Bab 1

1.5K 91 48
                                    

ENJIN dimatikan lantas diturunkan tongkat motorsikal kapcai miliknya sebaik memarkir pada tempat yang disediakan. Anan membuka helmet kepala lalu disangkut pada sisi cermin kenderaan. Topi keledar seburuk tong sampah ni kalau ada yang curi juga memang sadislah kehidupan dia.

Kaki dijatuhkan ke jalan tar sebelum mengambil topi kain dalam bakul motorsikal sebagai ganti mengalas kepalanya. Ekor rambut diikat kuda dimasukkan pada bahagian lubang topi.

Beg tangan juga turut dicapai dan disilangkan pada bahu. Suasana bingit pasar raya menerjah masuk gegendang telinga tatkala kaki melangkah masuk dari pintu utama. Anan membetulkan kardigan miliknya sedikit terlondeh ke bahu semula lantas memeluk diri sendiri. Topi di atas kepala turut dikemaskan kedudukannya.

Kornea mata meliar sekeliling mencari senarai barang perlu dibeli. Kepala menunduk pada setiap derap langkah kerana dia berasa rimas di kawasan kerumunan manusia begini. Pada pengamatannya, Anan menjadi tumpuan masyarakat sedangkan hanya naluri dia sahaja mengatakan sebegitu.

Anxiety. Anan takut dengan pandangan manusia pada dirinya. Sejak kecil dia dimomokkan kata-kata nista sehingga kian dewasa menjadikan Anan pendiam dan kurang gemar berinteraksi terhadap orang. Jikalau tersilap langkah boleh mendatangkan mudarat kerana kebanyakan manusia suka menjaga tepi kain orang. Kadangkala mendesak agar bercerita masalah dihadapi namun berakhir dengan kesinisan pendapat pada Anan.

“Auch...” adu Anan perlahan. Berdengung kepala terhempap sesuatu yang keras. Kepala Anan terngadah melihat gerangan indah di hadapannya. Membulat besar matanya lantas dia menjarakkan diri beberapa tapak ke belakang.

Seluruh tubuhnya menggeletar dengan renik peluh membasahi diri walaupun keadaan dalam penyaman udara bersuhu tinggi. Tangan meramas gemas hujung baju menahan gigil tatkala Anan terlanggar seorang jejaka secara tidak sengaja. Rupanya benda keras seperti tembok itu manusia, mati-matian dia ingat tu tembok.

Sorry miss, are you okay?” soal lelaki itu. Anan sekadar kunci mulut dan menggeleng laju.

Anak mata masih terpasak merenung bawah memandang kasut snickers tersarung di kakinya dan beralih arah sepasang kasut di kaki lelaki tersebut. Alahai, sama pula brand kasut. Desis Anan.

Miss, kenapa kau tengok kasut aku? Ada masalah ke?” Lelaki itu menyoal lagi membuatkan Anan panik. Anan tidak menjawab dan terus beredar tanpa menoleh ke belakang semula biarpun terasa dirinya dipanggil oleh jejaka tersebut. Dia sudah melakukan kesilapan. Moga-moga lelaki tersebut tidak mengejarnya.

Sekejap, mana troli barang dia? Patutlah rasa ringan kerana dia berjalan sehelai sepinggang.

Miss, troli kau...” kata lelaki itu seraya melepaskan tautan pada pemegang troli. Diberikan troli kepada Anan kembali. Nafasnya sedikit lelah mengejar langkah Anan yang agak besar dan laju seperti melarikan diri daripadanya. Senyum tipis terukir di bibir lelakinya manakala Anan sekadar menjatuhkan kepala sebagai tanda ucapan terima kasih.

“Hati-hati ya,” pesan suara garau itu. Anan terkesima seketika. Pupil mata terkerdip dengan kenyataan tersebut. Kenapa pula mamat ni nak risaukan dia siap berpesan bagai? Keluarga dia pun tak pernah hiraukan dia waima sekali. Anan mengetap bibir kuat seraya mengangguk kepala buat kesekian kalinya.

Clumsy girl,” gumamnya apabila kelibat Anan menghilang dari pandangan. Hujur bibir menaik di luar kewarasannya mengenangkan tindak-tanduk gadis misteri.

 Hujur bibir menaik di luar kewarasannya mengenangkan tindak-tanduk gadis misteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now