(flashback Hafiz pov)Huh~keluhku yang baru sahaja selesai mengurus beberapa perkara.
Jam sudah menunjukkan waktu tengah hari, aku turun menggunakan lif lalu menuju ke arah kereta.
Aku memutuskan balik ke rumah umi, sebenarnya ingin sahaja aku pergi ke tempat lain.. Tapi ntah kenapa hatiku mendesak kuat untuk pulang ke rumah.
----
Tiba sahaja di depan pintu rumah, Noah menjerit namu ku dengan nafas yang laju.
"abang! Kak Liya!! Cepattt." Noah menarik tangan ku pergi ke arah kolam renang.
"kenapa ni Noah?" soal ku hairan.
"cepat abang!"
Sampai sahaja di kolam, aku panik! Liya sudah terkapai kapai di dalam air. Tanpa membuang masa, aku terjun.
𝒅𝒃𝒖𝒔𝒉𝒉𝒉..
Aku memegang bahu Liya dan membawanya naik. Setelah itu, aku membaringkan dia di tepi kolam. Aku bertambah risau apabila Liya tidak sedar! Sudah berkali kali aku menepuk pipinya,namun tiada sebarang tanda bahawa dia masih hidup. Aku bertambah panik dan juga buntu.Aku ingin menolong nya menggunakan cara CPR tapi aku sendiri tidak yakin aku boleh buat kepadanya. Aku terpaksa membuka niqab yang dia gunakan, walaupun aku terpaksa melihat wajahnya... Tapi jika tidak dibuka pasti dia akan sesak nafas oleh kerana tiada nya udara.
Sudah beberapa minit aku menunggu Liya sedar. Tiba tiba! Liya pun terbatuk sambil terduduk. Aku merasa lebih tenang bila melihat Liya yang sudah menyedarkan diri.
Liya melihat ke arah ku dengan muka yang kesal.
"kenapa! Mana niqab saya? Hafiz kenapa awak buka!" soal Liya dengan nada yang agak sayu.
"sorry, aku bukan sengaja nak buka sesuka hati, tapi tadi tu betul betul emergency! Kau boleh sesak nafas taw." terangku dengan riak biasa.
Huh~ keluh nya.
Liya cuba ingin bangun, namun tiba tiba dia rebah. Aku mengangkat dia untuk masuk ke dalam kereta. Tiada masa lagi, kerana dia perlu dibawa ke Hospital.
Aku memanggil Noah.
" Noah jom, kita pergi Hospital cepat."
Kami pun pergi ke Hospital berdekatan. Perasaan risau kembali hadir dalam lubuk hatiku. Kalau jadi apa apa dengan Liya, macam mana? Hah it's okey Hafiz calm down she's fine no worries ok! Kata ku dengan diri sendiri untuk kembali tenang.
----
Setibanya di Hospital, Liya pun dibawa masuk ke dalam bilik untuk diperiksa. Aku dan Noah hanya duduk di luar.Sambil menunggu, aku mengeluarkan telefon lalu menekan butang call pada nombor milik umiku.
𝒕𝒖𝒕 𝒕𝒖𝒕..𝒕𝒖𝒕 𝒕𝒖𝒕..
Hello?" panggil ku.
Assalamualaikum umi."
Waalaikumussalam, ye kenapa along? " soal umi semula.
Umi.. Kalau umi free sekarang boleh tak datang kat Hospital, Liya umi, Liya pengsan tak sedarkan diri." terangku dengan gugup.
Allahuakbar! Ada apa dengan Liya? Kenapa boleh jadi macam tu?"
(sudah aku agak yang umi akan soal siasat dengan soalannya yang banyak, aku dah lah cepat stress bila soalan banyak masuk dalam kepala.)
umi kalau free datang eh, nanti along cerita." jawab ku tanpa membalas soalan umi tadi.
ya, ya... Kejab lagi umi sampai dengan Arisha sekali.
YOU ARE READING
Hati Yang Ikhlas ✓
عاطفيةبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (complete) Gadis yang menginginkan sebuah kehidupan bahagia. Namun nasib tidak menyebelahi hidunya. Jauh dari keluarga tercinta. 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉?" -Liya Azzara 𝒌𝒂𝒖 𝒋𝒂...