TERPISAT-PISAT Fiena menggosok mata dengan belakang tangan. Saat itu, terasa ada sesuatu mengalir mencemari wajah. Fiena buka mata perlahan-lahan, berkerdip menahan pedih samar-samar lampu tidur di sebelahnya. Jari runcingnya bergerak menyentuh sekitar wilayah juring mata. Basah.
"Aku mimpi buruk lagi?" Fiena menanya pada diri sendiri. Bawah bibir digigit, saliva ditelan payah. Bebola mata mengerling sekeliling sebelum terbejat pada susuk tubuh Harriz yang berdengkur halus.
Lama pupil mata terarah pada sang suami, tidak berkutik dan hanya deruan nafas beralun tenang menyapa gegendang telinga. Teragak-agak, tangan Fiena mulai membuat pergerakan skala kecil. Juntaian rambut menutupi sistem penglihatan Harriz, dikalihkan oleh Fiena.
Fiena mahu menatap wajah Harriz, disemat lalu disimpan rapi ke dalam memori. Dalam benci kerana sikap Harriz yang satu, realitinya terlalu banyak dia berkorban demi seorang wanita sepertinya. Kebaikan dihulur seluas padang, mengapa harus butakan mata menilai kesemua hanya kerana itu?
Takut. Dia akui masih terbayang layanan Harriz agak kasar kepadanya tempoh hari. Satu per satu trauma lama menjengah minda umpama menjemput mimpi ngeri semula.
"I hate to admit it, but I really do love you. Isya tetap ada sediakan ruang untuk cintai abang, benci tu tak setinggi rasa syukur Isya. Adanya abang dalam hidup Isya, salah satu ujian buat kita. Terima kasih abang sudi terima Isya seadanya," ngomel Fiena. Ibu jari mengelus lembut kening nipis Harriz yang terukir elok. Senyum segaris meniti di ulas bibir.
"I'm sorry if I'm not good enough for you. Isya seorang isteri yang tak berguna untuk abang," sambungnya lagi. Birai mata berkaca-kaca kian gugur semakin lebat. Dinding hati diraup rawan dan sesak. Sakit.
Seketika, rengekan kecil kedengaran menganggu lamunan Fiena. Elusan pada roman wajah Harriz terhenti. Belakang tangan sebelah diangkat, mengesat kasar air mata yang menodai pipi. Fiena dekatkan muka pada dahi Harriz dan dicium kejap.
Fiena jauhkan semula muka bersama senyum tipis. Layar mata masih tertancap pada kesayangan. Nafas direnggut nafas dalam lantas dihembus panjang. Segera Fiena beralih menuruni katil mereka, kaki panjang Fiena menjuju ke arah kasur anaknya.
"Faiz, kenapa nangis ni?" soal Fiena kekok. Lengan sang cilik dicucuk-cucuk lembut. Reaksi Fiena cemas apabila Faiz masih teresak-esak.
"Hurm, apa yang aku kena buat kalau budak menangis?" Fiena menanya diri sendiri. Riak keruh cuba menenangkan keadaan. Dia tak mahu kejutkan Harriz yang lena.
Bagaimana dia harus hidup seorang dengan anak mereka? Sudahlah dia ibu yang gagal, tidak reti menjaga malah figura sendiri pun terumbang-ambing. Benarkah hubungan ini tidak boleh diperbaiki, abang? Dia bersedia memberi peluang kedua kepada suaminya.
Harriz terjaga. Dia buka mata lebar dan pandangan dijamu oleh Fiena yang berusaha memujuk anaknya. Senyum terbit di pinggir bibir. Panorama indah ibarat seorang ibu mahukan yang terbaik buat permatanya.
Kaki dijuntaikan ke lantai jubin. Dia mula berdiri dan melangkah menghampiri Fiena. Bahu kiri isterinya ditepuk perlahan seakan memanggil.
"Isya okey? Biar I jaga Faiz, you tidurlah dulu." Fiena memalingkan muka, pelupuk matanya berburam memandang Harriz.
"Isya gagal kan, abang? Gagal jadi wanita terbaik, gagal sebagai isteri solehah kepada abang, gagal dalam jadi manusia baik kepada ummahnya," nada Fiena bergetar menuturkan kata. Ruas mata memberat dengan takungan cecair, dikerjap buat kesekian kalinya. Dia mendukung Faiz dalam dakapan sembari ditepuk pelan tubuh kecil itu. Tanpa sedar, setitik mutiara jernih jatuh mengena wajah bersih sang cilik.
Rengekan kecil Faiz kedengaran. Fiena koyak senyum, tenang melihat wajah anak yang dibenci selama ini. Tegar dia mencipta jurang dengan Faiz sedangkan anak ini tidak ketahui apa-apa. Hanya dahagakan kasih sama seperti yang lain.
YOU ARE READING
Penawar Kasih Pawana | C
Romance𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara sang perjaka. Tutur janji untuk menjaga belahan jiwa. Andai sahaja huluran disambut saujana. Luhur setia pernah ungkapkan tanpa curiga. Maka...