Usai sahaja makan malam bersama keluarga, mereka semua kembali menunaikan solat Isyak berjemaah.
Beberapa minit selepas solat, mereka berkumpul di ruang tamu.
Liya dengan telekung nya yang masih tersarung, melabuhkan punggung ditepi ibunya.
"baik, malam ini abah akan bincang sesuatu dengan kamu semua. Abah tak nak panjang lebar, abah akan buat majlis nikah pada bulan hadapan. Majlis nikah untuk Liya." tegas sahaja suara Tuan Jamil.
Semua hanya diam. Tidak ingin mengeluarkan suara.
"tak terlalu awal sangat ke abah. Liya tu kan masih muda lagi." soal Aqil. Selagi dia boleh mempertahankan adiknya, selagi tu dia akan soal.
"terlalu lambat Aqil. Abah ada sebab kenapa nak kahwinkan Liya secepat nya. Liya, kamu setuju ke? kamu dah buat pilihan kan?" soal Tuan Jamil. Semua melihat ke arah Liya,menginginkan jawapan darinya.
Keluhan berat dilepaskan.
'kau kuat Liya'
"ya abah. Liya setuju. Liya memilih untuk abah saja yang pilih calon untuk Liya." jawap Liya yakin. Sudah beberapa kali dia memikirkan masalah ini. Dan hari ini ! Pada hari ni, dia akan buat keputusan yang akan menjamin masa depannya. Padahal dia masih punya impian dan cita cita. Tapi semua tu bagai mimpi saja untuk dicapai.
"alhamdulillah. Baik, abah akan pilihkan kamu calon. InsyaAllah dia boleh bimbing kamu Liya." Tuan Jamil tersenyum. Dia sudah mengagak bahawa anaknya pasti tidak ingin mencari calon sendiri melainkan anak teruna nya itu.
"akak...." meleret suara Lara. Dia tidak percaya bahawa kakak nya akan berpisah lagi. Harap harap suaminya itu orang sini. Dapatlah jenguk Liya kan.
"yes Lara. Itu keputusan akak. Sorry." air mata sudah terkumpul ditubir Liya. Pejam sahaja mata pasti akan mengalir turun.
"ibu. Maafkan Liya ibu."
"tak pa sayang. Sudah masanya kamu merasai alam perkahwinan." balas Puan Yati sambil menyapu kepala Liya.
"Liya." panggil Tuan Jamil.
Liya kemudian menoleh ke arah abahnya.
"abah minta maaf. Tapi kalau Liya tak kahwin, kamu akan berada dalam satu masalah besar. Kamu ingin dibeli oleh kawan abah. Maaf sayang, kalau bukan sebab abah yang berkawan dengan dia semua ni takkan terjadi. Dia nak beli kamu dari abah! Abah tak bodoh. Dan abah akan tinggalkan kerja tersebut. Abah harap lepas sahaja kamu berkahwin, dia tak ganggu kamu. Maaf Liya. Abah kecewa dengan apa yang abah buat. Abah dah rosakkan impian kamu, abah rosakkan masa muda kamu. Abah doakan kamu bahagia bersama suami kamu nanti. Abah yakin dia seorang yang baik. "jelas Tuan Jamil. Sayu dirinya melihat Liya menangis.
"T-tapii, kenapa Liya abah, kenapa?" soal Liya tidak faham. Suaranya makin lirih.
"sebab kamu sahaja satu satunya anak yang kuat untu tanggung semua ni. Kamu boleh Liya. Abah tahu itu." balas Tuan Jamil.
"tak pa lah abah. Liya faham. Terima kasih pilih Liya, mungkin kalau abah pilih adik adik Liya. Itu lagi menjadi masalah pada diri Liya. Liya minta maaf ibu, abah. Liya minta diri dulu." Liya membawa telekung nya naik ke atas. Air mata di kesat.
'Ya Allah jagalah aku.'
Bilik dikunci tidak ingin mereka mengganggu. Liya penat. Penat sangat. Banyak betul masalah dia hadapi.
Selimut ditarik hingga paras dada. Handphone dicapai. Pantas saja jari telunjuk Liya menyentuh group bestinya.
Group bestie
Assalamualaikum, hai korang. Jumpa esok jom. - Liya
YOU ARE READING
Hati Yang Ikhlas ✓
Romansaبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (complete) Gadis yang menginginkan sebuah kehidupan bahagia. Namun nasib tidak menyebelahi hidunya. Jauh dari keluarga tercinta. 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉?" -Liya Azzara 𝒌𝒂𝒖 𝒋𝒂...