(Qila&Zara pov)
Usai sahaja menunaikan solat subuh, Zara dan Qila bersiap siap untuk keluar.
Sebelum keluar, Zara memanggil Qila.
"Qila. Kau rasa dah ramai ke keluarga kau datang. Tadi subuh macam ada yang datang lah." jelas Zara lalu menyarungkan tudung.
"ha'ah kot, mungkin family belah mama aku yag datang." kata Qila.
Mereka kemudian keluar daripada bilik. Kaki melangkah terus ke ruangan dapur.
"hai, ma." sapa Qila sambil tersenyum. Begitu juga Zara. Dia juga turut tersenyum.
Zara dan Qila duduk di kerusi sambil memerhati Puan Qisha yang daripada tadi sibuk melakukan tugasnya.
"Kamu berdua sarapan lah dulu." sapa Puan Qisha.
"ma. Siapa yang datang semalam?ada orang datang eh?" soal Qila sambil tangan menuangkan air panas ke gelas nya dan juga Zara.
"oh. Iya..semalam Along dengan Angah ada datang,sekali dengan kakak ipar kamu." balas Puan Qisha.
"hah! Along ngan Angah dah datang? mengada erk dorang tak pe..masa call banyak pulak alasan dorang. Tak nak datanglah.. apalah.. Alasan betul!" balas Qila. Terkejut lah juga.
Zara hanya senyap melayan sarapan.
"family mama yang sana tu belum datang ke ma?" soal Qila lagi.
"taktahu lah. Hari ni mungkin." jawab Puan Qisha.
"hai..bakal isteri orang!" celah seorang perempuan yang baru muncul.
"panjang umur kau Angah. Sini tolong mama kejab." panggil Puan Qisha.
Qila hanya menjeling ke arah kakak perempuannya. Dah agak dah yang dia datang cuma nak menyakat orang je. Huh.
"apa mama ni. Kita baru je bangun terus main suruh suruh erk." balas Angah. Wajahnya sudah memudar.
"hahahaha sapa suruh turun. Kan dah kena suruh tuu." sindir Qila.
"erh, nasib baik kau ni dah nak jad milik orang. Kalau tak."
"Angahh! Meh sini." sampuk Puan Qisha. Pagi buta macam ni pun nak bertekak ke.
"werkk." Qila tersenyum suka.
"dah lah tu Qila. Kau ni macam budak budak jugak en. Hehe" celah Zara yang dari tadi hanya berdiam diri.
"haha, aku saja lah nak main main ngan dia. Lepas ni apa kau ingat aku akan macam ni jugak ke? mana tahu aku berubah hah!" kata Qila kemudian menyirup air panas tadi yang kian menyejuk.
"yelahhh, aku faham." balas Zara.
----
Hari sudah semakin cerah. Qila dan Zara daripada tadi masih bekerja. Mereka meminta cuti beberapa hari disebabkan hari yang penting ini.Angah Qila hanya duduk di sofa sambil mata tidak henti menonton cerita movie. Along nya juga turut sama menonton.
"amboi. Bini mana bini?" soal Qila kemudian duduk di sebelah angahnya.
"sibuk lah kau ni. Bini ada je tolong mama dekat dapur. Heih." balas Along.
Zara di dalam bilik Qila. Ada kerja katanya.
"kenapa isteri orang ni? ada apa apa ke?" soal Angah dengan sindirannya. Tahulah belum ada jodoh lagi. Hshshshs.
"hehe.takdelah bosan je. Mama tu tak penat ke ngah? dari tadi sibuk je. Cubalah rest kejab." balas Qila. Kesian dia melihat mamanya yang sibuk tak henti.

YOU ARE READING
Hati Yang Ikhlas ✓
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (complete) Gadis yang menginginkan sebuah kehidupan bahagia. Namun nasib tidak menyebelahi hidunya. Jauh dari keluarga tercinta. 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉?" -Liya Azzara 𝒌𝒂𝒖 𝒋𝒂...