Chapter 29 ♡'・ᴗ・'♡

9 4 0
                                    

(Zara&Qila pov)

"weh, kau tak rasa ke yang Liya sekarang nie dah mula lain?" kata Qila selepas menamatkan panggilan dari Liya sebentar tadi.

"hah? hm. Aku pun rasa macam tu jugak sebenarnya. Dari haritu lagi aku dah pelik dengan Liya, cara Liya bercakap and cara dia membalas chat kita tak macam dulu weh. Sangat sangat pelik." balas Zara sambil menongkatkan tangannya ke dagu.

"aku tak sabar nak jumpa dia lah...hurm,asyik kita nak buat video call ngan dia hah confirm dia tak nak." kata Qila lagi.

"tulah."

"Qilaa! Meh tolong dekat dapur nii kejab!" Jerit mak kepada Qila.

"dah lah weh, jo teman aku." Qila mengajak Zara untuk mengikuti nya ke dapur.

Tiba sahaja di dapur, Qila duduk di salah satu kerusi, begitu juga dengan Zara.

"amboi.. Anak bertuah! Nak goyang kaki je eh kerja korang, meh sini tolong mama. Kamu tu lusa dah nak bertunang. Tak lama lagi dah jadi isteri orang. Cuba lah ubah sikit sikap malas tu." bebel Puan Qisha kepada anaknya Qila.

Zara hanya tersenyum melihat Qila yang sudah cuak.

" ish, mama nie.... Yelah Qila nak buat kerja lah ni. Jangan lah bising ma. Dah malam pun nak bising bising." balas Qila sambil kaki berjalan ke arah bawang.

"kamu berdua kupas dulu bawang tu hah. Lepas tu kupas yang lain tu. Esok baru masak. Kalau pasal pertunangan ni, tak payah nak masak banyak, sikit saja untuk hidang dekat tetamu." jelas Puan Qisha sambil menggaul sesuatu.

"yelah, tahu." balas Qila acuh tidak acuh.

-----
Sambil sambil mereka bekerja pada malam itu, Qila memulakan perbualan.

"Zara, kau rasa masa nikah aku nanti Liya balik tak?" soal Zara risau.

"insyaAllah balik. Kan dia dah janji nak balik." balas Zara yakin.

"hm."

"Liya ke mana? tak nampak pun batang hidung dia? lama dah mama tak nampak. Dia tak datang ke?" soal Puan Qisha lalu menoleh ke arah Qila dan Zara.

Habislah.. Apa nak jawab"bisik Zara kepada Qila.

Mana aku tahu. Jawab jelah." Qila juga membalas bisikan itu.

"dia dah sibuk beberapa bulan ni ma. Dah jauh dah dia kerja. Mungkin masa nikah dia datang." jawab Qila. Lantak lah apa nak kata. Asalkan mama percaya. Hahaha.

"lah ye ke. Patutlah dah tak nampak. Bukankah dia tu malas nak cari kerja? kenapa boleh dapat kerja pulak?" soal Puan Qisha lagi.

Zara hanya diam.

"apa ni ma. Tak semestinya Liya tu malas je. Mesti dia pun ada rasa nak bekerja." balas Qila. Mama nya memang selalu fikir negative.

"hm. Yelah, mama bukan apa. Kadang mama kesian juga tengok Liya. Mama tahu dia baik budak nya." kata Puan Qisha.

Zara hanya tenang mendengar kata kata Puan Qisha.

"ha'ah ma. Doakan macam tu lah." balas Qila sambil tersenyum. Memang benar apa yang dikatakan oleh mama nya. Liya memang baik, tapi hanya orang tertentu sahaja boleh merasakan kebaikannya.

Usai sahaja mereka berdua menyiapkan beberapa barang, mereka naik semula ke bilik. Nak solat katanya.

-----
Selepas menunaikan solat, Zara dan Qila membuka telekung tadi, kemudian menggantungkannya dengan rapi.

"Qila. Jom!" ajak Zara sambil menaikkan keningnya beberapa kali.

"apa?" tanya Qila yang tidak faham dengan maksud dari Zara.

"halah kau lupa lah ni. Jom kita pergi kemas hantaran kau." balas Zara. Suka betul dia bila pasal hantaran.

"ish kau ni kan. Buat aku makin takut lah Zara. Kau tau tak aku tengah nervous ni. Belum nikah lagi." balas Qila. Habislah.

"Hahaha, jom."

Mereka sampai di bilik yang terdapat bermacam macam barang untuk hari pertunangan nanti. Tapi semuanya hantaran untuk lelaki.

Zara mengambil barang tersebut lalu membelek satu persatu.

"aku rasa kan, mesti bakal suami kau handsome HAHAHA." kata Zara. Saja nak takutkan lagi si Qila tu.

"weh, kau jangan lah cakap macam tu. Aku ni dah lah tak kenal, jumpa pun tak pernah. Aku just terima pun sebab orang tua aku yang nak, aku ikut jer." balas Qila. Riak mukanya kinii berubah menjadi lebih tidak ceria.

"weh, kau jangan lah sedih. Halah, nanti tak manis lah orang pandang kalau sedih macam ni. Aku faham apa kau rasa, aku tahu kau belum ready lagi kan. Its okey lah Qila. Jodoh kau mungkin dah tiba." kata Zara sambil memeluk Qila dengan erat.

"hm, aku harap kau dengan Liya masih ada untuk aku taw. Aku ni takda siapa dah yang rapat melainkan korang berdua." Qila juga membalas pelukan dari sahabatnya. Mungkin kalau Liya ada, makin best lah drama mereka.

"dah dah, mengada eh kau. Jom kita selesaikan ni dulu. Nanti tak siap, mama mengamuk lagi!" kata Qila lalu meleraikan pelukan.

"Hehehe. Yelah."

Mereka berdua bertungkus lumus menyiapkan semuanya.

Jam sudah ingin menunjuk pukul 12 malam. Mereka masih tidak siap siap lagi. Ada baki dalam tiga lagi yang tidak siap. Qila sudah menguap ntah ke berapa kali.

"kita sambung esok jelah. Aku dah penat ni weh." kata Qila dengan matanya yang sudah merah menahan tidur.

"ha'ah, aku pun dah letih. Jom lah."

Mereka masuk ke bilik. Sebelum tidur tidak lupa juga mereka mengambil wudhu, membasuh kaki. Kemudian barulah membaca doa.

Sleep time~ lampu bilik tertutup.

-----
Done cp 29!
Thanks baca,
Sorry if ada typo.
Enjoy!
(ini cuma penambahan chapter. Tq)

Hati Yang Ikhlas ✓Where stories live. Discover now