Bab 5

636 64 16
                                    

LANGIT biru berarak dengan kabus awan berwarna kelabu menyapa pupil mata. Redup. Cuaca kali ini seperti mahu hujan. Syaf memberhentikan pacuan empat rodanya di restoran Anjung Suri bagi menikmati makan makanan tengah hari bersama Ummar.

"Mari turun," ujar Syaf lalu bergerak keluar dari perut kereta. Rambut yang terjuntai ditiup sayup angin dikuak ke belakang semula.

Syaf mendahului Ummar dan melangkah masuk ke dalam restoran yang agak dipenuhi para pelanggan. Dia memilih meja kosong yang kedua di bahagian tengah lalu dilambai Ummar dari kejauhan.

"Aku nampaklah bengong, belum buta lagi," sindir Ummar.

Anak mata meliar pada sekeliling restoran layan diri ini. Suasana yang agak hingar bingar tidak sekali pun menganggu mereka. Biasalah, waktu sebegini sememangnya kedai makan akan dibanjiri umat manusia. Ummar menepuk bahu Syaf memberitahu bahawa dia akan mengambil makanan terlebih dahulu. Syaf angguk membenarkan.

Sementara itu, seorang pelayan lelaki datang ke mejanya dengan buku nota kecil di tangan. "Air?"

"Sirap ais limau dua. Ais lebih," kata Syaf. Ya, dia memang tak sedar diri malah meminta malapetaka minuman sejuk walaupun di luar sana mulai gerimis.

Lima minit kemudian, Ummar membawa sepinggan nasi berlauk ulam-ulaman, ayam berempah juga dibanjiri kuah lemak cili api. Syaf terliur seraya bangun. Giliran dia pula nak cedok nasi dan lauk yang disediakan.

Syaf duduk tatkala selesai mengambil menunya. Dalam masa sama juga dua cawan air sirap ais limau diletakkan atas meja mereka membuatkan Ummar menjeling tajam. "Kau kenapa order ais? Nak tempah penyakit ke apa, Syaf? Kau tahu diri tu..."

"Ala, sekali-sekala aje pun cari masalah. Dah lah bergaduh depan rezeki ni, meh makan. Aku belanja," pintas Syaf laju. Serius, dia tak sanggup dengar Ummar membebel.

Mereka membaca doa makan seraya menggaul nasi dan lauk dalam pinggan dan menyuapkan ke dalam mulut. Dikunyah sehingga lumat sebelum ditelan ke esofagus. Syaf angkat kepala memandang Ummar yang tekun sewaktu makan tanpa menghirau keadaan sekeliling.

"Ummar, Ummar, Ummar. Aku ada benda nak cerita kat kau ni," panggil Syaf membuatkan suapan Ummar terhenti. Dia mengambil gelas airnya lalu disedut melalui straw. Dia menolak gelas ke tepi dan menjawab malas. "Apa?"

"Ummar."

Senyum gerit menghiasi bibir Ummar. Pasrah. Syaf memang kacau mood dia nak makan dengan aman. Niat belanja orang mesti diselangi permintaan. Cara ambil hati lah kiranya. "Sejak bila kau minta izin kalau nak cakap dengan aku? Bagitahu cepat," perintah Ummar. Dia pantang orang cakap sekerat jalan ni.

Syaf tersenyum sumbing. "Awan. Aku dah suka kat dialah, Mar. Awan aku."

"Yes, kau dah positif gila. Aku yakin memang Syaf Inas dah buang tabiat jatuh cinta kat alam. Bila masa kau jadi pencinta alam ni, kawan? Aku tak faham," balas Ummar bersahaja. Rakannya kena sampuk barangkali.

Keadaan sepi ditemani gemercik air yang lebat menyapa halwa pendengaran. Desau angin juga semakin kuat melambai setiap inci kulit. Kedinginan merodok sehingga ke tulang hitam. Pertuturan Syaf kurang jelas pada pendengaran Ummar. Yang pasti, Syaf sebut awan.

"Dia. Aku dah lama cari dia, Mar. Sejak kejadian malam tu," gumam Syaf.

 Sejak kejadian malam tu," gumam Syaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Penawar Kasih Pawana | CWhere stories live. Discover now