Bab 40

395 17 0
                                    

HENTAMAN kuat menjunam koklea. Anan melotot dalam mamai meraba sesuatu. Menggagau tangan Anan mencapai telefon pintar miliknya sebelum sinar skrin menusuk terus ke pupil mata. Anan tenyeh mata lantas diperhatikan waktu sekarang.

Tiga pagi. Sedar-sedar jasadnya berada di kasur kamar namun Syaf tiada di sisi. Maka Anan memilih untuk membersihkan diri dan tunaikan solat sunat tahajud terlebih dahulu. Kornea mata melilau sekeliling bilik bilamana kelibat Syaf tidak kelihatan langsung. Ghaib.

"Mana awak ni?" ngomel Anan. Kaki dibawa membuka daun pintu sebelum rongga hidung dicengkam aroma yang membangkitkan seleranya. Bunyian detingan melatari sepi menimbulkan curiga. Anan menapak perlahan mampir ke arah dapur yang bercahaya. Susuk tubuh mengecil dan menyorok disebalik dinding, mengintip gerangan seseorang di sana.

Kaki dijengket sedikit, cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ekor mata melirik pada Syaf yang membawa bekas makanan di meja makan. Mata Anan rembut teruja sambil mengusap perut sendiri. Seketika, Syaf berpatah balik ke singki dalam keadaan menekup mulut dan tubuh membongkok.

Kaki panjang Anan mulai keluar dari tempat persembunyian. Netra bundar kini hanya tertancap pada pinggan yang sudah terisi nasi goreng dan piring plastik berisi nuget ayam di atas meja. Kecur liur, Anan yang ingin menapak menghampiri merasakan pinggangnya dibelit erat oleh tangan kekar. Tubuh genitnya melekap dalam dakapan gagah itu.

"Awan kesayangan aku nak join sekali, hurm?" bisik Syaf garau dan gemeresik. Sengaja mengusik sembari memberi ciuman sekilas pada pipi kesayangan. Anan pegun dan mengeras.

"Alang-alang kau dah bangun. Meh sini, makan sekali dengan aku." Syaf mengajak seraya lengan Anan dipaut ke ruang makan. Kerusi ditarik dengan tapak tangan menepuk-nepuk situ. Anan masih terbujur kaku. Anan terkebil-kebil lantas dilangut kepala dengan riak polos. Memusat mata pada Syaf penuh tanda tanya.

Ketawa. Syaf mengerising. "Aku lapar, jadi aku pergi masak sendiri, tak nak ganggu kau tidur."

Anan jungkit kening. Bibir menceber halus sebelum tubuh diterbalikkan. Merajuk. "Nak makan tapi sorang-sorang. Lain kali ajaklah orang. Dah, awak makanlah sana. Anan nak sambung tidur."

Syaf buntang mata. Lah, dah kenapa gadis awannya makan hati. Rasanya dia tiada salah cakap kan?

Lekas-lekas Syaf menghalang laluan Anan yang sudah melangkah jauh. Terbantut perjalanan Anan kala Syaf mendepakan tangan luas sebagai penghadang. Telapak tangan ditekap di antara dinding. Tidak memberi peluang isterinya pergi.

Anan mendongak angkuh. Raut Anan merah padam menala pandangan pada Syaf.

"Tepilah. Anan penat, awak makan sana. Nanti membazir aje," kontan Anan penuh kegeraman. Pantas, Anan menepis kasar lengan sasa suaminya. Tidak berganjak waima seinci. Sia-sia. Tiba-tiba, mentol idea muncul di fikiran Anan. Postur tubuh direndahkan sedikit lalu meredah kawasan bawah lengan Syaf yang punyai ruang.

Syaf koyak senyum sumbing. Dia sudah menjangka taktik licik Anan. Sontak, lengan kekarnya meraih pinggang Anan dengan kemas dari sisi. Batang tubuh Anan ditarik merapat ke dada bidangnya.

Spontan, Anan mengaduh kecil. Dahi bersihnya seakan terhantuk pada batu besar. Haruman maskulin Syaf serta-merta rakus memasuki rongga nalas. Anan yang terbuai mula merangkul erat leher Syaf di luar kewarasannya. Anan jengket kaki seraya sembamkan muka pada bahu Syaf, melekapkan hidung kecil di situ. Menikmati bauan kegemaran miliknya.

Syaf pula semakin kejap merangkul Anan seolah-olah mahu melekat dengannya. Halkum bergerak-gerak mengawal gelodak dalam diri. Liur diteguk payah. Anan pula galak membelit Syaf sembari melangut wajah memandang Syaf. Anan kerjap mata polos, termangu-mangu bila Syaf tajam memusat padanya.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now