Bab 42

256 19 0
                                    

SEUSAI solat sunat duha, Anan buka kain mukenah. Kaki panjangnya menapak keluar dari kamar mencari figura Syaf. Harapan Anan moga Syaf sudah balik semula. Pagi tadi, Syaf bawanya ke klinik berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat doktor. Sejurus itu, dihantar Anan pulang terlebih dahulu kerana Syaf diminta oleh Nek Su untuk membeli beberapa barangan basah dapur yang sudah kehabisan stok di rumah.

Dalam diam, Anan kuak pintu depan rumah. Dia berdiri memaut tombol pintu, memerhati alam yang kehijauan menyapa pandangan. Tenang menyelusup dinding hati. Seperti telah lama tidak menghirup udara segar sebegini. Rasa jarang untuk merasai sama di kawasan bandar yang sudah tentunya merupakan pusat pembangunan.

Bebola mata meliar ke tepi jalan setiap kali deruman enjin kenderaan. Dia menjenguk sekali-sekala menanti sama ada pacuan roda suaminya melalui. Tiada. Hampa.

Sesekali desir berpuput menampar lembut raut wajah. Rambut yang dibiar bebas, beralun jatuh. Dia dongak kepala, menala pada potret langit biru. Gemawan ambal menghiasi keindahan, belaian kasih Sang Pencipta kepada hamba-Nya. Betapa besar ciptaan Allah yang kebanyakan buat kita.

Pinggir bibir carik senyum tanpa sedar. Memejam mata seketika. Ternyata benar dalamnya kini berisi. Teringat kejadian indah yang berlaku tadi cukup membawa jentikan aneh pada sanubari. Tapak tangan diletakkan pada perut, kuntum hati meruap bunga-bunga kebahagiaan terutamanya saat Syaf terus mengucupnya di situ juga. Bertalu-talu pada serata wajahnya sehingga naik rimas Anan dibuatnya. Mata hitam Syaf juga kemerahan dan bergenang dengan cecair jernih. Bibir tipis lelakinya mengucap syukur berkali-kali.

Anan lihat jelas air muka suaminya terlakar gembira menerima berita tersebut. Namun disebalik keterujaan, Anan sedar ada kesayuan membadai suami. Tidak pasti mengapa, naluri kuat mengatakan sesuatu. Sesuatu berat terselindung daripadanya. Sebak.

Lenguh menunggu, Anan pilih menuju ke ruang makan. Aroma yang menyengat hidung cukup membangkitkan seleranya. Rasanya tidak boleh dibilang dengan jari sudah masuk berapa kali Anan ke sini untuk mengisi perut.

Anan mendekati figura wanita tekun mengumpas sesuatu di meja makan. Dia pegang kepala kerusi yang diduduki Nek Su. Dijengulkan sedikit jemala bagi mengetahui sesuatu yang dilakukan oleh wanita itu seraya bersuara, "Nek Su buat apa tu? Anan nak tolong boleh? Anan cari Abang Syaf tapi tak ada."

Hening. Setiap patah aksara yang dituturkan umpama semilir berlalu. Anan cebik kecil. Kaki dibawa ke kerusi tepi lantas ditarik perlahan. Namun cukup menyedarkan Nek Su saat bunyian itu saling bergesel dengan lantai. Bingit seketika tapi Anan tayang muka toya. Tebalkan muka.

"Nek Su, Anan..." nada lembut memanggil.

"Kau duduk situ. Jangan buat apa-apa kerja pun," cantas Nek Su, datar. Masih ralit melakukan kerjanya tanpa berpaling muka pada Anan.

Mimik wajah Anan berubah mendung. Mengapa begitu nian Nek Su terhadapnya sedangkan semua tugasan tidaklah berat mana. Ia tetap merupakan pengurusan rumah seringkali dilakukan olehnya sejak kecil.

Bila difikirkan balik, Nek Su mengingatkan dia pada suaminya. Syaf pun selalu halang dirinya membuat kerja rumah. Lebih rela lelaki itu berpenat-lelah pulang pejabat dan uruskan segalanya. Dikatakan semua itu adalah tugasnya sebagai seorang suami dan Anan akur. Melainkan Anan sendiri ingin beri bantuan, Syaf terpaksa akur.

"Nak tolong aje," sungut Anan. Bibir dijuih kegeraman dengan dengusan kecil. Tidak puas hati sebenarnya. Tangan pantas menggapai baki sarapan iaitu donut gula dalam piring di tengah meja, memasukkan ke dalam mulut.

Dikunyah penuh geram sebelum ditelan melalui esofagus. Nek Su kerling sekilas kepada Anan, sembunyi senyum bila gadis itu gian melepaskan ketidakpuasan hati. Jujurnya, dia suka kehadiran dua beranak ini ke rumahnya. Tapi sengaja adakan jurang kerana sebahagian rasa wujud bibit-bibit yang timbulkan jerih di dada.

Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now