak lupa juga untuk menyarungkan niqab.

Liya memandang ke arah abangnya.

"take care Liya. Tetap kuat taw. Bila dah sampai jangan lupa mesej. Jangan bagi abang risau." pesan Aqil yang turut menemani Liya di situ.

"hmm, insyaAllah. Nanti Liya mesej kalau dah sampai ok. Abang jangan lah risau, Liya okey je." kata Liya sambil tersenyum kecil.

"dah, pergi lah. Nanti tak pasal pasal kena tinggal pulak." kata Aqil lalu menghulurkan tangan kanan nya kepada Liya.

"ish, yelah." Liya menyambut tangan abangnya yang dihulur. Lalu menyalamnya.

"bye abang! You to take care. Assalamualaikum." bagasi mula ditolak kembali.

"waalaikumussalam."

Liya menghela nafas panjang. Macam tidak percaya sahaja yang sekarang nie dia akan balik semula ke tanah air tercinta. 'Malaysia'

kaki mulai melangkah masuk ke dalam pesawat. Liya kemudian duduk dii salah satu kerusi. Buku dikeluarkan untuk dibaca agar tidak mengalami kebosanan, kerana perjalanan ini akan  mengambil kira kira 6 jam diatas udara.

----
Liya tersedar dari tidurnya dek kerana suara yang kuat. Kini, pesawat yang dinaiki akan tiba di negara Malaysia.

Liya cukup merasa gembira, walau hati masih merasa sebak.

Liya berharap apabila dia sampai, orang masih mengenali nya. Atau lebih lagi, mereka mungkin tidak mengenali nya.

Tiba sahaja di lapangan terbang. Liya menarik bagasi. Dia duduk di salah satu kerusi, menunggu teksi untuk dinaiki.

Sampai sahaja, Liya masuk ke perut kereta. Dia menyuruh pemandu tersebut untuk pergi ke lokasi yang di pinta.

Setengah jam perjalanan..

Kini, Liya tiba di sebuah rumah milik sahabatnya. Ya! Liya mungkin akan tinggal di rumah sahabatnya Zara. Oleh kerana Zara tinggal seorang, maka dia akan menetap di situ buat sementara waktu.

Liya menarik nafasnya dalam dalam. Kemudian menekan loceng.

Loceng ditekan berkali kali. Beberapa saat sahaja, seseorang menjenguk.

Pagar terbuka. Liya masih berdiri kaku di luar pagar. Tiada tanda ingin maju ke hadapan.

Liya seolah olah kehilangan kata kata. Sungguh dia benar benar rindu  akan sahabat baiknya.

"awak siapa?" soal Zara dengan kuat. Dia hanya berdiri di depan pintu. Mungkin kerana orang di hadapannya sekarang ini tidak dikenal.

Liya hanya diam tidak berganjak.

Zara pelik. Dengan perlahan lahan dia mendekati Liya.

"erh, maaf. Awak siapa? awak salah rumah kot." soal Zara apabila melihat seorang perempuan yang berniqab sambil membawa bagasi masih berdiri di rumahnya.

"Zara. " pangggil Liya dengan nada perlahan.

Zara mengerutkan keningnya seribu. Tak faham!

"Zara ni aku lah." kata Liya cukup tenang berbanding tadi.

"hah? Liya it's that you?!" Soal Zara. Jantungnya hampir terlepas. Cehwah!

Ingin sahaja Liya tergelak melihat sahabatnya seorang ni. Takkan tak sedar sedar lagi oii.

Hati Yang Ikhlas ✓Where stories live. Discover now