Bab 62

244 14 0
                                    

Sabah, negeri di bawah bayu.

BAHANG. Remang api menjilat roman wajah, berbera segenap kulit menerima marak pawaka itu. Rintik keringat merembes deras, dikesat dengan belakang tangan sepintas lalu. Fabrik pakaian kian lencun, basah mengguyur menampakkan lekuk tubuh.

Sebelah tangan masih setia mengipas unggun api, mahu mengawal atur takat didih masakan yang disediakan. Serasa sudah berbuih hidangan, dia pula melebur cair kerana kepanasan. Sesekali helaian rambut terjuntai jatuh, dia sisir semula ke belakang sebelum terhenti di tengkuk sendiri.

Jeda. Lenguh kaki bertinggung terlalu lama, dia pilih untuk berdiri seketika. Pandangan diliarkan sekeliling kawasan, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Kepala dilangut ke jumantara pula, kawanan burung berkicauan bebas bergemeresik di halwa telinga. Sinar jingga gah mengenyit retina mata, gumpalan awan berambal indah melengkapkan potret ciptaan Dia.

Dalam diam, dia memuji kebesaran Yang Maha Esa. Tenang menyelusup liang-liang jiwa, menanggung ribang kudus pada seseorang. Syaf runduk, nafas direnggut perlahan lantas dihela berat. Bibir mengarit senyum nipis, cuba mengusir perasaan tadi.

Saat ingin menyambung kerja yang tergendala, bahu kekarnya terasa ditepuk seseorang. Sontak, pergerakan Syaf terbejat. Pelan-pelan dia menoleh sebelum helaan nafas lega meluncur dari ulas bibir. Fizi rupanya.

"Biar aku ganti, muka kau pun dah serupa gua tu. Kau rehatlah dulu, bersihkan diri sebelum kita hidangkan makan malam." Fizi lukis senyum tipis, membenarkan dia pergi sementara memilih untuk bantu Syaf. Syaf membulat tak percaya, benarkah wajah dia sekarang begitu? Dia sekadar tayang kernyih, menyerahkan kipas kertas tersebut pada Fizi.

"Thanks, bro. Aku gerak dulu," ujarnya sembari kaki diangkat pergi.

MALAM menjelang, Syaf kembali membantu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MALAM menjelang, Syaf kembali membantu. Huluran demi huluran mangkuk dan cawan berisikan makanan serta minuman, tidak menang tangan mereka uruskan. Hampir semua telah menerima, sehelai tuala melilit batang lehernya kini ditarik. Dibawa lap laman muka sendiri, berpeluh lelah sebelum Fizi mengajaknya istirahat sama di batang kayu lain yang disediakan.

Seketika, dia tergemap kaku. Anak mata dipanah pada sulaman aksara yang tentera, hujung fabrik yang dijahit dengan sebaris namanya. Spontan, pemikiran melayang kenangkan belahan jiwa. Gadis awan yang dirindui, bagaimana agaknya keadaan di sana? Kali terakhir bertentang mata, serasa sudah lama berlalu ditelan dek waktu.

"Syaf!" laung Fizi dari kejauhan, menyentak lamunan serta-merta. Kaki diangkat membuka langkah, menjauhi khemah juadah dan berehat nun jauh di sana.

Akur, tangan turut utuh membawa sekali makanan. Mereka melabuhkan duduk bersama, senyap seketika sementelah masing-masing lapar setelah seharian bertungkus-lumus dengan urusan sukarelawan.

Mangkuk disua ke bibir, menghirup sup hasil air tangan sendiri.

Lazat!

"Aku tak sangka kau akan datang sini semula, dua tahun pula tu. Kenapa kau pilih untuk terlibat sama?" Fizi memulakan perbualan, memecahkan kesepian. Dia memandang hadapan, sekadar menyapu malas sekitar kawasan dikerumuni manusia.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now