"kau kenapa ni Liya. Asyik senyap je daripada tadi. Ada masalah ke?" soal Arisha risau. Daripada tadi dia sibuk membebel, tapi Liya tak bagi sebarang respon pun. Malah tangan nya sahaja bergerak melakukan tugas.
"hm? tak, tak. Aku okey je." jawab Liya sedikit gugup. Dia belum bersedia ingin kongsi kan masalahnya kepada sesiapa.
"huh. Yalah.. Nanti apa apa panggil aku. Dah, buat penat je aku membebel dengan kau heih. Buat kerja elok elok." kata Arisha kemudian melangkah pergi.
"huhhh." Liya menarik nafas lega.
Kepala dipegang lalu mengurut nya perlahan. Memang kepala nya selalu sahaja berdenyut pening. Liya membuka botal air miliknya lalu dengan 'bismillah' air di teguk.
Kepala disandarkan di kerusi. Mata dipejam rapat. Nafas ditarik berkali kali.
"kau kuat Liya. Jangan fikir benda ni lagi!!" terngiang ngian kata kata ini di kepalanya. Liya penat. Penat memikirkan perkara ini. Ya Allah, tolonglah beri dia kekuatan.
"Cik Liya. Ada orang nak jumpa Cik. Dan...Cik akan ada meeting hari ni lepas lunch." pesan Miya. Dia kemudian berlalu pergi.
"baik."
----
"hye." seorang perempuan yang amat merunsingkan otak, duduk di sebuah sofa.Liya tidak membalas malah nafas berat dihela.
'apa lagi minah gedik ni nak kacau aku. Memang takda life ke apa!'
"yes, miss tasha. Awak nak apa?" soal Liya. Malas. Kalau bukan sebab dia anak yang mempunyai keluarga pangkat tinggi. Memang taklah Liya nak layan. Walau sampai kiamat pun tidak akan!
"you tak boleh ke nak cakap bagus bagus dekat I." Jerit nya dengan gedik. Er menyampah! Tanya je. pun nak timbulkan masalah besar ke? dah lah aku tengah sakit kepala ni boleh pula dia tambahkan lagi!.heih sabar Liya.
"sorry miss tasha."
"aku datang cuma nak bagi tahu something. You know? Milik butik ni adalah milik keluarga aku. Datin tu cuma jagakan je, huh orang tua senget tu dah lah takda suami, pandai pula dia nak pujuk hati mummy aku supaya ada kerja. Nasib baik mummy aku tolong, kalau tak makan nasi dengan kicap ajelah jawabnya. Haha, kesian eh." dengan sinis dia berkata.
"so,kenapa nak bagi tahu aku." soal Liya pening. Apahal lagilah dia cuba sampaikan ni. Oh please !! Kepala aku tengah sakit. Datin? betulkah apa yang dia cuba cakapkan.
"saja,nak bagi tahu kau. So, kau jangan nak berlagak hebatlah!!sebab one day aku yang akan ambil alih dekat butik ni. Lebih baik kau berambus dari Butik ni. Supaya kau tak dihalau dengan cara paksaan." tasha tersenyum sinis. Kau tunggu Liya !
"whatever lah Tasha."balas Liya yang masih tidak faham satu pun apa yang dikatakan oleh Tasha. Kepalanya makin sakit. Liya memegang kepalanya.
Matanya berpinar ingin tertutup. Dan....
Liya terbaring pengsan di tempat dia duduk. Tasha terkejut. Eip bukan salah aku eh!!dia keluar daripada butik tersebut. Laju sahaja. Takut dipersalahkan.
Arisha berlari laju ke arah Liya setelah seorang dari pekerja disitu memberitahu nya.
"Liyaa!!Liya weh tolonglah sedar." tanpa berlengah Arisha membawa Liya naik ke kereta miliknya.
---
Hospital tempat dituju. Liya dibawa masuk ke dalam bilik pemeriksaan.Arisha duduk berhempiran dengan bilik yang ditempatkan oleh Liya. Dia harap semuanya baik sahaja.
Setengah minit berlalu...
Doktor perempuan keluar daripada bilik tersebut.
"doktor..macam mana keadaan Liya?" soal Arisha risau.
YOU ARE READING
Hati Yang Ikhlas ✓
Romantikبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (complete) Gadis yang menginginkan sebuah kehidupan bahagia. Namun nasib tidak menyebelahi hidunya. Jauh dari keluarga tercinta. 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉?" -Liya Azzara 𝒌𝒂𝒖 𝒋𝒂...