Bab 78

329 22 0
                                    

KADANGKALA rencana selirat dilalui penuh ranjau duri, namun percayalah pada titian takdir ditetapkan Dia itu senantiasa yang terbaik. Mungkin hadir membelai tidak seindah kembang tuli, namun tersembunyi hikmah sendiri mengajar erti kehidupan duniawi agar tidak alpa dan leka.

Kencana setiap momen meladeni, melankolik sapa nurani merindui. Jeladeri emosi membaluti, moga tenang desiran ombak hentam perdu hati.

Anan labuhkan punggung di birai katil. Senak perut dek sarat menanti hari sang kecil lahir ke dunia. Tika ini, fikiran menerawang peristiwa lama bahawa dia sendiri hingga Syaf pulang pada pangkuan sambut kelahiran zuriat mereka.

Ya, dia persia-siakan peluang bertentang mata dengan Syaf. Tidak bersedia kerana ampuh jiwa, namun syukur Syaf sudi juga menjenguk waima seketika cuma.

Anan helakan nafas panjang. Tangan mulai buka lembaran buku nota di riba, ingin catitkan bait aksara seperti biasa. Akhir-akhir ini dia sangat rindu untuk luahkan rasa melalui untaian puisi, serasa lega kala lakukannya.

Tatkala ralit dan ligat membelek noda kata-kata yang ada, sesuatu menggamit perhatiannya tika ada selitan kertas terlipat kemas di antara muka. Aneh, mengapa itu hari dia tidak menyedari langsung? Segera Anan capai lantas membuka cermat lipatan itu.

"Apa benda ni?" Debaran memalu hebat dada, jatuh paket plastik kecil diisi seutas rantai dari helaian kertas tersebut. Melotot bungkam kala kenal pasti, ini adalah pemberian Syaf dahulu kepadanya.

Anan sudah pulangkan dahulu beserta cincin, tetapi mengapa ada di sini? Dia sudah cuba usaha baik lepaskan semua, tetapi nyata memori itu tetap hantui dan ada di sisi temani.

Anan jujut nafas dalam-dalam, dihembus perlahan agar tenang dan baik-baik sahaja. Helaian kertas tadi dia tumpukan semula, fokus meneliti baris-baris aksara dengan dakwat pena hasil nukilan Syaf.

Bismillahirahmanirahim...

Assalammualaikum duhai awan kesayangan aku, Anan Nurfiza.

Di sini aku utuskan surat khas untuk awan pawana, cinta hati Syaf Inas nantikan sejak dahulu lagi.

Mungkin aku tak sehebat kau awan dalam madah pujangga, tapi aku harap kau sudi baca kata-kata hati aku biarpun kita bukan lagi suami isteri di satu hari nanti. Aku cuma nak kau tahu, Syaf Inas sentiasa cintakan Anan Nurfiza biarpun takdir pisahkan kita.

Ada apa dengan kita?

Cinta tak semestinya memiliki. Silapnya aku simpan rahsia terlalu banyak dari kau awan, sampaikan aku tak mampu sakitkan hati kau dengan kebenaran. Aku tak nak awan aku derita lagi macam dulu, jadi aku janji nak jadi penawar terbaik buat kau awan.

Sayangnya, aku gagal jadi penawar dan suami terbaik buat isterinya. Aku banyak mungkir janji. Aku tak mampu jaga adik saat umi abang tak ada. Aku tipu kau untuk ada keluarga sama. Aku tinggalkan kau saat kau bawa zuriat keturunan aku. Aku juga gagal pertahankan perkahwinan kita lagi. Aku memang dasar manusia tak guna kan? Aku lelaki bodoh dan penipu.

Tapi, bodohnya aku harapkan kau masih terima aku awan. Aku nak kau ada di sisi. Aku takut bila kau pergi jauh dari aku. Cuma, aku tak mampu halang bila kau sendiri minta untuk hentikan semua.

Mesti kau terseksa kan selama kita jadi suami isteri? Tiga tahun tanpa khabar berita, kalau muncul pun aku perhati dari jauh dan buatkan kau lebih benci pada aku. Ya, aku memang berniat nak kau berhenti harap pada aku awan. Aku nak kau sendiri desak aku untuk lepaskan hubungan kita penuh rahsia dan penipuan.

Aku sedar sesuatu yang sehebat mana aku cuba sorokkan kebenaran, aku sendiri rasa bersalah dengan kau awan. Tapi dalam pada tu, aku bahagia bila tengok kau bahagia sama. Lagi-lagi bila kau dengan aku semestinya. Itu satu perkara paling aku harapkan dan moga senyum tu berterusan biarpun aku tiada nanti.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now