chapter 24 ♡'・ᴗ・'♡

12 4 0
                                    

(flashback Hafiz pov)

Hari semakin berlalu,sudah seminggu aku buzy menyiapkan kerja kerja kursus ni dan insyaAllah beberapa hari lagi aku akan kembali ke Malaysia. Seperti biasa,tiada yang berubah sepanjang seminggu ni..hari hari ku juga dipenuhi dengan perasaan stres, apa tidak..usai sahaja kerja selesai, aku akan balik untuk menjaga Noah,jika cuti pula dah confirm aku akan jaga Noah..kalau nak diharapkan orang lain,dah banyak alasan mereka bagi..tak tahulah apa akan jadi kalau aku balik ke Malaysia nanti. Liya? Yes aku memang perlukan dia untuk jaga Noah,biar kurang sikit kerja aku. Tapi mungkin esok baru dia akan dapat bekerja, kerana dia baru sahaja sihat daripada sakit.

Aku sibuk di dalam ruangan kerja ku sambil menjaga Noah yang daripada tadi hanya focus dalam video game nya.

Aku sebenarnya tidak mempunyai masa yang banyak, kerana di negara Malaysia juga aku punya kerja. Aku mencuba sedaya upaya untuk menyiapkan kerja yang ada di sini,dan kalau aku dah siap awal,mungkin aku akan ambil masa dalam dua hari untuk cuti sebelum aku balik semuka ke Malaysia.

-----
Keesokan harinya,aku cukup merasa lega disebabkan Liya yang sudah hadir untuk menjaga Noah.

Aku kemudian balik awal daripada kerja. Aku pulang ke rumah kira kira pukul [1.23p.m.]

setibanya dirumah,aku membuka pintu.

"abang Hafiz dah balikk!" Jerit Noah dengan gembira.

Aku hanya senyum melihat Noah yang berlari menuju ke arah ku.

"baik.. Baik lari tu, jatuh nanti." pesanku.

"abang.. Noah nak jalan jalan beli mainan boleh lahh." pujuk Noah dengan mukanya yang berubah comel. Ceh minta simpati lah tu.

"bukan ka main Noah dah banyak...takkan nak beli baru lagi?" balas ku.

"alah, mainan Noah tu dah bosan lah ! Boleh lah abang.. Hurm."

"haih,yelah yelah.. Pergi bersiap sana." aku menyuruh nya bersiap dengan segera.

----
Aku turun semula ke arah tempat parking kereta ku lalu memanaskan enjin.

"abang..Noah ajak akak Liya ikut ni." kata Noah tersengih.

"hurm." aku mengiyakan sahaja.

"cepatlah." aku menunggu Liya, ntah dari tadi batang hidung pun tak muncul.

"ya, kejab.." balasnya kemudian datang, tepat pada masanya.

"masuk cepat." arah ku.

Aku kemudian masuk ke dalam kereta. Tanpa ku sedari tiada seorang pun yang duduk di sebelah kiri ku. Aku melihat ke sisi cermin. Huh~

"duduk depan boleh tak?" soal ku kepada Liya.

"tak pe saya okey duduk belakang." balasnya.

Haih dia ni kan degil lah."monolog ku dalam hati. Macam aku pulak tukang driver dorang berdua.. Mengada betul.

" jangan degil boleh tak. Duduk sini. "arah ku agak kasar.

" ish yelah. " aku tersenyum suka melihat dia yang tak puas hati. Comel.

Dia kemudian duduk di sebelah ku sambil melihat ke arah tingkap.

Aku pun memulakan perjalanan dengan bacaan doa.

----
Setibanya di sebuah kedai. Aku mengikuti Noah ke mana sahaja dia hendak pergi. Begitu juga dengan Liya.

"abang! Noah nak tuu." tunjuk Noah ke salah satu mainan yang agak tinggi kedudukan nya.

"yag mana? Ni ke?" soal ku sambil menunjukkan beberapa jenis mainan.

"hah yang tu abang." jerit Noah. Terlalu excited nampaknya.

Hati Yang Ikhlas ✓Where stories live. Discover now