Chapter 39 ♡'・ᴗ・'♡

7 1 0
                                    

Liya sibuk memasukkan bermacam macam pakaian ke dalam bagasi miliknya. Esok mereka akan bertolak ke lapangan terbang. Yeah, mereka aka balik ke 'Malaysia' tercinta tanpa pengetahuan sesiapa. Termasuklah sahabat Liya iaitu Qila dan Zara. Huh, ini pun sebab nak buat Surprise kononnya. Last Last tak jadi.

----
Hampir setengah jam perjalanan ke Airport, Liya keluar daripada perut kereta. Kaki melangkah keluar,begitu juga Aqil. But kereta dibuka. Dua bagasi ditarik keluar.

Bagasi ditarik dengan lembut. Beberapa minit sahaja pesawat yang akan mereka naiki ingin berlepas. Liya masuk ke dalam pesawat tersebut. Punggung di labuhkan disalah satu kerusi. Aqil elok sahaja duduk di belakang.

Dengan bismillah, pesawat itu mula meluncur.

Setelah beberapa jam lamanya perjalanan..

Kedua dua mereka akhirnya selamat sampai ke Malaysia. Tak sangka yang dorang dapat balik ke sini semula, lagi lagi Aqil.

Mereka balik ke rumah keluarga. Ianya mengambil masa dalam setengah jam perjalanan.

Kini, Liya dan abangnya tiba di sebuah rumah banglo yang agak mewah. Rumah in! Ya rumah inilah yang Liya rindukan. Dia tidak menyangka dapat menjejaki kaki ke sini lagi. Kisah dia dihalau tempoh hari terngiang ngiang di kepala.

'dah, itu hanya masa lalu Liya. Focus masa depan kau.' bisik Liya terhadap dirinya sendiri.

"dah jom." ajak Aqil. Malas berdiri seperti patung di depan rumah ini. Heih.

"hah? Liya takut lahh." balas Liya. Tangannya sudah semakin sejuk dek kerana nervous.

"tak payah takut sangat. Jom, jom!" Aqil kemudian melangkah masuk ke dalam rumah sambil bagasi nya ditarik perlahan.

Liya hanya membuntuti abangnya.

loceng yang elok berada di dinding sebelah pintu, ditekan berkali kali.

Ding dong.. Ding dong..

Seseorang membuka pintu.

"hai adik tercinta assalamualaikum." sapa Aqil lalu tersenyum lebar. Sah sah di hadapannya adalah Lara.

"whattt!!!abang!!!" Jerit Lara. Wajahnya bertukar gembira.

"hah apa teriak teriak ni Raa!"balas Puan Lina sambil berjalan ke arah anaknya yang tetiba menjerit.

" ibu.. Ibu!! Abang bu! Abang balik ni ha." balas Lara. Tangan puan Lina ditarik lembut.

Liya masih terkaku. Sungguh dia rindukan ibunya, keluarga yang satu satunya dia ada. Sudah bertahun tidak dapat berjumpa mereka. Liya ingin saja memeluk tubuh ibunya. Tapi dia ngin dirinya dikenal dahulu. Namun... Kenal kah mereka?

"Aqill! Hah, kenapa tiba tiba je ni. Kenapa tak bagi tahu nak balik sini. Apa ni hah?" kata Puan Lina. Wajahnya juga turut terkejut. Dia ingatkan ini hanya mimpi. Tapi rupanya tidak. Ini adalah reality!

"hehe, assalamualaikum ibu."jelas Aqil dengan riak biasanya. Tangan Puan Lina dikucup lembut.

" waalaikumussalam, hah. Duk tersengih sengih pulak dia ni. Ni hah, sebelah ni siapa? calon menantu ibu ke?" soal Puan Lina. Bibirnya tidak lepas dari senyuman.

Liya masih diam tidak ingin berganjak. Seriously ibunya kata dia ni 'calon menantu' SAMPAI HATII!.

"heisy ibu ni merepek lah. Bila masa pulak ni calon menantu Aqil."balas Aqil. Punggung mula di labuhkan di atas sofa yang empuk itu. Liya juga turut melakukan perkara yang sama.

"habis tu siapa?" celah Lara.

"Liya. Liya Azzara. You know her?" jawab Aqil. Seronok bila dapat tengok wajah dua beranak ni. Hahaha, mesti tak percaya kan.

Hati Yang Ikhlas ✓Where stories live. Discover now