2 hari selepas ditahan di hospital, kini Liya kembali ke rumah abangnya semula.
Liya merasa bosan, tiada apa yang perlu dia lakukan di dalam rumah abangnya ini. Ingin mengemas rumah? sudah semestinya Ika yang akan buat. Dia hanya duduk bersandar di sofa. TV dibuka.
Liya memandang ke arah Ika yang sedang membersihkan meja di tepi TV.
"Emm, akak Ika. Kalau Liya nak tanya something boleh? Liya cuma nak tahu pendapat akak." soal Liya. Dia tidak ingin menyimpan rasa kecewa ini terhadap dirinya. Mungkin jika dia luahkan, akan bertambah kurang rasa stres nya.
"hm? tanya je." balas Ika kemudian tersenyum kecil.
"erh, akak.. Kalau orang tua kita ni nak sangat tengok kita kahwin, perlu ke kita tunaikan permintaan dorang? Tapi sebenarnya hati kita tak bersedia lagi." jelas Liya. Wajahnya kelihatan sayu.
"Liya... Akak faham. Akak tahu sekarang ni kamu berada pada dua sisi. Sisi pertama adalah masa depan yang kamu inginkan. Dan sisi kedua pula adalah sisi keluarga kamu punya harapan. Akak faham Liya buntu untuk memilih mana jalan yang benar. Sebab ini semua untuk masa depan kamu. Tapi, bagi akak..jika orang tua kita inginkan permintaan macam tu, lebih baik kita ikut sahaja. InsyaAllah pilihan itu adalah pilihan baik. Jangan risau masa depan kamu. Yakinlah, sesuatu yang kamu tak suka boleh jadi ia baik untuk kamu." nasihat Ika, tangannya elok menyapu bahu Liya. Dia inginkan Liya kuat. Dia tahu Liya lemah saat ini. Memang seperti itulah wanita yang masih muda. Mereka lebih menyukai hidup sendiri. Tidak ingin memikirkan hal yang belum pasti. Jodoh itu rahsia Allah. Walau macam mana pun cara, Allah pasti akan pertemukannya.
"terima kasih akak. Liya tak mampu nak beritahu dekat abang. Liya sendiri tak tahu nak buat apa. Liya akan cuba. Cuba untuk berdoa. Liya harap keputusan yang Liya fikirkan adalah tepat." air mata menitis sekali lagi. Ika turut menyapu belakang Liya.
"sama sama sayang.. Akak yakin Liya pilih jalan yang betul. Dah dah, jangan nak sedih sedih. Jangan fikirkan sangat hal ni. Kamu tu dah lah baru je keluar dari hospital. Nak masuk lagi ke?" soal Ika lalu tersenyum lebar.
"hehe tak nak tak nak!!" balas Liya lalu tersenyum kecil.
----
"abang!!" panggil Liya."hm? nak apa?" soal Aqil. Tangannya sibuk mengetik keybord.
"Liya nak bincang something ni... Pandanglah sini dulu, abang!" Liya duduk di katil abangnya. Tangan menepuk berkali kali di atas tilam yang empuk tersebut. Geram dengan abangnya yang seorang ni. Sibuk memanjang.
"hish, yaaa apaa?" soal Aqil. Wajahnya menoleh ke arah Liya yang tersengih macam kerang busuk.
"jom kita balik."ajak Liya.
"heih, nak balik ke mana? "soal Aqil lagi. Pelik dengan adiknya yang sorang ni. Tiba tiba saja nak bincang bagai.
" balik Malaysia lah abanggg!"meleret suara Liya.
"hah?buat apaa?" soal Aqil. Merepek lah, kerja aku masih berlambak dekat sini.
"abang please.. Liya akan kahwin." nada Liya bertukar perlahan. Dia sudah bersedia ingin memberitahu hal ini dekat Aqil.
"jangan nak buat lawak lah Liya." balas Aqiil tak percaya.
"abang, Liya tengah serious ni. kita akan balik Malaysia. Kerja abang tu tak payah nak mengada. Macam lah tak boleh buat dalam keadaan berjauhan. Online sekarang kan dah upgrade !tak macam dulu lagi." balas Liya. Abangnya memang degil nak mati.
"nanti lah abang fikirkan. Esok kita bincang semula. Tapi abah bukankah... -"
"yes, abah dah maafkan Liya. Dan kalau abang nak tahu, abah dan ibu Yang minta sangat Liya kahwin tak tahulah kenapa. Liya diberi dua pilihan.. Sama ada nak pilih calon sendiri atau abah yang akan pilihkan. Abang, Liya dah fikir masak masak. Liya akan terima keputusan tu, dan Liya akan bincang di rumah nanti. "terang Liya panjang lebar. Tenang hatinya bila dapat meluahkan sesuatu yang terpendam sendiri kepada orang lain.
YOU ARE READING
Hati Yang Ikhlas ✓
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ (complete) Gadis yang menginginkan sebuah kehidupan bahagia. Namun nasib tidak menyebelahi hidunya. Jauh dari keluarga tercinta. 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒌𝒂𝒉 𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒉?" -Liya Azzara 𝒌𝒂𝒖 𝒋𝒂...