Tiga bulan berlalu dengan cepat. Tahun sudah pun bertukar ke 'tahun baru'
Liya begitu gembira dengan adanya tahun baru, dia berazam ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya. Walaupun dia terpaksa tidak hidup bersama keluarga, tapi dia masih berusaha untuk hidup seperti mereka mereka yang lain. Kerjaya Liya membuahkan hasil yang tinggi. Oleh kerana usaha, kerjasama, idea. Butik flowersha kian mendadak menjadi butik paling terkenal. Keuntungan nya sangat berbaloi. Liya cukup merasa senang dengan usaha nya yang tidak sia sia. Tiga bulan lepas Liya mendapat sebuah berita yang baik, akhirnya sahabat yang selalu ada bersama dia sudah pun menjadi tunang kepada orang. Ya! Qila telah pun bertunang, mungkin beberapa minggu lagi dia akan bergelar sebagai seorang isteri, insyaAllah.
Hubungan Liya dan Arisha juga semakin rapat, begitu juga dengan family Datin Aminah. Liya masih melalui harinya seperti biasa, sibuk? memang itulah ayat akan keluar dari mulutnya. Semenjak butik tersebut semakin meningkat, semakin itulah dia hanya sibuk tanpa henti.
Terkadang Liya memikirkan keluarganya yang jauh di Malaysia. Apa khabar mereka? Liya sendiri tidak dapat satu pun berita tentang keluarganya. Risau, itulah perasaan yang kian dirasa. Hati belum terbuka lagi untuk pergi. Tapi jika diberikan peluang untuk menjenguk mereka, Liya mungkin akan datang. Bagi hal keluarganya, Liya hanya menyerahkan kepada Allah SWT. Kerana dia yakin Allah boleh menjaga mereka.
----
Hari ini adalah hari cuti untuk Liya. Dia inginkan masa untuk rehat tanpa keluar dari rumah. Liya duduk di sofa, TV dibuka. Mata tertumpu ke arah handphone yang berbunyi daripada tadi.Aplikasi WhatsApp menjadi pilihan untuk dibuka.
Liya kemudian menyentuh salah satu group iaitu Group Bestinya. Sangat bising dengan bualan mereka, padahal hanya ada tiga orang sahaja ahli dalam tu. Tapi dia punya sembang bukan main.
Liya membaca satu persatu sembang tersebut..
Group bestie
Qila potpet
Hello semua, apa khabar.. I ada berita gembira guys!! Tapi tak tahulah itu berita gembira or sedih :)Zara potpet
Yow!, I baik baik je. You pulak apa khabar? apa berita nya? wuu you have a surprise news eh?!Qila potpet
Alhamdulillah, aku pun sihat je, baik je. Berita nya.... Hurmm aku ni dah nak jadi milik orang taw. So faham faham lah apa news tu.Zara potpet
Uhu!! Seriuslah kau nak kata pasal nikah ke? kahwin? Can't wait !! Bila bila?Liya tersenyum. Dah agak dah, yang Qila dah nak ke jinjang pelamin. Mulut kembali mambaca.
Qila potpet
So, yeah! Aku akan kahwin minggu hadapan bukan kahwin tapi nikah. Erhh sama ke? whateverlah. Puas lah korang nak sakat aku en😌.Zara potpet
Oh My!! Hahaha tak lah. Aku turut bahagia kalau kau dah nak kahwin. Kan Liya kan.Liya menaikkan kening. Ceh, "sebut nama aku pulak diaa. Heih"
Liya kemudian membalas mesej mereka.
Liya
Heyoo!!Salam mana salam. Assalamualaikum. So, aku turut tumpang gembira jugak lah baca news kau @Qila
Tapi....Zara potpet
Wu.. Geng dah meii, tapi apa Liya.. Kau nak datang ke masa tu nanti?Qila potpet
Ha'ah, kau datang ke Liya? uuu, aku harap dapat jumpa kau masa hari nikah aku, tapi kalau tak dapat datang. Ist okey lah, aku faham.Liya sudah buntu. Tak tahu nak balas apa. Dia pun bukannya ada banyak cuti. Tapi mungkin ada pertimbangan untuk dia balik Malaysia nanti. Harap macam tu lah.
