Chapter 23 ♡'・ᴗ・'♡

8 4 0
                                    


(flashback Haifiz pov)

Bangun sahaja daripada tidur, aku memeriksa hari ku dengan pekerjaan. Yes hari ni adalah cuti, jadi aku bergerak menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum bergerak menuju ke Hospital.

Setelah itu, aku bersiap siap lalu keluar daripada bilik.

"morning umi."sapa ku dengan senyuman di bibir.

"eleh, morning bagai konon." sampuk angah(Afirah) dengan sebuah jelingan.

"heih sudah sudah lah gaduh tu, pagi pagi kita cari rezki bukan cari gaduh.. Meh along duduk sarapan dulu." pintas umi sambil menggelengkan kepala melihat gelagat kami berdua.

"ntah nya, along dah bagi terang kan semalam.. Tu pun tak puas hati ke? yang penting dorang dah selamat sekarang!" kesal ku berkata.

Afirah hanya berdiam diri tanpa membalas apa apa.

Aku duduk lalu memulakan sarapan ku dengan bacaan doa.

Semasa makan, umi memanggil ku.

" along, umi nak minta tolong boleh? hari ni umi ada kerja nak settle kat butik tu.. Along free ke? kalau free tolong hantarkan baju Arisha dengan makanan nie sekali untuk dorang, boleh ya."

Aku hanya mengganguk tanda mengiyakan apa yang umiku suruh.

-----
Aku membawa kereta masuk ke dalam Hospital. Setibanya di bilik Liya, aku mengetuk,kemudian terpapar lah wajah Arisha dengan muka terkejut.. Mungkin sebab aku datang mengejut kot.

"along buat apa datang sini, takde kerja ke?" soalnya sambil menutup semula pintu.

"umi suruh along hntr kan baju engkaulah.. Dengan makanan ni sekali." tunjuk ku.

"ah yelah, ni.. Risha nak pergi keluar kejab, baju ni meh."

Aku menyerahkan beg yang berisikan baju baju Arisha.

"thanks along."

"oh by the way along.. Sekarang ni Liya belum sedar sedar lagi taw..nanti kalau dia sedar bagi tahu Risha." pesan Arisha kemudian berlalu pergi.

What? Liya belum sedar? huh~ ingatkan aku datang dia dah sedar. Omel ku agak risau.

----
Aku membuka pintu dengan perlahan lahan. Aku hanya mengeluh melihat keadaan Liya, kesian juga aku melihatnya begitu lesu dengan wajah yang amat pucat seperti tiada unsur tenaga dalam badannya. Aku berdiri di sebelahnya kemudian berundur balik.

Aku keluar semula dari bilik Liya, untuk mengambil beberapa barang di kereta.

Selesai mengambilnya, aku balik semula ke bilik.

Aku masuk dengan riak yang biasa kerana aku tahu Liya takkan sedar lagi.

Namun ia sebaliknya, Liya melihat ke arah ku, begitu juga diriku.

"awak buat apa dekat sini?" soal nya dengan suara yang perlahan.

"aku datang hantar barang, ni umi suruh kau makan.. Aku tahu kau lapar sekarang ni kan." jawab ku agak kasar lah katakan.

Liya hanya diam.

Aku datang mendekati nya.
"kau okey tak?" tanya ku.

"okey, cuma rasa panas sikit."

"kau demam tu." balas ku lalu mengeluarkan makanan yang umi beri tadi.

"nah makan ni." aku membuka satu persatu penutup untuk memudahkan dia makan.

Liya melihat ke arah ku.

"kau nak apa? makanlah.." aku hairan, takkan makan pun nak aku suapkan.

Hati Yang Ikhlas ✓Where stories live. Discover now