ANAN buka pintu kereta dan memboloskan diri. Kereta Toyota memecut laju di waktu hening pagi dengan siaran radio FM sengaja dibuka bagi mengisi ruang yang sunyi. Alunan zikrullah diselangi doa menerpa gegendang telinga membuatkan jiwa yang dilanda gundah berupa ribut bandai mula beransur tenang dan damai.
Perjalanan yang memakan masa hampir setengah jam lamanya kerana jalan raya yang agak sesak pada hari kerja. Syaf juga tidak nafikan yang dia turut tergolong dalam insan tersebut. Jam di bahagian kereta diperhatikan. Masih ada berbaki setengah jam sebelum masuknya waktu pejabat.
"Awan, kita dah sampai rumah kau." Syaf memanggil Anan. Pantas Anan menoleh kepadanya. Senyuman dipamer pada seulas bibir Syaf tanpa memandang Anan. Insya-Allah tak lama lagi aku akan ubah jadi rumah kita pula lepas ni. Tolonglah, tundukkan pandangan daripada terus-menerus melihat anak dara orang. Nanti lepas kahwin tengok sampai terkeluar soket mata pun tidak mengapalah malah dapat pahala. Desis hati Syaf.
"Walaupun majlis biasa tapi aku tak nak kau lupa hari di mana aku bakal lafazkan akad nikah buat seorang gadis awan. Waktu rehat pejabat nanti aku akan jemput kau dari rumah untuk segala persiapan. Beg kemas bawa semua barang kau. Beberapa hari ni akan bermalam rumah parents aku sampai aku balik oustation nanti. Aku tak nak mereka buli kau lagi. Kau tak kisah kan, awan?" kata Syaf biarpun sekadar daripada sisi. Ekor matanya melirik seketika untuk melihat balasan Anan.
Anan pahatkan senyuman tipis. Dia mengangguk sekilas. "Anan setuju dengan segalanya. Anan tak tahu sangat pasal semua ni. Mesti beban kan awak dan family awak nak uruskan semua. Pihak Anan tak membantu langsung pun," ujar Anan perlahan.
"Awan, kau tak susahkan aku atau sesiapa pun. Lagipun aku angkut Karin sekali ke rumah umi abah supaya boleh teman kau. Kau kena tahu, sebaik aku salam tangan tok kadi dan terima akadnya... Kau ialah tanggungjawab aku. Maknanya, aku sendiri bersedia nak galaskan satu lagi responbility dalam hidup aku. Menjadi suami terbaik buat isterinya. Mampu bimbing dan didik kau. Cukuplah sekali aku gagal..." Syaf hela nafas panjang.
Kening Anan terangkat tinggi. Musykil dengan pernyataan Syaf yang terakhir tetapi Anan memilih untuk tidak masuk campur hal tersebut. Kadangkala ada sesuatu tak perlu dikongsi dan akan diketahui bila tiba masanya. Lupakan berkaitan itu, dia lebih aneh terhadap sebaris nama yang meluncur di mulut Syaf dengan begitu lancar. Hatinya dijentik rasa geram.
"Qarin? Jin ke? Berdosa lah," kata Anan bersungguh-sungguh tetapi terselit ketidakpuasan hati di situ. Sampai hati mamat ni nak bagi jin teman dia. Sungguhlah, ini anak terlalu naif.
Bibir melarik senyum sinis tanpa sedar. Syaf dapat rasakan Anan cemburu kerana intonasi suaranya berbeza. Tidak ceria dan beku semata-mata. "Allah, bukanlah awan. K-A-R-I-N maksudnya pure macam kau. Karin, kucing peliharaan aku. Selalunya aku akan hantar ke vet tapi biarlah kali ni Karin temankan kau, awan. Takdelah nanti kau rasa alone. At least, you have a partner to talk with when I'm gone for a while," kata Syaf. Kepala dilentokkan pada stereng kereta memerhatikan Anan yang berwajah polos.
Anan melompong. Dia mengangguk seakan memahami dengan pernyataan tersebut. "Oh, baru Anan tahu. Ingatkan dia suruh jin yang temankan kita," ngomel Anan seraya bermain hujung bajunya. Sejujurnya dia cemburu, kucing pun dilimpahi kasih sayang.
"Oii!" Terhinjut bahu Anan dengan jerkahan tersebut. Dia kaku. Bukanlah apa tetapi dia cuma ada perasaan curiga. Manalah tahu Karin ialah memang benar-benar jin ataupun scandal lama Syaf ke? Tak, Anan tak cemburu pun. Anan menafi. Ya Rabbi, kenapa nama tu terlalu feminin? Sesuatu sangat.
"Suka hati kau aje awan panggil Karin macam tu. Dia good girl tau. Aku bagitahu Karin kau dah kecilkan hati dia," ujar Syaf dengan nada merajuk. Anan buat muka meluat. Gila mamat ni semua nak ngadu kat kucing dia.
YOU ARE READING
Penawar Kasih Pawana | C
Romance𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara sang perjaka. Tutur janji untuk menjaga belahan jiwa. Andai sahaja huluran disambut saujana. Luhur setia pernah ungkapkan tanpa curiga. Maka...