Liya
Tengoklah dulu keadaan, ada rezki nak balik jenguk kau.. InsyaAllah. Boleh je. Tapi serious aku tak janji weh. Sowwyyy. :(Qila potpet
Lah, aku faham. Don't worry about that.Liya
Yeah! Thanks. Aku rindu nak jumpa korang. Dah lama kita tak spend time right! Hurm, susah kalau kita berpisah dengan tanah sendiri. Nak tak nak, kena lah fikir positif selalu. Kalau tak, menanggung rindu, dan risau lah jawabnya.Zara potpet
Yup, aku pun fikir macam tu jugak. Rindu weh nak spendtime!! TAPII takpelah belum ada rezki.Qila potpet
Ha'ah. Aku rindu jugak ni. Dah lah drama sedih sedih macam ni. Baik korang buat hal masing masing. Kerja aku berlambak lagi dowh! Naya diri sendiri.Liya
Yaa. Dah lah, aku pun banyak kerja juga. Byee! Take care.Liya mematikan handphone miliknya selepas data sudah di off kan. Mata kemudian melihat semula ke arah TV.
"huh, aku rasa.. Aku patut bincang hal ni dengan abang." kata Liya mengeluh.
Dia baik saja kalau nak pulang Malaysia hanya untuk lihat sahabatnya nikah. Tapi, bila difikirkan balik.. Hatinya mulai merasa resah. Liya tahu kalau dia balik Malaysia, dia akan jumpa salah seorang dari keluarganya. Lagipun hati belum bersedia untuk menunjukkan diri kepada mereka semua. Mereka mungkin masih menganggap Liya yang dulu.
----
"hai, abang! Ermm, Liya nak cakap something ni." tutur Liya kemudian duduk di tepi abangnya."yes, just tell me about that." kata Akil kepada Liya. Kemudian mata menoleh ke arahnya.
"huh. Liya akan balik Malaysia next week. Abang okey je kan?" soal Liya. Wajahnya tampak sayu apabila mengatakan hal itu.
"ouh, nampaknya adik dah ready lah ni. Kalau abang... Abang ikut je apa yang adik buat." balas Akil tenang.
"hm, nampak macam tu lah. Tapi Liya akan balik semula ke sini lepas beberapa hari dekat sana. Yelah, kerja adik tu mana boleh tinggal. Karang kena marah pulak sebab ambil cuti banyak." kata Liya lagi.
"hah, tahu pun. Dah lah, pergi je balik Malaysia tu. Tak payah risau sangat. InsyaAllah ada peluang nanti baru abang balik. Maybe masa raya or bila ada masa lah." Akil sudah faham akan adiknya yang banyak alasan itu. Dah ada peluang depan mata balik Malaysia tu, balik je. Jangan ikut sangat perasaan tu, nanti menyesal tak berguna dah.
" ish, abang tu lagi teruk kalau nak tahu. Dah lah berapa tahun tak datang jenguk ibu dengan abah ada hati nak kutuk kita. Padahal peluang abang tu banyak je. Elehhh." kata Liya lalu menjeling abangnya. Tak puas hati.
"eish, pergi tidur lah sana.. Kacau je. Sana sana." Akil mengendahkan saja bebelan dari Liya. Malas nak layan.
Sebelum kaki melangkah ke bilik. Liya mengambil bantal yang elok terletak di sofa kemudian di lemparkan ke arah abangnya.
"hah, ambik ni!" bantal dibaling. Liya laju berlari ke arah anak tangga. Takut kena balas lah tu.
"haih, sabar je lah." omel Akil.
Liya kemudian naik ke biliknya.
handphone menjadi pilihan untuk di main sebelum tidur. Liya membuka online di telefonnya, kemudian mencari tiket balik ke Malaysia. Scroll punya scroll, Liya menekan bermacam macam tiket. Liya ingin mencari yang harga berbaloi saja. Cukuplah untuk seorang.
----
Usai mencari tiket. Liya menempah awal penerbangan untuk minggu hadapan.Settle bahagian tiket. Now fikirkan untuk cuti. Liya berharap agar dia diberi tempoh beberapa hari untuk cuti. Jika harapannya di luluskan, maka Liya akan balik ke Malaysia.
"harap ni adalah keputusan yang betul untuk aku." tutur Liya di dalam hati.
Liya mencapai selimutnya, lalu menarik sehingga ke paras bahu. Lampu dituttuup agar malamnya tidak terganggu. Tidak lupa juga dengan doa. Kemudian barulah ia menutup mata.
----
Done cp 31!
Thanks baca,
Sorry if ada typo
Enjoy !
-sedikit hambar :)
YOU ARE READING
Hati Yang Ikhlas ✓
Romansaبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (complete) Gadis yang menginginkan sebuah kehidupan bahagia. Namun nasib tidak menyebelahi hidunya. Jauh dari keluarga tercinta. 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉?" -Liya Azzara 𝒌𝒂𝒖 𝒋𝒂...