Chapter 48 ♡'・ᴗ・'♡

24 1 0
                                    

Kelihatan sosok tubuh seseorang yang sedang pergi ke alam mimpi.

Hafiz membuka pintu bilik milik isterinya. Tombol pintu dipulas sebelum dirinya masuk ke dalam.

Hafiz hanya tersenyum melihat Liya yang tidur. Tahulah letih.

Keluhan berat dilepaskan.

Hafiz kemudian melabuhkan punggung ke arah Liya. Tudung yang masih berbalut diatas kepalanya di usap lembut.

"maafkan aku Liya. Aku sendiri tak boleh nak tipu perasaan yang hadir tanpa aku sendiri pinta. Maaf sebab kau terpaksa lalui kehidupan seterusnya bersama aku. Aku tak sempurna. Melainkan kau sendiri yang mampu menyempurnakan aku." bisik Hafiz.

Liya menggeliat sedikit. Mata terbuntang luas saat seorang lelaki dekat dengan dirinya.

"hah! A-awak kenapa masuk bilik saya!!" Jerit Liya. Terkejut.

"hey, look at yourself first." balas Hafiz.

Liya melihat dirinya.

Kelihatan baju nikah tadi masih tersarung, tudung belum dibuka..

Hm, ingatkan semua ni mimpi..tapi ini memang reality Liya. Wake up !

Liya hanya tunduk. Malu.

"dah, pergi mandi dulu." kata Hafiz mendatar sebelum kaki melangkah ke katil. Badan dihempaskan ingin berehat.

Liya tanpa menunggu lama, terus sahaja barangnya dicapai sebelum melangkah masuk ke dalam tandas.

Pintu tandas ditutup.

sesuka hati dia je nak baring  dekat katil kesayangan aku hmmm.

Beberapa minit kemudian..

Argh!!apasal kau jadi cuai ni Liya!! Mana pula dah tuala aku... Halah, tolonglah jangan buat aku takut! Dah lah dalam ni sejuk nak mati. Kenapalah aku kena tanggung semua ni. Hmmmm.

Itsokey Liya. Kau nak mati ke dalam ni? atau kau nak hidup lagi? Hah, pergi minta tolong dekat dia jelah!! Sejuk !!

Liya membuka sedikit pintu tandas, lalu menjerit sedikit kuat.

"pst, A-awak!! Tolong saya boleh? awak?!" panggil Liya. Kedengaran suaranya menggigil.

"hah?" Hafiz mendekati.

"awak, tolong ambilkan tuala dalam almari saya tu.. Cepatlah wak sejuk ni !" pinta Liya. Tak tahan lah lama lama macam ni. Malu ngeh.

Hafiz tersenyum nakal.

Tuala di capai. Sebelum dia memberikan kepada Liya.

Liya menghulurkan separuh tangannya.

"awak! Bagi lah cepat!!" pinta Liya. Suaranya semakin tak terkawal.

Hafiz menghulurkan tuala tersebut kepada Liya. Tapi sebelum tuala disambut, Hafz terlebih dahulu menyentuh tangan Liya.

Wo, wo.. Sejuk nya tangan dia! Mandi ais ke apa ni?

"awak!! Jangan main mainlah!" suara naik satu oktaf! Hah tulah, kan dah tertinggi suara! Main main lagi! Dah lah orang tengah sejuk ni.

Hafiz kemudian meletakkan tuala tersebut ke tangan Liya. Pasrah! Bukan masanya Hafiz. Sabar.

dengan pantas Liya menutup semula pintu.

Arghhhh malu!

----
Liya keluar daripada tandas. Tuala dililit kan di atas kepala. Tangan memegang bahu dek kerana sejuk.

Hati Yang Ikhlas ✓Where stories live. Discover now